Blog Cik Emma: 10/1/10 - 11/1/10

27 October 2010

Cinta Tak Semestinya Memiliki


Betol sangat pepatah tu..mcm kena je dengan Ma.
Orang kata awal bercinta memang indah, tapi bila dah jemu ada je yg tak elok tentang pasangan.

Hmm..betol lah cakap orang, klu sayangkan seseorang jangan sampai kita sendiri yang merana. Berpada-padalah. Asam garam percintaan bila pasangan kita mula berubah, even pun perkara tu tak pernah berlaku sebelum ni. Tapi sekarang macam-macam yang timbul, pasangan dah tak belai kita dengan rasa kasih-sayang yg mula2 kita dapat rasa dulu.
Ma suka lirik lagu 1001 cinta nih..


Kata orang cinta itu memang
buta
Kadangkala cinta itu
menyakitkan
Tapi sayang semua tak peduli
Sungguh malang kalau jadi
hamba cinta
Kata orang cinta itu
mengasyikkan
Kadangkala sampai kita lupa
diri
Biar apa halangan tak
dipeduli
Demi cinta lautan api
diseberangi
Cinta cinta cinta cinta
Yang paling asyik
Siang jadi malam
Malam sudah jadi siang
Rindu rindu rindu rindu
Semuanya rindu
Janganlah sampai diri
Terbelenggu
Kata orang cinta itu memang
bosan
Apalagi kerapkali jatuh cinta
Tapi awas jangan jadi hamba
cinta
Kelak nanti diri sendiri yang
merana..


P/S: bercintalah berpada-pada, usah serah segalanya, turut hati turutkan rasa, diri sendiri akan binasa

26 October 2010

Cuti-Cuti Cinta

Heyoo bloggers..
Semalam ceq pi tengok wayang cerita cuti2 cinta ngan my sista.

Cerita nie berkisarkan tentang Eava
Ealiana (lakonan Nora
Danish) yang merupakan
seorang pengarah di sebuah
syarikat kepunyaan bapanya,
Tan Sri Zaini (lakonan Zaibo).
Sebagai anak tunggal
kesayangan, Eava dilimpahi
dengan penuh kasih sayang
dan kemewahan.
Apabila dewasa, Eava yang
berkelulusan luar negeri
bekerja di syarikat ayahnya.
Eava merupakan seorang
yang terlalu cerewet tentang
segala-galanya, sombong dan
suka membangga diri. Dia
juga sering membebel jika
tidak puas hati dan sangat
tegas.
Pekerja-pekerjanya lebih
takutkan Eava berbanding
ayahnya. Tan Sri Zaini
mempunyai seorang kawan
rapat, Datuk Hamzah yang
mempunyai seorang anak
lelaki, Remy (Zed Zaidi).
Remy seorang playboy yang
cuma tahu menghabiskan
harta ayahnya sahaja. Remy
dan Eava disatukan atas
tujuan perniagaan dan niat
Datuk Hamzah adalah untuk
membolot harta Tan Sri Zaini.

Bermula lah percutian Eva di sebuah hotel dimana dia bertemu dengan Omar Rudy(Farid Kamil).

Nak tahu lebih lanjut,
kenalah tonton filem ni. Hee..


P/s : jadikan cita nie sebagai pengajaran. Jgan terlalu bongkak dengan kelebihan pada diri kita.

23 October 2010

Resepi : Donat (doughnut)

Jom ceq share resepi buatan ceq sendiri. Sebab jualan donat ni laris kat gerai ceq, ceq kongsi la cket.. Dah cuba nanti boleh comment kat ceq.

Bahan-Bahan

1kg Tepung gandum(untuk 30biji)

½ Cawan gula

200gram Marjerin

1 sudu makan Garam

1 paket Mauripan

Air dan gula castor

Cara-cara

Masukan sdikit air, gula, garam, mauripan dan marjerin. Ratakan bahan2 tersebut.

Seterusnya masukan tepung, uli rata hingga menjadi doh.

Tutup adunan doh tadi dengan plastik selama 20minit.

Setelah 20minit, uli semula adunan. Dan ketulkan menjadi doh2 kecil. Biarkan 10minit adunan naik sedikit ,lubangkan doh tadi (ini cara saya, jika nak lbh cantik gunakan acuan)dan goreng.

Letakan gula castor ketika donat masih suam.

Selamat mencuba!

P/s: resepi ni seratus peratus dari ceq sendiri. Adunan ni jgk boleh di gunakan untuk membuat burger mini(pau goreng)

22 October 2010

Tutorial : Cara Membuat Sitemap


ah lama tak bercerita tentang blogging tips.
Hari ini aku nak cerita tentang sitemap dalam blog. Kalau anda perasan kat pages blog aku ada item baru iaitu SiteMap. Nampak kan?
Kadang-kadang oarng panggil Related Post, Table Of Content

Apa itu sitemap? Bahasa mudahnya ialah keseluruhan post-post anda di tunjukkan dan setiap post ditunjukkan berdasarkan label blog anda.
Kenapa Penting? Memudahkan pengunjung anda membaca post-post anda yang lama dan secara tak langsung akan menarik dan memberi pilihan kepada pembaca menjelajah blog anda.


Ini adalah salah satu cara mengurangkan bounce rate blog anda dan tanpa malu aku dapat katakan bounce aku masih lagi gagal sekitar 75%...huhuhuhu. So aku cuba buat sitemap untuk besarkan penjelajahan blog kepada pembaca aku dengan harapan mereka lama berada di Hanif Blog sambil membaca entri-entri aku terdahulu.

Bagaimana membuat sitemap Untuk Blogspot. Terlebih dahulu aku ucapkan terima kasih kepada blogger Abu-Farhan yang memberi pelbagai tips menarik dalam blog beliau sesuai untuk pengguna blogspot.

Mula-mula anda buka static pages baru dalam blogspot. Kebaikan blogspot ialah ia memberi secara percuma pages yang diasingkan dari blog utama.


Pilih New Pages dan kemudian copy script d bawah :


<link href="http://abu-farhan.com/script/acctoc/acc-toc.css" media="screen" rel="stylesheet" type="text/css"></link>
<script src="http://abu-farhan.com/script/acctoc/daftarisiv2-pack.js">
</script>
<script src="http://hanifidrus.blogspot.com/feeds/posts/summary?max-results=1000&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc">
</script>
<script type="text/javascript">
var accToc=true;
</script>
<script src="http://abu-farhan.com/script/acctoc/accordion-pack.js" type="text/javascript">
</script>

Anda hanya perlu tukarkan tulisan berwarna merah tu ganti kepada URL anda.
Dan namakan static pages anda kepada Sitemap, Table Of Content, Post-post lama atau apa-apa ajer ler...
Selamat mencuba :)

21 October 2010

Kenapa COUPLE mesti bergaduh?

Salam ukhuwah bloggers..
Di bawah ceq senaraikan
serba sedikit punca-punca
kecil yang ceq rasa boleh
jadi penyebab pergaduhan :

1. Pasangan tak call – si dia
nak kita call setiap masa –
waktu nak keluar ofis, bila
dah sampai ofis, nak balik
rumah, nak makan, nak
keluar rumah, nak baca
buku, nak itu nak itu..
aduhai..
2. Pasangan terlupa nak reply
sms

wah..kalau terlupa nak
reply sms, ada yang merajuk
seharian tau. Kononnya dah
lupakan dia lah, ada orang
lain lah, dan macam-macam
lagi.. percaya tak?
3. Pasangan tak cakap I love
u

yela kata orang, kalau
nak tunjuk tanda sayang,
cakap I love.. sekali terlupa
cakap.. alahai merajuk pula
si dia
4. Tersalah pilih tempat
makan
– Si dia nak makan
nasi goreng pataya yang
sedap di kedai anu, skali bila
pergi ke kedai tu, tukang
masak cuti, tukang masak
lain yang ganti

aduhai
5. Pasangan terlupa tarikh-
tarikh tertentu- ini lagi
masalah besar.. lebih-lebih
lagi kalau tarikh tu ada
sentimental value untuk si
dia.. mau perang dingin dingin
dibuatnya.. aduhaii … payah
betul macam ni.. apa
salahnya saling
mengingatkan
6. Pakai baju tak matching
kaler

Jalan-jalan di
pasaraya, nampak couple lain
pakai pakaian warna
sedondon. Kemudian
dikaitkan dengan tak sehati
sejiwa.. aduhai

Hangpa pernah tak bergaduh
dengan pasangan hangpa
pasai sebab-sebab di atas?
Hangpa dapat fikirkan
tak, apa lagi benda-benda
kecil yang boleh
menyebabkan pergaduhan
dalam bercouple ni?

19 October 2010

Novel Ombak Rindu

Hola bloggers! Ceq baru jer habis baca novel Ombak Rindu diterbitkan oleh alaf21 ,penulis novelnya Fauziah Ashaari. Pasti ada di antara hangpa semua yang dah ada baca novel ni kan?

Novel nie di terbitkan pada awal tahun 2002.
Filem ni jugak dah di filemkan dan bakal menemui penonton di pawagam tak lama lagi.

Ceq nak share sikit sinopsis novel nie kat hangpa semua.




IZZAH adalah seorang gadis
yatim piatu yang kematian
orang tua mereka akibat
kemalangan jalan raya.
justeru itu, pak saudaranya,
Taha mengambil tugas
memelihara Izzah. Isteri Taha
tidak senang dengan
kehadiran Izzah dan menuduh
Izzah membawa bencana
dalam keluarga.
Pakcik Taha banyak
berhutang. Disebabkan
kesempitan wang dia sanggup
menjual anak saudaranya itu
kepada seorang tauke kelab
malam. Izzah terpaksa
mengikut kehendak pak Taha walau hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah
berkenalan dengan seorang
pelanggan bernama Hariz.
Hariz telah membeli Izzah
dengan harga yang mahal
dari tauke kelab itu dan
membawa dia keluar dari
neraka jahanam itu. Di atas
permintaan Izzah, akhirnya
Hariz berkahwin dengan Izzah
tetapi dengan syarat
semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak
Tan Sri Rashdan, iaitu model
dan pelakon terkenal tanah
air menggugat cinta Izzah
yang mula berputik kepada
Hariz. Dapatkah Izzah
menerima Mila Amylia
sebagai madunya?
Bahagiakah rumah tangga
yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah
tindakan Datuk Sufiah setelah
mengetahui cerita
sebenarnya??

Apa lagi, kalau hangpa nak tau jalan ceritanya ,dapatkan novel nie sekarang. Tak rugi punye..

18 October 2010

Madah Untukmu Yang Tersayang

Sepanjang perhubungan aku denganmu , aku dapat merasai apa erti cinta yang aku tercari-cari dari dulu.

Sayang,
Walaupun kita jauh terpisah oleh jarak, cinta aku padamu tak pernah berubah, sama seperti awalnya , dan aku harap biarlah sampai akhir hayat ,dan di beri peluang utk mencintaimu seorang.

Walau sesukar mana harus aku lalui, aku tidak akan mengalah jika kau pun seperti aku.

Kasihku,
Biarlah kita sama2 bina sebuah cinta yang sejati, kekal selamanya. Semoga Allah merestui cinta suci kita.


Dedicate to only mine : Mohd Sahrail

17 October 2010

To All Nuffnangers

Salam bloggers.

Arini ceq baru daftarkan diri dì nuffnang.

Ceq pun tak tau sangat tentang nuffnang, tapi tengok ramai blogger yang guna ads nuffnang. So , ceq pun try lah.

Bloggers yang senior tu tolong lah tunjuk ajar budak baru neh yea...peace :)

Saya Sayang Blog Saya!

Firstly , ceq create blog ni just untuk suka2 dan mencuba.
Tapi lama kelamaan rasa minat nak ber'blogging' makin membuak,buak. Blog ni dah jadi macam teman baik ceq.

Walaupun blog ceq ni masih terlalu 'noob' ,tapi ceq tetap sayangkan blog ceq, segalanya ceq curahkan dalam ni .
Kalau boleh tiap masa nak keluarkan entri2 yang menarik, mana nak tau kalau ceq boleh dapat ramai kawan kat blog ceq ni kan?

Kempen Katakan Tidak Pada Copy & Paste?

Salam ceria kawan2. Tadi ceq ada terbaca satu entri dari kawan blogger ,iatu Cik abang Hafiz Aiman ,
beliau and kawan2 yang lain tengah sibuk mempromosikan kempen "Say No To Copy Paste" .

Berdesup jer dalam dada bila baca entri beliau , mana taknya , ceq nie pun sebelum berjinak-jinak tulis entri sendiri ,selalu jugak ambik artikel dari blogger lain (jujur ni..hehe) .

So, mulai sekarang ceq sokong kempen Say No Copy and Paste.

Harapan ceq pasni moga2 dapatlah ceq improve kan lagi entri blog ceq.. :)

Hobi Jerat Diri.

KUALA LUMPUR: Pada
mulanya dia hanya suka-suka
mencari kenalan baru
menerusi laman sembang
ketika melayari Internet
sambil mengulang kaji
pelajaran.

Tapi, hobi itu akhirnya
menjadi racun apabila
terjebak dengan lelaki miang
yang rupa-rupanya
mempunyai niat serong di
sebalik perkenalan di alam
maya.
Menceritakan kisah silamnya,
Syafika berkata, pada
mulanya dia menggunakan
laman sosial hanya untuk
mencari kenalan.
Namun, katanya selepas
mempunyai ramai kenalan
lelaki, ada antara mereka
mengajak dia keluar malah
tidak kurang juga sanggup
membayar untuk 'tidur' bersamanya.

Pada awalnya

Tutorial : Cara Buat Code Box

Ini dia code box
Contoh




Copy Code di bawah :
<left><div style="border: 3px
solid rgb(
255 , 102 , 0 );
padding: 5px; overflow: auto;
width: 140px; height: 80px;
background-color: rgb(
204 ,
204, 255);"> Tambahkan text atau code anda disini </div>

Dan letak code yang korang nak letak dalam ruangan yang tertulis
Tambahkan text atau code anda disini

Selesai! Preview dan save.

15 October 2010

Join GengBlogger.com

Yang dah lama berkecimpung dalam bidang blogger ni , mesti ramai dah yang tau kewujudan blog ni . Aku je yang ketinggalan zaman , haha , btw seronok dapat join gengblogger , aku harap aku boleh dapat ramai kawan kat sini, as you know KAWAN not just a Followers yea :)

Yang dah ada akaun blogger find me with this link . Olaa...

http://www.gengblogger.com/?ref=Emma90

Aku Dah Dapat Hak Aku!

Allhamdulillah..

Aku dah dapat hak aku sebagai pekerja, kalau aku tak buat report kat Biro Pengaduan Awam , memang aku tak dapat gaji aku masa kerja kat 7E dulu.

Aku harap pihak company 7E tak akan ulang perkara yang sama kat staff2 yang lain.

Thanks a lot to Biro Pengaduan Awam(BPA) , coz dapat selesaikan masalah aku . Pada kawan2 yang mempunyai masalah dengan majikan atau bekas majikan boleh gunakan khidmat BPA yang patut di percayai...

12 October 2010

Mencari Lagi...

Mesti korang heran kan..menda aper la yang aku dok mencari-cari neh. Sejak abes skolah aku tak sambung my study. Nak kata tak berminat tu tak la, maybe takder rezki. So, abes jer study terus jer kejer.

Aku tak payah nak kalut-kalut (gopoh) cari kejer. Mak aku neh berniaga, so aku luangkan lah masa yang terbuang ngan meniaga. Boleh la buat kuih sikit2.

Bukan aku tak penah kerja, tapi kerja tak pernah nak lekat,tatau lah kenapa.. Sebelum2 neh aku penah kerje kat cyber cafe, memang minat kerje2 yang mcm neh. Tapi takder rezki, cyber cafe tuh terpaksa di tutup atas sebab2 tertentu, then menggangur lagi lah aku.
Next plak ,aku kerja dekat kedai baju as a customer service. Tu pun sebulan jer. (haha.teruknye) . Dan yang terakhir tahun neh aku kerja kat 7ELEVEN sebagai store associate, tuh pun tak lamer sebab pihak HQ lengah2 kan gaji pekerja(malang betoi naseb aku.uwaa). Dah tu sekarang neh tengah mencari lubang2 kerja yang ada...
hope rezeki menyebelahi aku. Amin.

11 October 2010

Pesanan Untuk Awak Yang Paling Saya Sayang..

Andai satu hari nanti kita gaduh, awak marah la saya, saya terima


Andai awak dah tak suka saya, awak bagitau je saya..saya janji tak kan marah awak

Andai awak dah btul2 benci saya, awak buat la apa pun yang awak suka...saya tak kisah...

& andai satu hari awak nak saya pergi dari hidup awak, saya rela...asalkan awak bahagia bersama orang yang awak suka...

Mungkin, bila awak rindukan saya, awak akan ingat kenangan kita bersama...

Mungkin awak akan cari saya..

Tapi Saat tu..saya dah tak ada lagi....

Tapi saya nak awak tahu yang awak tetap dihati saya...

Bukan untuk sementara, tapi selamanya....

Saya Sayang sangat2 kat awk...

awak tahu awak sapa kan untuk saya...

Tidak Akan Berubah Perasaan Aku Terhadap dia



saya tetap sayang awak


Aku tahu sikap dia memang begitu..pandai bermain kata..

andai ditakdirkan, aku tidak mahu perasaan ini berubah walaupun sesakit mana pun..

walau terpisah sekali pun, aku tidak mahu perasaan aku terhadap dia berubah..
biarlah orang kata itu hanya dunia semata-mata...suka hati aku la perasaan aku...kan?

ada yang cakap berpada-pada la bila kite bercinta dalam dunia ni, bukan bleh bawak ke mati pun..
tapi bagi aku, apa yang berlaku dalam hidup aku selama ni, sangat bermakna bagi aku...sebab plot hidup 'kita2' ni memang berbeza dengan yang orang kat luar sana tu...btol tak ceq?.hahaha



Pemburu Tiga Juta Virus Komputer

PENAMPILANNYA bersahaja
tetapi luar biasa. Begitulah
personaliti seorang konsultan
virus komputer, Dr. Looi Hoong
Thoong, 67, ketika ditemu bual
di pejabatnya di Looi Software,
Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-
baru ini.
Biarpun pertama kali bertemu,
sikap peramahnya membuatkan
perbualan kami tidak terhenti
dan berjaya merungkai seribu
satu cerita daripada anak jati
Bukit Mertajam ini.
Siapa Hoong Thoong yang turut
dikenali sebagai Uncle Looi ini?
Mendekati diri warga emas
terbabit, beliau rupa-rupanya
antara pencipta program
antivirus terawal dunia, V-
Buster.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda
Arkitektur ini berkata, kerjaya
sebagai pereka program
komputer memerlukan
ketajaman fikiran dan ia lebih
mencabar berbanding arkitek
pembinaan.
Berbanding seorang arkitek,
kata Looi, mereka hanya duduk
di atas kerusi sambil
memikirkan projek yang
hendak dilaksanakan. Ia tidak
melibatkan pengiraan dan kod bahasa seperti pereka perisian.
“ Kerjaya kreatif ini bermula
ketika usia saya sembilan tahun
apabila saya berjaya mencipta
sebuah alat pencetak gambar
hitam putih bersaiz kecil.
“ Tidak sangka dengan
menggunakan peralatan sedia
ada di rumah sahaja seperti
kaca, transistor dan litar, saya
berjaya menghasilkannya
walaupun dalam bentuk tidak
seberapa,
” ujarnya yang
mengaku tidak gemar menelaah
bahan bacaan sejak zaman
persekolahan.
“ Inilah gaya hidup saya sejak di
bangku sekolah sehinggalah
melanjutkan pengajian ke
Universiti Adelaide di Australia
pada tahun 1962.

Langkah pertama ..

08 October 2010

Beza Antara Suka Dan Cinta

1- Di hadapan orang yang kita


cinta, hati kita akan
berdegup
kencang. Tapi di
hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.
2- Di hadapan orang yang kita
cinta, musim
sentiasa
berbunga-bunga. Di
depan orang yang kita
suka,
musim itu cuma berangin
sahaja.
3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka ,kita akan tersenyum.
4- Di depan orang yang kita
cinta, kita menjadi
malu.
Di depan orang yg kita
suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.
5- Di depan orang yang kita
cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata.
Di depan orang
yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.
6- Kita tidak akan merenung
mata orang yang kita
cinta.
Tapi kita akan selalu
merenung mata orang
yang kita suka.
7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut
jua menangis. Bila orang
yang kita suka
menangis, kita
akan cuba untuk
membuat dia gembira.
8- Perasaan cinta bermula dari
kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau
kita berhenti
menyukai
seseorang yang kita
suka umpama kita
membuang
telinga kita. Tapi
jika cuba menutup mata
cinta
berbuah menjadi airmata.
Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam
hidup mereka.

04 October 2010

20-TH ANNIVESARY ....


Allhamdulillah..
syukur kehadrat Allah....aku masih lagi di beri peluang untuk
meneruskan hidup...

thanks kepada kawan2 facebook yang sudi wish kat Emma..
 tahun nie macam biasa..no party birthday..
dapat ucapan pun syukur Allhamdulillah....




01 October 2010

5 suspek kes bunuh Sosilawati disambung reman hingga 8 Oktober

2010/10/01


BANTING: Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini, hari ini membenarkan tahanan reman terhadap lima suspek dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya disambung sehingga 8 Oktober.

Perintah mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah itu dikeluarkan oleh Majistret Hurman Hussain bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengenai kes kehilangan jutawan warga India, Allal Kanthan Muthuraja.
Kelima-lima suspek yang tiba di mahkamah dengan van polis pada jam 9.30 pagi dikawal ketat oleh anggota polis .Mereka kemudian meninggalkan mahkamah kira-kira jam 10.50 pagi.
Ia adalah kali keempat tahanan reman mereka dilanjutkan.
Sebelum ini, kelima-lima suspek telah ditahan reman bermula 12 September lalu bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma