Blog Cik Emma: 1/1/11 - 2/1/11

28 January 2011

Sekarang aku sedar apa makna cinta...

Assalamualaikum bloggers!
Tadi sempat pi amik angin kat pantai dengan akak and anak sedara tersayang.

Bila dok kt tepi pantai td ,duk renung jauh ke laut, aku tersedar sesuatu. Betapa cintanya Allah kepada hambaNya, dengan mencipta laut dalam yg terbentang luas ,langit tinggi yg sangat indah.
Aku mula sedar, walaupun orang yg aku sayang meninggalkan aku, tetapi aku tetap punya cinta Agung dari Allah yg akan kekal sampai akhir hayat aku.

Emotional sgt aku hari ni, aku dapat tau yang ex-bf aku dah dpt pengganti baru dlm hdup dia, walaupun baru dua minggu berpisah. . Wow..cepat betoi..

Aku rasa marah jgk kat dia, tp semua jadi sebab salah aku sendiri.
Mungkin sudah suratan takdir, dia tercipta bukan untuk aku.

By the way, aku tanak sedih2 lagi aku akan cuba buang sifat emotional aku ni, my beloved sista byk nasihatkan aku, be strong!!

Aku kena sedar maseh ada lagi orang yg sayangkan aku.. FAMILY AKU YANG TERCINTA.
terima kaseh byk2 . I love u all so muchhh :)

Tutorial : Cara nak buat blockquote

Salam readers,

Hari tu sape ke ntah tanya cara nak buat blockquotes. Okay sebelum tu, kita tunjuk apa itu 'blockquotes'. Baik lah adik-adik, abang-abang, kakak-kakak......Ini dia blockquotes :

chumel!!

Moh lerr kita sesama belajar cara nak buat blockquotes ni  and cara nak guna.

Step 1

  • Pergi kat Dashboard
  • Click Design/Layout
  • Click Edit HTML
  • Tick Expand Widget Templates
Step 2
  • Tekan CTRL dan F
  • Copy and paste ayat ini pada kotak search :
.post blockquote {
  • Anda akan nampak code yang sejibik macam ini :
.post blockquote {
margin:1em 20px;
}

Step 3
  • Gantikan semua code di atas dengan code ini :
.post blockquote {
background: #FFCC99;
-moz-border-radius-topleft: 10px;
-moz-border-radius-bottomright: 10px;
padding: 6px;
Border: 1px solid #ff0d62;
margin:1em 20px;
}
 Step 4

Edit code yang diwarnakan sahaja :

Color HIJAU ---> Ganti dengan code faveret color korang. Code color korang ley dapatkan kat sini .
Color UNGU ---> Boleh tukar ketebalan border (1px/2px/ 3px/4px./.......)
Color BIRU  ---> Ganti dengan jenis boder yang korang nak.. (solid/dotted/dashed/double/outset)

Option
Kalau korang nak tukar background tu dengan gambar yang lebih cantik.. gantikan dengan code ni :
.post blockquote {
background: url(URL GAMBAR BACKGROUND BLOCKQUOTE) repeat;
padding: 6px;
margin:1em 20px;
border: 2px solid #000000;
-moz-border-rectangle-topleft:10px;
-moz-border-rectangle-bottomright:10px;
-moz-border-radius-topright:10px;
-moz-border-radius-bottomleft:10px;
}
Lepas tu SAVE TEMPLATE.

Cara nak guna :


  • Buat New Post
  • Type Type Type 
  • Highlight kan semua yang korang type tadi
  • Then :



Done.. selamat mencuba :D



Credit : http://www.hanalovenest.com/2010/11/tutorial-cara-nak-buat-blockquotes.html

    21 January 2011

    Mak .. Engkau sumber ilhamku. .

    Sembilan bulan mak mengandungkan aku, melahirkan dan menyusukan aku.

    Aku maseh ingat lagi masa aku berumur 6-7 tahun, waktu tu aku menghidap penyakit buah pinggang di peringkat awal. Mak lah orang yg paling risau tentang keadaan penyakit aku , sampai sanggup berhenti kerja sebab nak jaga aku kat hospital, betapa sayangnya mak kat aku. . mak sanggup bawak aku buat rawatan susulan sampai aku betol2 sembuh.

    aku bukanlah anak yang sangat baik , adakala aku mengguris perasaan mak , aku tau aku penah buat mak menangis. . Mak maafkan anakmu ini. . .

    Aku dah cuba jadi anak yg baik, dengar cakap . Aku tak nak bergaul bebas ,sebab aku tak mau jd pkara yg tak elok. Aku tak nak mak aku kecewa ngan aku. .

    Terima kasih mak sebab mak berjaya mendidik anak mak ni menjadi anak yg baik. Apa jer benda yang anak mak ni nak buat, mesti anak mak ni akan teringatkan mak... Saya taknak kecewakan mak yg dah lahirkan saya dan jaga saya sampai sekarang ni.

    Ema sayang mak sangat2..

    Susah itu satu pengalaman

    semua orang nak hidup senang. Mana ada orang yang nak hidup susah.

    Tapi kalau kita nak rasa kesenangan kita kena rasa susah dulu.

    Cam aku ni , datang dari keluarga yang sederhana . My father worked as security guard and my mom pulak berniaga.

    Dari kecik2 lagi aku dah merasa susah. aku tak segan nak gtau aku cuma habes belajar sampai skolah menengah jer . Bukan sebab keluarga aku tak mampu nak menyara aku. Cuma aku rasa aku tak nak susahkan mereka lagi.

    So, aku belajar untuk menolong keluarga aku, aku belajar buat kuih, belajar memasak, coz aku tau ,benda tu sume penting pd masa depan aku nanti.

    Aku tak harapkan kerjaya yg tinggi , dapat tolong ringankan beban mak abah pn dah syukur Allhamdulillah.

    Aku cuma nak nasehatkan korang semua. Biarlah kita merasa susah dulu. Di suatu masa nanti Insyaallah, kejayaan dan kesenangan menjadi milik kita .

    20 January 2011

    Jom Belajar Loghat Penang - Siri 2

    jom cheq sambong sikit :


    deraih- laju

    cunggik - nak terjatuh

    ranjau - tipu

    menilau - merayau

    babil - tak dengar cakap

    marka - makwe atau pakwe

    cemuih- boring

    rongkah - buka sesuatu benda

    ligan - kejar

    haria - pukul

    kebuloq - lapar sangat


    >>>> to be continue

    19 January 2011

    Jom Gegar Blog

    Assalamualaikum..nak join gak segmen gegar menggegar dari abg ben.

    Tapi sorry la, tak letak header blog abg ben lagi.
    Update ngan handpone je ni.

    Harap di terima pakai lah ea abg ben. Hehe

    J0m join ramai-ramai.

    http://www.benashaari.com/2011/01/pengumpulan-bermula-jom-gegar-blog.html

    18 January 2011

    Resepi : Char Kuey Teow Penang

    Pehh..char kuey teow ni memang favourite aku.

    Meh aku nak share sikit resepi char kuey teow style aku..hehe. Try la tak rugi punya.


    Bahan-Bahan untuk sorang makan:

    3 ekor Udang Besar

    Kuey teow

    1 biji telur

    Kucai

    Taugeh

    2 sudu kecil cili masak atau cili boh

    1 sudu kecil Kicap pekat

    1 cawan Air masak

    Sedikit garam

    Cara-cara:
    Goreng udang dengan sdikit minyak.

    Dah masak sikit udang tu terus masukan cili masak,kicap dan air.

    Seterusnya masukan kuey teow dan garam.
    Pastikan api di bukak kuat.
    Pecahkan telur kacau rata dan terus tutup api.


    Selamat mencuba resepi simple dari aku :)

    Resepi : Kek Tiramisu Simple

    1 biji sponge kek atau apa2
    kek
    250ml whipping cream
    200ml cream cheese
    1/2 cawan gula halus
    1 cawan air panas (nak
    bancuh nescafe)
    1 sudu makan serbuk
    nescafe
    serbuk koko untuk hiasan
    1. Bancuhkan nescafe
    dengan satu cawan air
    panas tadi
    2. Satukan gula, cheese
    dan cream
    3. Pukul adunan tadi
    sampai kembang dan
    gebu
    4. Potong kek pada 2
    bahagian
    5. Tuangkan bancuhan
    nescafe ke atas kek
    6. then sapukan adunan
    cream+cheese tadi
    atas kek
    7. Susun lagi bahagian
    yang selebihnya
    sapukan nescafe n baki
    cream cheese td.
    8. kemudian tutup
    dengan cling film dan
    simpan dalam fridge
    sebentar

    9. Hiaskan dengan serbuk
    koko bila masa nak
    menghidangkannya.

    17 January 2011

    Kontest Blog Paling Comel!

    KLIK KALAU NAK JOIN



    salam ceria readers..dah lama tak join kontest-montest nih hahaha.. .
    kali nih aku nak join kontest oleh adek yg comel lotei Nurul Nabiela
    walaupon blog nih tak comel aku nak jugak join kan diri..ekekeke..mana nak tau kot ada rezeki..InsyaAllah..
    jom la join sama-sama..



    syarat-syaratnya

     warga negara MALAYSIA .

     semua jantina diterima

     ada blog! takder blog .. ditolak !

     kena follow blog aku.. tak nak follow takper.. tak der paksaan :)

     tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin ley join


    tarikh tutup

    5.2.2011 ... itupun melebihi 100 orang penyertaan .


    hadiah

    DUIT menanti anda !

    tag 4 orang 




    16 January 2011

    Kehilangan Lagi..

    CINTA ni ada pasang surutnya. Ada yang berkekalan sampai akhir hayat. Ada jugak yang terpaksa berpisah sebab tak ada jodoh.

    Entry kali ni ada kaitan dengan diri aku. Aku telah kehilangan orang yang aku sayang. Bukan dia pergi selama-lamanya , tetapi dia pergi dari hidup aku buat selamanya. Aku tahu dia tak akan kembali lagi pada aku.

    Aku menyesal sebab membuat keputusan dan berkata tanpa berfikir panjang. Aku tak sedar aku telah melukakan hatinya.

    Segalanya ketentuan Allah, mungkin ini satu pengajaran buat aku.

    Buatmu insan yang aku sayang , semoga engkau tetap bahagia dan bertemu jodoh dengan pasangan yang baik.

    Kuburkanlah kenangan dan janji-janji yang pernah kita lafazkan dulu. Anggaplah ini ketentuan dari Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan ini. Allahualam..

    Resepi : Nasi Goreng Kampung

    Bahan-Bahan untuk tiga orang makan

    Cili Kecil- ikut suka (org Penang kata cabai melaka)
    Ikan bilis- di goreng
    Bawang putih- di hiris
    Nasi putih
    Sambal belacan- 2 sudu makan
    Minyak masak - 2 sudu makan
    Kangkung
    Garam- secukup rasa
    Perasa - 2 sudu kecil

    Cara-cara

    Tumiskan bawang putih yang di hiris bersama dengan sambal belacan dan cili.
    Kacau hingga naik bau. Masukan nasi ,ikan bilis dan kangkung. Goreng sehingga nampak kering dan masukan garam serta perasa. Goreng lagi sehingga rata. Siap dan boleh di hidangkan.

    Aku Nak Laptop!

    Haa.. Terkejut ? Ada siapa-siapa yang baik hati nak hadiahkan laptop tak kat owner blog yang buruk neh? Hahaha.. Dah kemaruk nak pakai laptop. Semakin hari tangan ni semakin gian nak buat entry .
    Tak puas lah guna handphone..

    Adoi..kena kumpul duit dulu lah macam nih.

    Seronok pulak bila dah start blogging. Seingat aku ,aku start berblogging bulan May tahun 2010. Tak lama sangat pun, kira newbie lagi.

    Syok sangat blogging. Bertambah syok lagi bila aku dah pandai sikit mencoding htlm..siapa-siapa yang dah lama tuh sudi2 lah bagi tunjuk ajar ye.

    Okaylah. Korang doa2kanlah moga hajat aku nak pakai laptop tercapai. Tak laptop pc pun jadilah..

    14 January 2011

    Jom Belajar Loghat Penang

    Salam.. Hari ni ceq nak ajar loghat bahasa Penang. Kawan blogger ceq siap request lagi..haha.
    Okaylah untuk tidak menghampakan jum ceq ajar cikit basic. Ececeh..mai cikgu ajaq mai..




    Ceq- saya, aku

    Hang- kau

    Depa- mereka

    Hangpa/hampa- korang

    Ralit- terlupa sesuatu sampai xsedar.

    Baloq liat- pemalas sangat2

    Loklaq- tidakk sopan

    Mamun- mamai

    Tibai@balon-pukul/hentam

    Camdey- perli

    Buat ramai- buat kecoh/bising

    Tawaq Hebiaq-tak rasa apa langsung(di gunakan utk makanan)

    Mengai- mengail

    Tidoq -tidur

    Manis melentin-manis sangat

    Meluat -menyampah/tak suka

    Cemerkap- buat kerja tak betul.



    Sampai sini dulu kot ceq ajar. Nanti ceq sambung session yg kedua plak..haha..

    13 January 2011

    Entry Di Copy Paste? Jom Semak!

    Salam hari Khamis readers tersayang. tadi tengah syok dok google2 terjumpa lak Cara nak tau siapa pencuri entry blog kita dari website copyscape.
    KLIK



    Selamat men scanning..hehehe


    Putus Cinta Perkara Yang Sangat Menyedihkan!

    Setiap yang bercinta pasti ada yg tak akan berkekalan. Sedih weh putus cinta, patah hati nih, remuk, hancur.. Tapi apa kan daya kita hanya merancang, Allah yg menentukan. Hari nih aku nak berkongsi sedikit tips pada insan-insan yg putus cinta.

    Luahkan Masalah
    Carilah kawan rapat yg boleh dipercayai atau keluarga korang sendiri. Luahkan perasaan korang, nak menangis pun nangis la masa tu. Jgn pendam. Biar kurang sikit bebanan yg korang tanggung sorang2.


    Beriadah
    Lakukan aktiviti2 yg berguna. Jgn biarkan korang sorang2. Ajak kawan borak2,tak pun g karaoke ke,menyalak la puas2.

    Tawakal Dan Berdoa
    Jangan jadikan masalah korang tu memudaratkan diri korang. Berdoalah pada Allah, supaya hati korang tenang. Dan doakan yang terbaik untuk dia dan korang sendiri

    11 January 2011

    Facebook Tak Akan Di Tutup!

    Salam riadah readers. Korang semua pun dah di maklumkan tentang rumor yang mengatakan laman sosial facebook akan di tutup. Isu mengenai cerita penutupan
    laman sosial Facebook yang semakin marak diperbincangkan di semua blog dan laman web.
    Khabar angin yang mengatakan facebook akan ditutup
    oleh Mark Zuckerberg,adalah ura-ura semata-mata.

    Di bawah antara yang disebutkan laman web
    Weekly World News yang di ambil dari Mark
    Zuckerberg di Palo Alto,
    California, Amerika Syarikat,
    Sabtu (8/1/2011).

    Menurut laman itu, Zuckerberg
    mengaku stress mengelola
    Facebook yang telah mendapat sambutan di seluruh pelusuk negara sehingga
    membuatkan dirinya stress. Atas sebab itulah, dia akan menutup
    laman web yang memiliki beratus
    juta pengikut itu pada 15
    Mac 2011. Sumber dari laman web itu turut menyatakan keputusan
    Zuckerberg untuk menutup
    Facebook itu terlalu berat.
    Namun, Laman The Huffington
    Post tidak percaya rumor
    tersebut. Salah satu laman
    berita yang terbesar di Amerika
    Syarikat itu menyatakan isu itu
    adalah khabar angin belaka. Pihaknya mengakui
    khabar angin itu tersebar
    begitu cepat sehingga ke
    laman sosial Twitter dan
    Google Trends tanpa
    mengetahui cerita sebenar.

    **Haha.. Pengikut setia facebook mesti senang hati dengaq cerita ni noh! Rugi la kalau depa tutup facebook..masyuk woo.

    Mengapa Perpisahan Berlaku?

    Salam satu Malaysia bloggers. Tahun baru 2011 nih mesti korang semua ada azam baru kan? Actually semua orang nak perkara yang baik jer dalam hidup. Tapi baik buruk hidup kita tak semuanya kita dapat aturkan, Allah dah tentukan setiap apa yang akan berlaku pada hamba-Nya.
    Oryte,berbalik kepada topic hari nih "Kenapa perpisahan boleh berlaku dalam perhubungan cinta? "

    Tidak Bertolak Ansur

    Antara sebab2 utama perpisahan boleh terjadi coz tak ada sikap toleransi. Kalau dah sorang "api" takkan sorang lagi pun nak jadi "api". Kena lah salah sorang nih lembut hati ckit kalau nak relationship korang berkekalan.

    Tidak Setia

    Ha.. Ni dah kira kes nahas nih. Kalau ang nak curang tak payah lah gatai2 nak bercinta!! Pegi atur banyak mana yang kau nak! Cehwah! Garang bebenar aku kali nih. Apa perasaan korang kalau orang yg korang sayang curang ngan korang ? So, setialah.

    Tidak Memahami

    Yang ni pun perkara kecik yang boleh membawa ke arah perpisahan. Susah sangat ke nak faham pasangan? Kalau tak faham, cuba tanya apa yang dia suka dan dia tak suka. Jadikan benda tu sebagai asas supaya korang boleh sikit memahami pasangan korang.

    09 January 2011

    Laman Sosial Facebook Akan Ditutup?

    Assalamualaikum kepada
    semua readers blog ini.
    Mesti korang agak terkejut
    kan dengan statement tajuk
    ini? Ma agak mesti ramai di
    kalangan pembaca blog ini mempunyai akaun facebook.
    Ya, zaman sekarang ini, lagi-
    lagi di kalangan remaja
    sekarang ini, fenomena
    laman web sosial semakin
    meningkat hari demi hari.
    Boleh dikatakan facebook
    kini menjadi rutin harian bagi
    mereka. Ada yang sampai
    terlalu addicted dengan
    facebook ini. Itu dah kira kes
    parah tu. Mengikut rating
    laman web yang kerap
    diakses oleh penduduk
    Malaysia ini, laman web
    sosial Facebook adalah yang
    tertinggi berbanding laman
    web lain.
    Baru-baru ini Ma telah
    mendapat khabar berita yang
    menyatakan bahawa laman
    sosial Facebook ini dijangka
    akan ditutup pada 15 March
    tahun ini. Sumber dari laman WeeklyWorldNews
    menyatakan Mark
    Zuckerberg, founder laman
    web sosial Facebook ini telah
    membuat pengumuman
    bahawa laman webnya akan
    pada bulan March ini.

    Artikel selanjutnya di bawah ini :
    PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
    “Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.” Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
    “After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.” Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
    “I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.” Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
    “What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
    However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief. “I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
    Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion. But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.
    “I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”
    The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.
    p/s : Sumber ini tidak diyakini benar atau tidak. Sekiranya kenyataan ini adalah benar, maka apakah perasaan sebilangan besar penduduk dunia ini yang mempunyai akaun Facebook? Apa mereka akan buat untuk mengisi masa lapang mereka nanti setelah tiadanya laman web sosial yang digemari ini?  Sama-sama kita lihat. :)

    05 January 2011

    SAYA BLOGGER PENANG

    ASSALAMUALAIKUM WRT..

    Hui2..Hari ni ceq nak join event memperkenalkan diri kepada blogger mengikut negeri yang di anjurkan oleh BLOG PILIHAN MALAYSIA..
    tarikh tutup penyertaan pada 1O JANUARI 2011.
    Nak tau term of service leh klik SINI.





    ceq nak describe la ckit pasai ceq.. ceq lahir kat HOSPITAL DAERAH BUKIT MERTAJAM
    pada 04 OCKTOBER 1990. Nama penuh ceq ROSHIMA SHELLA BINTI HAMZAH.
    Ceq ada sembilan orang adik-beradik ,ceq yang no lapan (last pompuan).. la nie ceq duk dan tinggal kat BAGAN AJAM kat flat TAMAN PANTAI BERSIH

    pada sapa2 yang sudi follow tu..tima kasih byk2.. i folllow u back ..heheh..boleh gak contact2 kan..

     
    Copyright© All Right Reserved by Cik Emma