Blog Cik Emma: 5/1/11 - 6/1/11

31 May 2011

Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia

Jom join sama-sama



http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2011/05/pra-bpm-2011.html

Saya pilih kategori :

Blog Personal Wanita Pilihan

Aku Yang Kehilangan Dalam Diri Sendiri...

Aku yang kehilangan dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayanganmu
Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
Menyeretku ke syurga kita
Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat
Yang masih ada
Cerita silam ini menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara
Terlemas di dataran
Dilambung ombak hidup
Pun aku masih menantimu
Akan tersingkapkah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Di mimpi ngeri
Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya aku kesepian
Dan aku masih cinta
Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup
Meskipun ada pengganti
Seiras wajah.....


Emmm.. ingat tak lagi lirik lagu Segalanya Ku Terima-Ilusi... Ya.. aku kehilangan arah tuju. Masih terkenangkan sesuatu yang bukan milik aku. Eh..hang ni kenapa Shima. Dah la tu watpa mengharap dan ternanti2 pada yang bukan milik hang. Bukan aku tak cuba. Aku cuba sampai aku sendiri tak mampu nak tanggung.

Aku buat orang makin benci kat aku. Dah aku tau dia tak perlukan aku lagi kenapa aku masih terhegeh2. Ahhhhh.. Aku tak kisah. Bukan aku ja yang dok dalam situasi macam nie. Aku tahu ada lagi yang megalami situasi yang sama.

Aku pun kalau boleh tak mau dah ingat perkara yang lepas. Tapi mungkin amik masa yang lama jugak untuk aku lupakan semua. Bagi si dia.. Jangan risau. Aku tak kan ganggu hidup kamu lagi. Kamu bebas tanpa gangguan aku.. Yang penting aku tetap doakan kebahagiaan kamu.....Terima kasih sebab pernah membahagiakan aku walaupun cuma seketika....

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !







Abang Ben buat segmen ringkas sempena HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA. Ayuh! sertakan diri..hehehe..terutama kaum2 adam yer :)

30 May 2011

JIWA KACAU 1ST ANNIVERSARY GIVEAWAY


Moh le join jugakk..hehe..

tag 5 orang :

http://miss-nadya.blogspot.com

http://snowcakesyummys.blogspot.com/

http://potia49.blogspot.com/

http://vanillazlikecookies.blogspot.com/

http://kree323.blogspot.com

DOA KU BUAT MEREKA


Ceritakan satu kenangan yang anda amat kesali dimana anda pernah membuatkan hati kedua ibu bapa anda tercalar hatinya kerana perbuatan anda tu..


Tipu laa kalau saya cakap saya tak pernah melukakan hati kedua orang tua saya. Tak dapat di hitung banyaknya dosa saya pada mereka. Mak saya adalah orang yang paling tegas dalam hal mendidik anak, terutamanya anak perempuan. Cuma ada saya dan kakak je anak perempuan yang beliau ada.

Bercerita tentang kenanagan yang membuatkan hati ibubapa saya terguris,ada.. dari segi percakapan.. Yang lebih dari itu tak pernah ada. Pernah jugak mak menangis, masa tu mak kata anak-anak mak tak boleh di harap.. Bila mak cakap macam tu saya rasa kecewa jugak , sebab saya dah cuba buat yang terbaik untuk tolong mak. Bila saya tengok mak menangis, baru saya sedar saya dah guriskan hati mak.. Saya bukan lah anak yang begitu baik.. Kalau saya anak yang baik, saya tak akan buat mak saya menangis sebab saya..

Abah pulak dah banyak berkorban untuk keluarga. Walaupun abah tak sihat abah masih lagi kerja sebab nak bayar duit rumah. Saya pernah dengar abah mengeluh, entah bila lah anak abah nak tolong abah pulak. Dengar jer kata-kata abah tu saya mula rasa sebak. Saya tahu abah juga kecewa.

Mak..Abah... Ampunkan dosa2 anakmu ini. InsyaALLAH. Saya akan cuba menjadi anak yang bertanggungjawab dan menghormati kalian berdua....

Selagi mereka masih ada di dunia ini, cubalah kita berusaha untuk menghargai mereka. Bayangkan bila mereka sudah tiada, menangis airmata darah sekalipun tak berguna lagi.....

Bagaimana cara lupakan bekas kekasih?

Soalan yang sangat klise kita dengar. Siapa saja yang putus cinta pasti susah untuk melupakan bekas kekasih. Bak kata pepatah untuk jatuh cinta dengan seseorang kita boleh ambik masa sesaat saja, tapi untuk melupakannya mengambil masa yang sangat lama.

First of all, cuba kita pikir balik adakah dengan cara kita lupakannya kita akan bahagia?
Sejujurnya lelaki dan perempuan bukan masalahnya, masalahnya kita! Kita sendiri yang buat keputusan untuk memilih kebahagiaan atau sebaliknya.

So ,bagi sesapa yang nak lupakan kekasih yang curang dan menduakan korang, bagi sesapa juga yang dok teringat2 lagi kat ex korang ,sehingga memberi kesan buruk kepada korang ini ada
beberapa cara penting untuk korang lakukan…


Sebelum tu, Saya nak cakap,
“Orang yang kita benci pun SUSAH nak lupa, malah ingat selalu. Inikan pula orang yang bertahun-tahun
kita cintai, sayangi dan sgt kasihi, mestilah lagi susah!”

Tapi kita boleh cubakan? Okay, First sekali kita kena bersedia,
BERSEDIA UNTUK TINGGALKAN SEGALANYA DI BELAKANG KORANG! - are
you ready? Kalau tak ready,boleh berhenti membaca
sekarang hehe ..

Tips ini untuk orang yg bersedia untuk melakukan Perubahan besar dan drastik, Ready?

1. First sekali, Delete handphone number dia. DELETE
SEKARANG! Delete semua nombor dia.

2. Removed dan block FACEBOOK account dia sekarang!

3. Berhenti melawat blog dia,wall dia, pages dia, depan rumah dia, jalan dia, tempat lepak dia, HENTIKAN SEMUA!

4. Berhenti bertanya tentang dia..ni asal jumpa kawan dia je,
“ Eh dia apa khabar? dah ada orang baru ke?” STOP IT!

5. Delete email contacts dia, dan buang semua email-email lalu, ecards, atau cara
berhubung dengannya.

6. Stop calling, stop sms, stop contacting dia… no last call, stop everything for yours good!

7. Kalau boleh, buang apa-apa saja benda yang
boleh mengingatkan dia.

8. Padam lagu-lagu dan movie yang dia suka. Apa saja pemberiannya yang boleh buat korang
mengenangkan kisah lalu, jangan bagi balik kat dia, tapi BUANG!

9. Lose everything, every single thing hingga takde cara nak trace balik lagi.

10. Dan yang terakhir sekali adalah MEMAAFKAN DIA. Dari hati korang dengan tulus dan ikhlas, maafkan dia.. biarlah dia pernah menjahati kita, pernah
curang dan menghancurkan hati kita, its okay itu antara dia dan Tuhan, yang penting… dengan
memaafkan dia, kita sudah terlepas darinya. Selagi kita menyimpan marah dan berdendam
selagi itulah kita tidak akan dapat melupakannya.

Ada banyak cara lagi untuk melupakan bekas kekasih korang , tapi Masalah yang korang hadapi
sebenarnya :

Korang tak boleh melupakan cinta lama ni sebab korang masih sengaja mengingati kisah
dulu-dulu, masih duk berkhayal dengan cinta lama, saat indah bersama masa dolu-dolu… kalau macam tu sampai bila2 lah kita tak akan dapat melupakannya…

Gagah dan tabahkan diri korang, percaya kepada Allah yang korang akan bertemu
dengan jodoh korang yang sebenar-benarnya. Mulakan dengan sembahyang hajat pohon ditunaikan hajat korang untuk memiliki jodoh yang beriman, jujur, baik dan menghormati, menghargai dan sangat sayangkan korang dunia akhirat!

INSYAALLAH..

29 May 2011

Tips Untuk Melupakan Kekasih Akibat Putus Cinta

Tips untuk melupakan kekasih akibat putus cinta ini disediakan sebab dh terlalu byk person yg putus cinta..disini saya senaraikan cadangan2 utk melupakan kekasih anda.Kalau ada lagi pendapat dari korang sdri so bolehlah juga tambah-tambahkan disini.Senang nanti org yg putus cinta nk wat rujukan..

1.Korang tulis 10 pucuk surat dan korang poskan kat
diri korang sendiri, pastu balasla balik kesemua
surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali
sehari...

2.Jauhkan diri korang daripada filem-filem Hindustan
dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung

3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah
atau wat sesi berkenalan tepi-tepi jalan.... Bukak laa
warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga
bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..

4.Buat perusahaan menternak itik... Nanti bila itik
korang bertambah, korang pasti akan lupa kat pasangan
korang tu, sebab korang terlalu sibuk menjaga
itik-itik gembo korang....

5.Sibukkan diri korang dengan bekerja... Bantai
overtime bebanyak... Bila duit dah lebat nanti, korang
carikk ajer yang lain, ngawin terus, senang idup tak
yah susah-susah nak sakitkan kepala...

6.Korang pi ngadap cermin korang yang sememangnya
setia ngan korang... Korang buat ler lawak giler yang
tak masuk di akal, pastu korang gelak ler sendiri...

7.Ulang perbuatan nie sampai 3 kalai tau.. Uhh huuu Uhh huuu...

8.Kalo korang still teringat kat pasangan korang tu,
korang pi cari tangga, alaa cari ja laa kat umah
mana-mana atau pun bangunan berhampiran, korang
wat-wat terjatuh dari tangga, sampai korang terus
ilang ingatan, percaya laa. korang akan lupakan
terus pasangan korang tu...dengan diri sendiri pun
korang tak akan ingat lagi..

9.Kalo ingatan korang masih ada, pi ja rumah jiran
sebelah, minjam hammer, pastu korang wat laa tak tau
sambil ketuk pala korang sendiri sampai laa ilang
ingatan...

NOTE:
A.kalo jiran korang tak bagi minjam hammer, korang
curikk je, pastu lari laa..takkan dok wat sesi
berkenalan ngan jiran korang lak..


B.Kalo susah sangat... korang hantuk ja pala korang
tu kat dinding rumah, buat laa sampai korang rasa
dah bosan dengan hantukan korang tuh...

10.Gantung gambaq si-dia kat dinding .. korang kutuk,
korang karate, gusti, giget, mamam, telan... wat laa
pe-pe je asal ati rasa puaihh..

11.Wat-wat gila kejap.. saja layan perasaan sendiri...

12. Kalau masa drive..ternampak lori KONTENA..LANGGAR AJER LORI KONTENA TU..
nescaya boleh lupakan kekasih

13. Berlari mengelilingi malaysia mcm Forest Gump. Dah penat baru berenti


tips di atas nie hanya gurauan semata-mata. dont try this at home..hahaha

Maharaja Lawak Ditunda 3 Minggu Lagi


Terkejut ka chek? jangan la terkejut. Depa tunda bukan pasai apa. Depa nak buat roadshow ja la. Jangan ketaq perut nuh.. Buat pengetahuan korang semua Maharaja Lawak akan bersiaran secara live selama 3 minggu di 3 buah negeri iaitu Penang, Johor dan Pahang, di atas permintaan penonton2 Maharaja Lawak

Untuk Maharaja Lawak minggu ke 10 yang akan bersiaran di Pulau Pinang, korang boleh mendapatkan pas-pas masuk PERCUMA di INTERNATIONAL SPORTS ARENA (PISA) Pulau Pinang pada hari Khamis, 2 Jun 2011, bermula jam 4 petang.Jadi tunggu apa lagi kepada sesiapa yang tinggal di Pulau Pinang tu jangan lupa kejar masa korang untuk mengambil pas-pas percuma ini.

kita jumpa di sana :)

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER



28 May 2011

DARA Apakah Ia Penting?


Hadis Ibnu Abbas r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w bertanya kepada Maiz bin Malik. Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu itu? Beliau bertanya pula kepada Rasulullah s.a.w, berita apakah itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba perempuan si anu. Maiz bin Malik menjawab: Memang benar. Bahkan dia sendiri mengaku sampai empat kali, bahawa dia memang melakukan zina. Akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya. Hadis Riwayat Muslim

Isu ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih menanggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada golongan wanita.

Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas oleh penulis bukanlah perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi isu yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis. Ini kerana,selain isu social,ia juga berkaitan dengan salah satu institusi yang penting dalam Islam – perkahwinan. Kecenderungan penulis merenung isu ini dating dari pengalaman peribadi selama satu dekad.

Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah mempumyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu. Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza dengan cara peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat dan kawalan bapanya atau walinya sementara seorang janda dianggap mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya.

Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata.

Dalam kehidupan realiti , bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan. Pada hemat penulis , lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang sebenar.Lelaki-lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara dara sebagai satu kejadian biologi pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber-sumber ilmu kesihatan , kejadian selaput dara ini sangat sensitif dan mudah pecah. Kehilangan dara tidak semetinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan jenis. Mungkin ada aspek-aspek lain ( seperti kemalangan atau sakit ) yang menyebabkan seseorang itu kehilangan dara.Pada hemat penulis , kehilangan dara dalam maksud ini tidak melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang gadis. Oleh itu , penulis tidaklah berminat untuk memanjangkan aspek ini. Kita lebih cenderung melihat dari sudut harga diri seorang gadis. Terus terang kita nyatakan , isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan seksual sebelum perkahwinan ( zina ) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam masyarakat kita.

Oleh itu awal-awal lagi penulis menyatakan isu ini adalah isu sosial ; bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita sahaja. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas di kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar. Pada waktu yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah, sudah kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi.

Penulis percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’. Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam. Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan dara sebagai kejadian biologi pada perempuan. Kedua-dua pandangan itu masih bersifat peribadi. Isu sosialnya ialah apabila masyarakat ( generasi muda ) mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara tidak langsung merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh diterima. Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas.

Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannya – sekurang-kurangnya seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja - soal dara atau virginity sudah dianggap remeh.

Malah sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau masyarakt timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara ( sudah melakukan hubungan seks ) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibi bapa si gadis berasa sangat malu. Gadis itu sendiri berasa bersalah dan merasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat-saat akhir ( seperti kepada tunag atau suaminya ). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara sebaliknya. Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah melakukan hubungan seks – selalunay ketika berusia belasan tahun – dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita ( woman ) bukan lagi anak-anak perempuan ( girl ). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti seksual mengalami tekana perasaan dan penyisihan sosial remaja.

Secara sedar atau tidak apabila unsur-unsur budaya asing dan bahan lucah tersebar dengan bebas, masyarakat kta kini sedang menganuti idea yang sama.Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda terhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat?

Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan oleh penulis ialah berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak lagi menghiraukan tentang kesucian diri mereka. Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita sebagai seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?
Rasanya kita semua sedia maklum.







Bermaksud: Perempuan berzina dan lelaki yg berzina, hendaklah kamu sebat tiap2 seorang dr kedua-duanya seratus kali sebat; dan jgnlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dlm menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kpd Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yg dikenakan kpd mereka itu sekumpulan dr org yg beriman.

Mencari Blogger Wanita



Cinta Sejati Langit Dan Laut



Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Kepercayaan Cinta

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.

Faktor 1 – KonsistenKamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh menjerat kamu. Siapa tahukan!
Faktor 2 – Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.
Faktor 3 – Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.
Faktor 4 – KejujuranKejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.
Faktor 5 – Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.
Faktor 6 – Perlu dimengertikanSebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.
Faktor 7 – Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.
Faktor 8 – Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!
Faktor 9 – Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.
Faktor 10 – Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.
Faktor 11 – Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.
Faktor 12 – Tulus dan jujurKetulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.
Faktor 13 – Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.
Faktor 14 – Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.
Faktor 15 – Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.
Faktor 16 – Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan ‘bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.
Faktor 17 – Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.
Faktor 18 – Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.
Faktor 19 – Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu ‘pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.
Faktor 20 – Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

76 Tips Curi Hati Wanita

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya Saya kasihan awak tersinggung. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.

27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

32. Basuhkan kereta yang dipakainya.

33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jimak jika itu yang dia suka.

34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.

36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.

37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau Awak nampak letih dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

55. Solat bersama dan berdoa bersama.

56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Segmen Kenali Blogger Lain Bersama ZF





mai join ramai2 mai :))

27 May 2011

Widget Followers buat masalah lagi!!!!!

Dah selalu sangat widget followers ni hilang. Bukan saya jer semua blogger pon sama. Tapi yang herannya template designer punya ada jer widget followers. Ce tengok widget Saya Blogger Malaysia yang guna template designer. Sempat print screen tadi

kat bawah nie widget followers saya pulak....

aduhaiiii...masaelahhhh dah la followernya tak ramai. Lagi laa men'jem'kan orang nak follow blog den bila widget follow nye dah hilang....TENSION!!!

Ulangtahun ke-3 NUSHA






Si manis NUSHA buat GA pertama sempena ulangtahun ke3 beliau bersama kekasih tersayang. 
Tahniah NUSHA. Semoga hubungan NUSHA dan si dia akan berkekalan hinga akhir hayat. 
Bukan senang nak jumpa orang yang betul2 appreciate kita. Saya pun masih tak jumpa lagi pasangan hidup saya. Apakan daya.. Alololo.. ayat pasrah laa plak..hehehe...Maaf..maaf..maaf : )

takder yang tag,terbaca entry nie kat blog Miss Nadya

25 May 2011

Mutiara Kata Hikmah Penenang Jiwa

Persahabatan sejati umpama kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.

Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah

Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tenteram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk

Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.

Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”. Kemudian Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.

Engkau disebut sebagai manusia bukan kerana tubuh dan jasadmu tetapi akal dan jiwamu.

Akal mempertahankan barang yang pahit tapi manis akibatnya, nafsu mempertahankan barang yang manis tapi pahit akibatnya.

Musuh yang paling dekat ialah kebodohanmu. Singkirkannya sebagai menyikirkan bahaya daripada musuh musuhmu

Belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya, berfikir tanpa belajar adalah berbahaya.

Tutorial: Facebook Share Button


1. Pilih jenis facebook share button yang korang kehendaki, kemudian copy code yang diberi.

code full

<div style="float:right;padding:4px;">
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='box_count'/>
<script type="text/javascript" src="http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share"/>
</div>


code compact

<div style="float:right;padding:4px;"><a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='button_count'/> <script type="text/javascript" src="http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share"/></div>




2. Login akaun blogger, dari dashboard > design > edit HTML > Expand Widget Templates (Jangan lupa backup template)

3. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod ini.


<div class='post-header-line-1'/>

kalau tak jumpa cari kod nie

<div class='post-header-line-1'>   

 4. Selepas itu paste kod share button (langkah 1) DIBAWAH kod yang korang cari (langkah 3)

5. Save template dan lihat hasilnya.

Tutorial : Facebok Button Like

1. Login akaun blogger, dari dashboard > design > edit HTML > expand widget templates
( backup template untuk langkah berjaga²)

2. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod berikut.

</data:post.body>

3. Kemudian copy kod ini, dan paste di bawah kod yang korang cari di langkah 2.

&
gt;iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp;action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:40px;'/>

save dan lihat hasilnya!!

Tutorial : Letak Snow Effect

1. Login akaun blogger, dari dashboard>layout>add a gadget>html/javascript

2. Copy salah satu kod berikut kemudian paste dalam ruangan html/javascript

Kod untuk salji putih (sesuai untuk background hitam)

<script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/14104214083/snow-white.js"></script>

Kod untuk salji hitam (sesuai untuk background putih)

<script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/03441140321/snow-black.js"></script>

Tutorial : Disable right click

pegi Dashboard >Design>Add a Gadget>html/javascript.

masukkan code kat bawah ni dalam HTML/JAVASCRIPT

<script language=JavaScript>
<!--

//edit by Cik emma


var message="Masukkan text korang";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>

dah siap!!save dan try ..hehe :)

Tak mungkin berpaling..


Dulu..saya la segalanya dalam hidup awak,
awak sayangakan saya macam awak sayangkan diri awak sendiri,
awak tak nak tengok saya sakit,
bila awak keluar awak mesti bagitau saya sebab awak tak nak saya risau pasal awak,
saya bahagia ada awak dalam hidup saya,
awak melengkapkan segalanya,
hidup saya tak penah sunyi dengan adanya awak dalam hidup saya.

Tapi sayangnya, saya kehilangan awak,
di saat saya masih memerlukan awak,
saya buat kesilapan paling besar dalam hidup saya,
saya mintak awak pergi dari hidup saya hanya kerana awak mungkiri janji awak,
awak.. saya tak terniat nak awak pergi dari hidup saya kerana saya masih perlukan awak,
hingga hari ini saya masih rindukan awak, mimpikan awak, cuba untuk pujuk awak,
tapi sayangnya awak dah tak nampak semua tu,
bagi awak hubungan kita dah sampai ke titik noktahnya...

Hancur hati saya bila awak kata macam tu,
saya ingat awak masih perlukan saya,
rupa-rupanya awak dah dapat pengganti saya,
saya kecewa...
saya cuba cari pengganti awak,
walaupun saya masih tak boleh lupakan awak,
tapi semuanya tak macam awak,
saya di kecewakan lagi......

Awak..kalau awak nak tahu kan,
sampai hari ini saya masih rindukan awak,
rindukan kenanagan kita dulu,
biarpun awak sendiri dah lupakannya,
saya tetap akan ingat sampai bila-bila..

Saya selalu doakan kebahagiaan awak,
sebab saya tahu kebahagiaan awak bukan dengan saya,
mungkin dengan orang lain,
yang akan lebih membahagiakan hari-hari awak...
Saya tak pernah bencikan awak,
sebab tu saya tak boleh dan takkan pernah lupakan awak...

maafkan saya jika saya dan menyusahkan hidup awak..
awak kenangan yang paling terindah dalam hidup saya.....

24 May 2011

Tutorial : Tab hidden shoutbox

Asas aku buat macam ni adalah untuk memudahkan rakan blogger atau yang baru berjinak-jinak nak menjadi blogger memilih tab yang bersesuaian dengan template..dulu aku punyala susah nak mencari tab yang sesuai untuk template blog aku..so tadi aku kerjakan mata dan tangan serta seluruh anggota badan.. kumpulkan semua tab-tab hidden shoutbox ni..itupun ada yang aku belum jumpa, jadi yang ini je lar yang aku mampu share dengan korang.






Pelbagai warna korang boleh pilih, float kiri dan kanan..tunggu apa lagi, rembatla..haha..kepada sesiapa yang ada buat tab shoutbox sendiri, especially animated, apa salahnya korang tinggalkan link tab tu di ruangan komen..sharing is caring right ? kalau yang belum tahu macam mana nak change tab lihat tutorial nie Float shoutbox.


 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma