Blog Cik Emma: 6/1/11 - 7/1/11

30 June 2011

7 Petua cari calon suami yang baik

Pernah dengar tak kata-kata nie? Ke ada di antara korang yang pernah mengucapkannya? Hakikatnya, zaman sekarang nie memang susah nak cari calon suami yang baik atau yang menjadi idaman. Cari laki bukan keje main2. Bukan macam nak pilih ikan kembung ke, ikan keli ke kat pasar. Nie soal masa depan nie.

Sebab tulah kebanyakan wanita la nie ada yang rela tak berkahwin sampai tua. Rela jadi andartu. Bukan nak kata memilih, tapi bende penting, takkan nak tangkap muat jer..bangun pagi2, nampak je lelaki pertama, ajak dia kawin terus dengan you…tak boleh jadi ni…tak boleh jadi…

Sebab itulah, jom kita tengok beberapa petua untuk mencari bakal suami yang baik:

1. Pilih yang baik dan beragama – agama nie penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdelah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama nie bukan sajer boleh memimpin dirinya sendiri, bahkan dia juga boleh jadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. So, sebelum melihat kriteria2 lain, lihatlah dulu pegangan agamanya, okey dan boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak…

2. Cari yang sabar dan penyayang – semasa tengah berdating, mungkin you all dah dapat detect perangai boyfriend korang kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji… misalnya berpura-pura buat bende yang dia tak suka ke, time tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah tahap cipan, sah2 dia panas baran. Jangan pilih lelaki camni cik adik oii, kalau tidak, seksa hidup ko nanti.

3. Jangan nilai pada rupa – ‘don’t judge a book by it’s cover’..ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya sajer! Sebab kecantikan luaran nie sementara ajer. Mungkin rupa si dia nie macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik. Kalau muka tu sehensem Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat aper, kan? Ingatlah nanti kalau kita tua, tua samer2. Kedut pun, kedut sama2 (melainkan ada salah sorang yang pakai botox…huhu :-) )

4. Hormat orang tua – sememangnya kite nak calon suami yang bukan saje taat pada mak bapak dia, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? So, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kite pulak. Dia hormat ke atau kurang ajar?

5. Cari yang boleh mendengar dan mendidik – penting nie sebab kalau kita ada problem, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kite, betul tak? Bukan tu jer, kalau ada bende yang kite tak tau, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab2 agama. Jangan 2×5 sudahler…:-)

6. Lihat pada family dia – nie biasanya dipraktikkan masa zaman mak bapak kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semernya baik2 ajer, dapatlah ‘green light’…sebab ‘ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi’nya, kan? Mak bapak kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik…:-). So, nilailah betul-betul yer.

7. Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita – maksudnya pilih jejaka yang betul-betul sayang kat kite. Jangan pulak pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia plak buat endah tak endah je kat kita. Ada jugak kes di mana si lelaki nie berpura-pura sayang kat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. So, kalau anda di dalam situasi di mana anda kena pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda… sebaik2nya pilihlah option yang kedua tuh…:-)

Wah…susah betul nak cari laki kan? Pasal soal cari pasangan nie, lelaki kena paham2 la kenapa ada wanita yang kawin lewat atau tak nak kawin langsung. Bukan kata memilih, tapi soal jodoh dan masa depan di tangan Tuhan belaka. Bagi wanita plak, kalau dah jumpe jodoh yang baik dan sesuai tu, cepat2 la kawin, ok. Takut nanti si dia kena rampas plak. Maklumlah, lelaki yang baik sekarang nie tengah high demand...:)
Good Luck!

Jom Reka Dialog

Santai Bersama BEN ASHAARI



Alamak!!! Nak kena reka dialog la puleks...hehehe..lama dah aih tak reka dialog.. masa time sekolah dulu ada laa jugak masa wat karangan.. okey takpa... Cuba reka dialog dulu..huhu..



image

Gambar 1


image

Gambar 2



Isteri : Abang SMS ngan sapa tu ha?? amboiii..tak henti2 aih jari tu dok tekan henset!!

Suami : Sayang nie kenapa?? tiba2 ja nak naik angin?? Selidik dulu..Mai tengok henset abang nie..

Isteri : Oooo.. Naik angin ya??? Mai nak tengok apa dia yang abang dok tekan dari tadi tu??

Suami : Haaa...tengok laa... Abang main game la... Angry Birds.. Sayang betoi punya marah  lebih dari      Angry Bird tu...HAHAHAHA (gelak perli).

Isteri : Alaaa abang nie perli pulak dia.. Maaf la ekk... *Peluk sikit.. (hahahahaha)


Persediaan Bakal Pengantin


Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu
Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.


MERISIK:

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:

Cincin belah rotan. (cincin tanda)
Wang tanda (hantaran)
Baju sepasang atau kain
Buah-buahan
Kuih-muih
Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.


PADA HARI PERTUNANGAN:

Cincin berlian
Sirih junjung
Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.


MALAM BERINAI:

Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.


LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. 
Bagi pengantin lelaki:
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. 
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. 
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
Membeli cincin kahwin.
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.  Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. 

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Membeli barang kemas
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. 

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
Cincin / gelang tangan / rantai.
Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. 
Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak

Kira Bajet Majlis Perkahwinan Anda..


Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah. Uii macam pakar perunding perkahwinan plak dah aku ni..hehe. sharing is caring ryte??

 
Pra-perkahwinan:
Kursus perkahwinan
RM
Wang hantaran
RM
Mas kahwin
RM
Upah jurunikah
RM
Kad jemputan
RM
Setem
RM
Cincin tunang
RM
Cincin kahwin
RM
Barang kemas
RM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
RM
Tempat penginapan untuk rombongan
RM
Barangan Hantaran:
Sirih junjung
RM
Potpurri
RM
Al-Quran
RM
Telekung/sejadah
RM
Kain ela
RM
Baju kurung
RM
Beg tangan
RM
Tuala
RM
Jam
RM
Kasut
RM
Satu set peralatan solek
RM
Satu set penjagaan badan
RM
Buah-buahan
RM
Puding
RM
Cokelat
RM
Kek
RM
Juruandam:
Pelamin
RM
Bunga pahar
RM
Bunga telur/cenderahati tetamu
RM
Baju songket
RM
Hiasan bilik tidur
RM
Pintu gerbang
RM
Hiasan hantaran
RM
Abadikan memori:
Videografi yang siap disunting
RM
Jurugambar
RM
Kanopi:
Kanopi
RM
Kerusi dan meja
RM
Alas meja
RM
Kipas siling
RM
Lampu
RM
Upah pekerja
RM
Hotel atau taman:
Sewa hotel atau taman
RM
Kerusi dan meja
RM
Menu
RM
Penyambut tetamu
RM
Pengiring
RM
Makan beradap:
Set meja pengantin
RM
Kerusi dan Meja
RM
Alas meja
RM
Skirting
RM
Scallop
RM
Kerusi banquet
RM
Bunga bouquet
RM
Lauk pengantin
RM
Penanggah
RM
Katering:
Nasi dan lauk pilihan
RM
Buah-buahan
RM
Air (kordial)
RM
Hiburan:
Kompang
RM
Silat pengantin
RM
Cak lempong
RM
Kumpulan marhaban/berzanji
RM
Sistem PA:
Satu set sistem PA
RM
DJ / MC
RM
Bulan Madu:
Percutian
RM
Jumlah perbelanjaan
RM
Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah:
a)Perbelanjaan dari RM 10,000 - 15,500Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.
b)Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 - 25,500Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.
c)Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 - 35,500Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.
d)Perbelanjaan sebanyak RM 35,501 - ke atasErm… jumlah yang anda keluarkan ini agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah. Mungkin anda memang berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak ini, tetapi anda boleh mengurangkan kos tersebut agar wang yang selebihnya boleh digunakan untuk lain-lain perkara seperti membeli barangan dapur, membuka akaun untuk anak-anak dan pendidikan mereka, serta lain-lain perkara. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, jumlah inilah yang amat bersesuaian dengan majlis sedemikian. Tentu sahaja jumlah perbelanjaan yang akan dikeluarkan terlalu banyak, tetapi ia berpadanan dengan majlis yang akan dilangsungkan di salah satu dari dua tempat tersebut.

3rd Giveaway - Passport holder (29th June - 2nd July 2011)


Hope me the lucky one :) if you want to join click on the banner...

29 June 2011

Jika Hati Sering Terluka..Masih Adakah Penawarnya??


Hati yang terluka mmg payah nak di ubati.. terluka kerana di singkirkan dari hidup orang yang sgt kita cintai...
walhal dulu dialah yang banyak beri harapan dan janji utk hidup bersama selamanya.. Ya amat perit di tinggalkan seseorang bernama kekasih...Semua orang jugak akan pernah merasa terluka.. bohonglah kalau cakap tak dak orang yang tak pernah di lukai...

Bagi saya Cinta itu penuh dengan warna pelangi..ada warna cerah..ada warna gelap...Tanpa cinta kita takkan kenal apa itu kebahagiaan... Jadi di lukai itu adalah satu jalan yang perlu kita lalui sebelum kita akan jumpa jalan yang bahagia...

Setiap manusia dalam dunia ni Allah dah ciptakan masing2 akan punya pasangan.. cuma lambat atau cepat.. jangan pernah terfikir yang kita ketinggalan... Insya-Allah insan yang bakal hadir dalam hidup kita itu akan menjadi penawar segala kesedihan yang pernah kita lalui dulu..  Yang pasti biarlah seseorang yang boleh menjaga diri kita dengan baik... mudah-mudahan kita semua di temukan dengan orang yang tulus jiwanya...

28 June 2011

Jangan kau tipu aku !

Santai Bersama BEN ASHAARI


Ganas kata ko segmen nih...hahah..

Pemenang .. akan dapat promosi blog dia selama 2 jam ... okeh ? Cun ? Nak join ? Tamo ? Tamo tak pee.. Ni untuk mereka yang nak join jer .. Dialog yang kreatif jugak akan dapat hadiah.. hehehe.. promosi blog dia jap .. ok ? heheh..

Wahai Lelaki..Mengertilah Hati Wanita..


Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2.........

Kenangan Terindah...

Kenangan Indah Lagi Terindah...
Walau Hanya Sebentar Cuma ..
Walau Hanya Impian Semata2
Walau Hanya Ianya Hanya Mimpi Semata2
Walau Hanya Ianya Angan2 Cuma..
Tapi Dia Tetap Nyata Dihati Ini

Sekadar Membuang Masa...Masa Yang Terbuang.
Sekadar Membuang Rasa...Rasa Yang Tertekan ...
Sekadar Membuang Duka...Duka Yang Terpendam...
Sekadar Membuang Rindu Rindu Yang Menguntum..
Sekadar Membuang Cinta Cinta Yang Mengunung
Sekadar Membuang Sayang Sayang Yang Hilang

Ku Intai Diri Mu Dalam Renungan
Ku Tilik Wajah Mu Dalam Hayalan
Ku Damba Kasih Mu Dalam Sentuhan
Tersimpul Rindu Ku Dalam Lipatan

Senyuman Manis Terukir Indah
Dalam Bicara Sopan Terserah
Siapakah Agaknya Yang Bertuah
Menawan Hatimu Dengan Mudah

Langkah Teratur Gagah Perkasa
Tampil Sempurna Di Mata Semua
Ramai Menghulur Janji Setia
HatiMu Agaknya Untuk Siapa???

Ku Intai Diri Ku Dalam Renungan
Ku Tilik Wajah Ku Dekat Pandangan
Ku buang Hayalan Jauh Fikiran
Memiliki Diri Mu Hanya Igauan...

Kenapa??? harus aku yang terluka???

Kenapa harus ada yang terluka,bila bahagia sedang medekati,
Kenapa harus ada yang melukai,bila rasa sayang berada didalam hati..
Kenapa harus terjadinya perpisahan,bila cinta sudah mekar didalam hati….
Kenapa harus aku yang terluka,kenapa harus aku yang terseksa,,
Kenapa mesti aku????...kenapa hanya aku???? Kenapa perlu aku yang terluka???

Adakah aku tidak berhak untuk memiliki kebahagian???
Adakah aku tidak layak untuk mendapat cinta sejati,,??
Adakah aku tidak layak untuk memberi cinta aku kepada insan lain..???
Adakah aku tidak berhak untuk sayangi dan mencintai seorang lelaki???
Atau adakah ini sudah tersurat dan terserat takdir kehidupan ku ????

Aku semakin hampa melalui kehidupan ini,,penuh dengan kelukaan…
Aku semakin lemah untuk semua dugaan ini …ya allah tabahkan hatiku..kuatkan semangat ku…
Aku telalu lemah atas dugaan ini,,aku seakan hilang nyawa bila kehilangan cinta itu,,,,,
Aku seakan hilang akal bila dia pergi dari hidup aku,,,ya..allah cukuplah engkau saja buatku…
Aku ingin lari dari segala rasa..aku ingin pergi jauh dari hati yang selalu terluka…

Kenpa cinta itu harus pergi,,???bila hati ini penuh dengan kecintaan ,,kenapa???
Kenapa sayang itu telalu cepat menghilang,walau sudah bertahun bertaktah dihati merasa sayang???
Kenapa rasa cinta dan sayang mu telalu mudah luntur dimamah waktu…sedangkan dibibir kita sering melafazkan rasa cinta…
Kenapa kata perpisahan juga yang terlafaz dari bibirmu sayang…kenapa????kenapa???/
Kenapa harus aku yang terluka,kenapa harus aku yang merana,kenapa harus aku yang lalui semua ini ???? kenapa harus aku!!!!

Ya allah kau tabahkan hatiku..ya allah kuatkan semangatku untuk lalui semua ini…
Ya allah cukuplah engkau saja buat ku,,,tenangkan lah hati ku walau tanpa dia disisi,,,
Ya allah hilangkan lah banyangannya dari ingatanku…buangkan lh bayang2nya jauh dari dasar hatiku..
Ya allah sesungguhnya aku pasrah atas segara takdir yang engkau beri padaku..

Pageview meningkat sebab Giveaway

Syukur kehadrat Allah.. Rezeki pun semakain murah sekarang.. Harap macam nie laa sampai bila2. Betoi laa kata orang hidup nie mesti berani terima kenyataan.. Kadang2 bahagia yang kita kecap tu sekejap saja tak sempat nak rasa bahagia lama2.. Tapi orang yang banyak diberi ujian nie laa tanda Allah sayangkan dia, sebab Allah nak menguji kesabaran kita.. Allhamdulillah..Aku akan cuba untuk tabah dengan setiap dugaan yang Allah beri pada aku.. Ini mengajar aku supaya tak melupakan-Nya di waktu senang dan susah.. 

Bercerita pasai pageviews yang meningkat ni, sebenarnya aku baru anjurkan GA yang pertama.. Allhamdullillah..dapat sambutan yang baik.. Dari situ aku dapat sikit traffic dari blog orang lain.... Selain dari GA, pageview tentnag tutorial pun dah makin naik.Syukur kepada Allah.. Memang happy bila blog dah mula dikenali walaupun sikit2..

klik untuk pembesaran


Terima kasih bagi yang sudi join Giveaway aku...

30 SEBAB LELAKI DAN WANITA LAMBAT BERKAHWIN



1."Duit dah tak ada". Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama.

2. "Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin". Padahal kerja bertahun dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta mewah.

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati". Padahal memilih sangat,tak mau yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.

4."Tak datang seru lagi kot". Padahal awek atau pakwe keliling pinggang.

5."Banyak sangat halangan". Padahal diri belum bersedia.

6."Belum bersedia la". Padahal cukup segala syarat2 nya.

7. "Ilmu tak cukup la". Padahal dah ada master atau PHD.

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan mencari ilmu secukupnya dan tak pernah mencuba pun.Padahal Allah dah berfirman yang bermaksud Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan bergitulah sebaliknya.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".Padahal tak reti pon nak bercinta.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".Padahal tak buat kerja apa pon.

11."Busy la, banyak keje nie". Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan sunnah nabi.

12."Jodoh tak sampai lagi kot".Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha.

13."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Padahal memang dah lumrah alam sebab marah tandanya sayang.

14."Ye lah memang la marah tu tanda sayang tapi saya tak suka la, lepas tu dia heret kita kehulu kehilir".Padahal suka bagi muka kepada orang tu dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan tidak suka.

15. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".Padahal tak pernak ambil tau tentang apa yang disukai oleh org yang kita sukai. Sedangkan kita selalu buat perkara yang org lain tak suka.

16."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan sedemikian.

17."Lelaki nie suka pasang ramai org sangat". Padahal ramai artis2 lelaki yang dipujanya dan bila jumpa lelaki kacak mula nak terhegeh-hegeh.

18. "Lelaki memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak". Padahal pentingkan diri- sendiri.

19. "Nak carik yang solehah/soleh lah".Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur je.

20. "Suka yang pakai tudung labuh je". Padahal masih pakai seluar pendek,mandi masih ikut style koboi.

21. "Nak dapat yang berkekalan sehingga keakhir hayat". Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang cantik saja, suka pada yang kaya saja.

22. "Masalah la". Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.

23. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik mengabaikan pelajaran sebab dating selalu. Memang dah dungu dah....

24. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya". Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum.

25. "Tak mau la bercinta, dok seorang lagi seronok,tak lah dikongkong, tak akan terluka, jimat duit sikit".Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila.Cemburu tengok org. kahwin. Pantang tengok perempuan atau lelaki cantik.

26. "Payah la nak jaga hati masing-masing".Padahal makan hati banyak sangat,sensitive sangat, lepas tu banyak makan sarang tebuan, lepas tu suka sangat main hujan, main api, main mata, main2.dan sebagainya.

27. "Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah cukup semua syarat2, tapi satu pon tak lekat.

28. Memang dah tak ader jodoh kot". Padahal tak ada keyakinan diri, tak ada kerpercayaan pada org lain.

29. Suka dengar cerita daripada org lain,suka buat orang yang kita sukai meluat, perangai macam setan, suka berjudi, suka tikam nombor ekor dll .

30. "Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih nie susah lah". Padahal tau boleh kahwin sampai 4 ikut sunnah.

Yang mana satu korang punya alasan??.

27 June 2011

Kejayaan insafkan Sepah Maharaja Lawak

Sebaik saja melangkah masuk ke Stadium Malawati, Shah Alam di mana lokasi pertandingan akhir Maharaja Lawak berlangsung Jumaat lalu kedengaran sorakan penyokong Jozan yang dianggotai Mohd Yazid Lim Mohd Aziz atau Johan dan Mohd Razizan Abdul Razak (Zizan) menguasai seluruh ruang.




Melihat kepada perkembangan itu sudah tentu ramai beranggapan bahawa Maharaja Lawak milik Jozan. Perkara sama turut dirasai juri tetap rancangan yang diterbitkan Astro bagi saluran Astro Warna iaitu pengarah Mamat Khalid, Ahmad Idham dan pelawak senior, Mohd Saifulazam Mohamed atau Saiful Apek.

Menjelaskan mengenai perkara itu, pada majlis sidang media sebaik acara tamat, Mamat Khalid mewakili juri tetap lain berkata, pihaknya memang berasakan bahawa Jozan akan muncul juara berdasarkan persembahan hebat dilakukan Johan dan Zizan setiap minggu. Lebih daripada itu juri pada awalnya turut berpendapat sokongan padu yang diterima dua pelawak ini membolehkan undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berpihak kepada mereka.

Apa yang dijelaskan Mamat memang benar kerana sebelum persaingan bermula, undian awal SMS diumumkan pengacara Maharaja Lawak, AC Mizal menunjukkan Jozan mendahului peserta lain dengan 34 peratus dan dan diikuti Sepah 28 peratus. Satu-Satunya peserta solo Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil memperoleh 25 peratus dan akhir sekali kumpulan Jambu dengan 13 peratus. Dinilai dari situasi yang disenaraikan ini sudah tentu kemenangan Sepah malam Sabtu lalu di hadapan lebih 5,000 orang yang memenuhi Stadium Malawati berupa satu kejutan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai keputusan kemenangan Sepah, jelas Mamat, walaupun pada peringkat awal juri berasakan Jozan bakal juara namun sebaik persaingan bermula pendirian mereka berubah.

"Kalau melihat kepada prestasi Jozan selama 12 minggu sepanjang Maharaja Lawak diadakan dan sokongan besar diterima memang kami akui Jozan patut menang. "Bagaimanapun pada malam akhir persaingan kami tidak mahu bertindak berat-sebelah. Kemenangan harus diberikan kepada mereka yang layak dan menilai dari dua persembahan diadakan peserta menampilkan tema bebas pada pusingan pertama dan muzikal di pusingan kedua, ternyata Sepah paling menonjol," katanya.

Kejutan keputusan Maharaja Lawak bukan saja dirasai penonton setia, tetapi juga anggota Sepah sendiri iaitu Mohd Noor Murad atau Mamat, Shahmira Muhammad (Shuib) dan Mohd Nazdri Zainal Abidin (Jep). Sehinggakan sewaktu diumumkan juara, ketiga-tiga mereka menangis kerana tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu.

Pada sidang media, Jep mewakili anggota Sepah lain menjelaskan mereka menangis kerana terharu dan benar-benar bersyukur dengan rezeki yang diperoleh.

Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa mereka akan menjadi juara memandangkan pesaing lain juga tidak kurang hebatnya terutamanya Jozan yang ada ramai penyokong dan sedia popular.

"Setiap kali muncul di pentas, kami cuba menghiburkan penonton dan peminat. Itu saja yang ada dalam kepala dan tidak lebih daripada itu. Apabila diumumkan juara itu yang membuatkan kami tergamam...benar-benar terharu!" katanya. Jelas Jep lagi, dia benar-benar bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan walaupun hendak diikutkan dia bukanlah seorang hamba yang benar-benar taat dan soleh.

"Apa yang membuatkan kami menangis adalah apabila mengenangkan kami sebagai hamba Allah s.w.t yang tidak sempurna. Malah menghadap-Nya, sehari belum tentu lengkap lima waktu. Tapi Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tetap memberikan kami rezeki ini. Kemenangan ini membuatkan saya berasa sangat kerdil di sisi-Nya. "Kemenangan ini secara tidak langsung mengurangkan beban kewangan yang perlu ditanggung selama ini," katanya.

Ternyata kemenangan Sepah yang berasal dari Johor itu boleh dianggap sebagai satu kebangkitan kerana sebaik muncul juara Raja Lawak musim ketiga, pelbagai kontroversi dikaitkan dengan mereka termasuklah hubungan dingin dengan media dan perselisihan faham dalaman.

Menyentuh mengenai perkara itu, jelas Jep, perselisihan faham antara mereka adalah perkara normal. Malah, sepanjang raptai penuh mereka turut berselisih faham membabitkan idea mahu diketengahkan. Begitupun perselisihan faham yang berlaku itu jelas mereka menguatkan lagi hubungan, sekali gus membantu Sepah memberikan corak persembahan mantap.

Bercerita mengenai persediaan untuk persembahan dilakukan jelas Sepah mereka tidak mengambil masa lama untuk memikirkannya dan semua di buat di saat akhir. Selaku juara Maharaja Lawak, Sepah menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM350,000 dan piala iringan. Sementara itu Jozan yang dijangka bakal juara langsung tidak kecewa langsung apabila tewas kepada Sepah. Bagi mereka corak persembahan dan lawak yang dilakukan diterima peminat itu sudah dianggap satu kemenangan.

Jelas Zizan, dia mahupun Johan tidak dinafikan pada malam pertandingan akhir mereka lihat Sepah mempunyai kelebihan untuk menang kerana lawak ditampilkan sangat dekat dengan masyarakat Melayu.

"Orang senang hendak menerima apa yang cuba mereka persembahkan dan kekuatan mereka terletak kepada kedua-dua persembahan. Berbeza dengan kami, tidak dinafikan untuk persembahan pertama yang kami tampilkan agak longgar, cuma persembahan kedua bertemakan muzikal yang secara peribadi kami akui menarik dan puas pengisiannya," katanya. Selaku naib juara Jozan menerima hadiah wang tunai RM250,000.

Bagi Nabil pula yang memenangi tempat ketiga, dia cukup berpuas hati apabila layak ke peringkat akhir Maharaja Lawak dan tidak terfikir soal kemenangan. Tambahan pula, melihat daripada sambutan peminat dia sudah dapat menduga siapa bakal juara. Pada malam itu pelawak berasal dari Negeri Sembilan itu menerima wang tunai lumayan berjumlah RM150,000. Jambu yang dianggotai Yusri Edoo atau Yus dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh) mereka bersyukur apabila layak ke peringkat akhir. Kekurangan latihan memandangkan kedua-duanya sibuk dengan penggambaran drama dan filem menyebabkan mereka tidak dapat memberi fokus bagi membuat persediaan.

Jelas Yus, dia dan Taukeh hanya sempat berbincang mengenai corak persembahan menerusi talian telefon dan ia hanya dapat direalisasikan sewaktu sesi raptai penuh dilakukan sebelum pertandingan akhir dijalankan. Berada di tempat keempat, Jambu menerima wang tunai berjumlah RM50,000.

Apa yang pasti, dunia jenaka Raja Lawak kini mencetuskan menewaskan satu fenomena baru dalam warna hiburan Malaysia mengatasi program realiti TV lain. Tahniah buat mereka.
 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma