Blog Cik Emma: 7/1/11 - 8/1/11

31 July 2011

Khairul Fahmi Nafi Angkara Orang Ketiga Penyebab Putus Tunang


Baru-baru ni baru je dengar cerita pasal salah faham dan cerita orang ketiga antara Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol Malaysia) dengan tunangnya Elia. Tak sangka perkara ini berlarutan sehingga menyebabkan mereka putuskan pertunangan mereka .. Kalau tak salah aku mereka baru bertunang sebulan atau dua bulan yang lepas , mereka mengambil keputusan untuk bertunang setelah 2 tahun menjalin cinta.. Bak kata pepatah langit tak selalunya cerah dan mungkin sudah suratan takdir jodoh mereka tiada berpanjangan.. Mari kita baca luahan hati Khairul Fahmi sendiri mengenai isu ini...

Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.
Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.
Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

P/s: Apa pun kita hanya mampu merancang . Tuhan yang menentukan segalanya...

28 July 2011

Tips Mudah Dapatkan BE Dari Nuffnang



Patutlah BE susah nak naik sebelum nie.. sebab pasang iklan tak betoi.. Thanks to Nizam sebab buat entry pasal Nuffnang nie... .pasnie korang leh buat duit tanpa orang klik iklan korang.. cuma dengan kunjungan visitor korang jer leh dapat BE..

selanjutnya leh baca kat blog Ijam :
http://www.nizamijam.com/2011/07/tips-mudah-dapatkan-buffered-earning.html

27 July 2011

BEN ASHAARI memang sempoi laa!!

haisssh.. baru jer lepas terjah blog yang nak tukar link dengan aku dari segmen abang Ben Ashaari.. sapa tak kenai blogger otai tu habaq hang!! hehehe.. kira2nya banyak jugak la segmen beliau yang aku dah join.. Dan dengan terkejut beroknya aku tadi tengah syok2 dok update blog.. aku terlihat kelibat followers aku yang ke 509..


JENG..JENG..JENG!!


terima kasih yek sebab sudi follow blog yang tak seberapa nie... Abang Ben memang sempoi la.. :)

26 July 2011

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

Santai Bersama BEN ASHAARI

Saya join..Kalau korang nak join tekan kat banner BEN ASHAARI kat atas tu ok :)

23 July 2011

4 Amalan Sebelum Tibanya Ramadhan




- Hadirkan niat dalam diri untuk sambut bulan ramadhan dengan penuh kegembiraan, atau dengan penuh rasa fanatik… dengan itu, mudah untuk kita beramal didalamnya kelak…

2. Bertaubat – Solat Taubat

- Perbanyakkan solat sunat taubat
- Minta doa kepada Allah tiap kali selepas solat fardhu, mohon keampunan dan diampunkan segala dosa dan maksiat yang pernah dilakukan

3. Langsaikan Hutang Allah

- Selesaikan solat wajid (qada’) yang pernah ditinggalkan sebelum ini
- Selesaikan semua puasa yang telah ditinggalkan sebelum ini

4. Inginkan Ibadah Puasa Yang Terbaik Dalam Hidup

- Anggap ini ramadhan yang terakhir buat diri anda…
- Lakukan segala ibadat-ibadat sunat yang disyorkan mengikut kemampuan diri…
- Banyakkan zikir, selawat, baca al-quran, iktikaf di masjid dan sebagainya…

* Selamat Beramal…

22 July 2011

Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan




Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan".

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Penerangan :

1. Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukan segala keburukan.

2. Sifat malu juga akan meninggikan darjat keimanan orang yang memilikinya.

Wallahualam.

p/s : Namun sifat malu semakin terhakis pada masyarakat Islam.Kebanyakan masyarakat Islam hilang sifat malu apabila melayari laman web seperti facebook dan blog apabila segala keaiban diri dibuka dengan mempamerkan aurat dan bergaya dengan perbagai gaya yang menghairahkan malah sehingga adakalanya mempamerkan pasangan couple mereka di facebook atau blog (pelik : kenapa TAK MALU pamerkan pakwe/makwe tapi malu pamerkan ibubapa/ahli keluarga?)


Malaysia Tewas Tipis Dengan Chelsea..



Skuad Pilihan Malaysia tewas tipis 0-1 kepada kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Khamis.

Gol The Blues dijaringkan penyerangnya, Didier Drogbar pada minit ke-78 melalui jaringan kontroversi yang dibantah oleh pemain Malaysia yang mendakwa bola tidak melepasi garisan gol.

Bagaimanapun pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh mengesahkan jaringan tersebut.

Pada minit-minit terakhir anak-anak buah Ong Kim Swee cuba memberi tentangan sengit kepada pasukan Chelsea yang dibarisi pemain-pemain bintang mereka, bagaimanapun sia-sia.

MALAYSIA:

Mohd Farizal Marlias (Mohd Izham Tramizi), Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Fandi Othman), Norhafiz Zamani Misbah (Mohamad Amer Saidin), S, Subramaniam, Mohd Zubir Mohd Azmi (Mohd Affize Faisal Mamat), Shahrulnizam Mustapa (Abdul Shukor Jusoh), Wan Zack Haikal Wan Nor (Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria), Mohd Badhri Mohd Radzi (Gary Steven Robbat), Joseph Kalang Tie (Syahrul Azwari Ibrahim), Hairuddin Omar, Amri Yahyah (A. Thamil Arasu).

CHELSEA FC:

Separuh masa pertama: Henrique Hilario, Branislav Ivanovic, Ryan Bertrand (Patrick Van Aanholt), Jose Bosingwa, Joshua Mc Eachran, Slobodan Rajkovic, Yossi Benayoun, Frank Lampard, Florent Malouda, Salomon Kalou, Fernando Torres.

Separuh masa kedua: Petr Cech, Paulo Ferreira, Alex, Yury Zhirkov, John Obi Mikel, Nathaniel Chalobah, Billy Clifford, Daniel Sturridge, John Terry, Nicolas Anelka, Didier Drogbar.

Lelaki memang suka mungkir janji!!



Assalamualaikum.. Lately nie aku jadi malas nak update entry.. Nak online pon tak dak mood.. Bukan pasal putus cita pon.. Berat kepala dok pikiaq bil elekrik yang beratus2 tuh.. ahaha.. sapa suruh online lama2.. amek hang!! Haishhh.. tak sabaq nak pi Bukit Merah 29 hb nie.. huhuhu.. nie la pertama kali dapat bercuti ngan family ramai2..tak sabar nak bergambar...hahaha

Ehhh... nak tanya sikit laa kan... Kenapa lelaki ni suka sangat berjanji.. Dah tu tak pandai pulak nak tunaikan... Tu dah kira mungkir janji kan?... Nak janji tu biar la bertempat.. Biar laa janji yang kita ungkap tu kita boleh tunaikan.... ishh... kalau pasangan korang mungkir janji.. apa orang rasa?? baik kita elakkan supaya benda tu tak terjadi kat kita pulak...

Aku tau bukan semua lelaki macam tu. tapi dari sebilangan yang aku kenal memang suka sangat mungkir janji.. Kalau kita sayangkan seseorang tak semestinya kita kena tawan hati dia dengan janji2 manis.. buat apa berjanji kalau nak mungkiri .. sure pasangan korang akan terluka dengan sikap korang tu..

Moral of the story.. kalau korang nak hubungan tu berkekalan.. kurangkanlah kata2 manis yang korang tak leh tunaikan tu.. Insya-Allah.. hubungan pasti akan berjalan dengan lancar...

20 July 2011

Tutorial : Tukar halaman facebook jadi warna-warni

icon facebook Tutorial Membuat Halaman Facebook Warna Warni

Hello Guys... korang boring tak dengan tampilan Facebook korang.. Satu kaler jer kan? teringin tak nak tukar warna-warni?? Kat sini saya nak share cara nak buat tampilan home fb korang tak nampak boring... Tapi trik nie hanya korang sendiri laa yang nampak.. sekurang-kurangya tak la boring sangat kan tengok kaler biru jer memanjang.. jom follow cara kat bawah.. senang jer ..

1.Login ke akaun facebook korang
2. Bila dah login masukkan kod kat bawah nie kat address bar korang :

javascript:i=0;c=["red","green","blue","yellow","magenta","orange"," pink","violet"]; a=document.links;setInterval('i++;a[i % document.links.length].style.color=c[i % c.length]',1);void(0); alert("visit kaskus.us")

lihat lah hasilnya..hihihi.. ce LIKE sikit yer kalau dah cuba trik nie :)

18 July 2011

Aku Blogger Baru La Bang!!

Lepak di BANGKU KOSONG™

Assalamualaikum.. Ni pertama kali saya join segmen dari blog BANGKU KOSONG.. Bukan tak mao join sebelum ni.. Tapi tak berkesempatan.. Bila dah ada peluang ni saya pon menjoinkan lah diri saya yang tak berapa nak sempoi ni..hihihihi..


Nama blogger dan nama blog : Cik Emma / Ini cerita aku
Tarikh atau tahun pertama kali berblog : 26 May 2010
Entri paling popular : http://cik-emma.blogspot.com/2011/06/cik-emma-1st-giveaway.html
Widget paling best : widget followers... Tanpa mereka siapa lah aku..
Widget paling tak best : snow gadget colour bagai tu..berat rasa blog nak loading..

Hai korang semua.. Thanks laa sudi terjah blog Cik Emma yang tak seberapa ni .. Cik Emma hargai kunjungan korang semua.. Jom la kita berkenalan.. Tinggai jejak kat komen tau, Nanti Cik Emma terjah blog korang balik yaaa :)

Mengapa wanita suka merajuk?



Mengapa wanita suka merajuk?
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

17 July 2011

Aku Blogger Negeri Penang


1.Butterworth
2.Bukit Bendera, Padang Kota , Batu Feringhi
3.Nasi Kandar, Char kuey Teow, Laksa Penang, Buah Pala, Pasembor
4.SMK CONVENT BUTTERWORTH ,SMK ST MARK BUTTERWORTH,(belajar sampai sekolah menengah jer)

hari 9- Handphone yang anda pakai sekarang

Nie laa handphone yang aku pakai sekarang.. Biasa ja.. Tapi kelebihan phone nie dia motion sensore.. Leh goncang jer kalau nak next lagu..huhu... Sayang nak tukar handphone lain... Tunggu laa bila dah boring nanti..


16 July 2011

SEGMEN : SESI BLOGGER BERAMAH MESRA

Assalamualaikum bloggers..


Hari nie aku free.. Terasa  nak buat segmen.. Segmen untuk berkenalan dan beramah mesra dengan rakan blogger yang lain..Aku nak jadikan segmen ni sebagai satu platform untuk blogger2 beramah mesra dan kenal sesama yang lain.. Dalam waktu yang sama segmen ni juga secara tak langung mempromosikan blog korang kepada blogger yang belum kenal dengan korang ...


Haa..kalau nak join tunggu apa lagi..

Ini Cerita Aku
1. Letak header Cik Emma dan linkkan ke entri ni...
2. Buat satu entri yang bertajuk 'SEGMEN: SESI BLOGGER BERAMAH MESRA'...
3. isi entry korang macam kat bawah nie...bagi jawapan sekali yer 

Nama Blogger & Nama Penuh:Cik Emma/ Roshima Shella Hamzah
Asal/Negeri : Pulau Pinang
Tahun Lahir:1990
Kategori Blog: Personal/Fashion/Other
Sebab berblog: Nak isi masa terluang dan cari kawan


4. Tu ja ok.. entri siap? Tinggalkan URL entri korang kat ruangan komen ni...
5. Follow blog ni untuk tahu info selanjutnya... hihihih..
6. Bila segmen ni tutup..? Bila dah ada 30 orang penyertaan atau lebih yang dah join..

Nanti aku terjah blog korang satu2  yer :)

15 July 2011

Kalau Saya dapat RM300


Sempat lagi kot.. tutup kul 11:59 malam nie...klik banner kalau nak join gak k..

Kalau saya dapat RM300.. saya nak beli baju raya untuk tahun nie.. selebihnya.. Bayar hutang... awwwwww...malunya .. direct terus bagitau..hihihihi.. Jujur kan bagus.. memang nak pakai duit sangat nih :)

Tag
 Kak Nad
Eyra

Hafiz.. Kaulah Awan Nano ku.....

Tengah tengok Anugerah Planet Muzik (APM).. Sebab tahu dah hero kesayanganku ni akan buat performance...ohhh.....Nano..nano..nano.. Aku memang minat Hafiz sejak dari AF7 lagi.... Tak tercapai hajat lagi nak tengok dia dekat2...By the way, aku tetap sokong dia dari jauh.. I love his vocal damn muchhhh........!!

so sweet bila rambut pendek :)


kerinting2 lagi suweeeettt :)

kita sebaya kan??hehehe

Insya-Allah.. Ade reaeki dapat gak jumpa dia nanti... :) ..wahhhh.. tengah syok tulis entry nie .. di umumkan Hafiz menang Lagu Terbaik Malaysia.... Tahniah Hafiz....Dah lama tunggu Hafiz rangkul piala....
Kau lah Awan Nano ku... aiiiiyaaaa :D

hari 8- Warna yang paling anda suka


Tidakkkkkk... Aku semakin ketandusan idea untuk menulis entry..........
aku suka warna 

Hitam
Merah
Pink

BEN ASHAARI dan SEKOLAH

Santai Bersama BEN ASHAARI

haissshh.. dan lagi kot nak join :)

Blogku belum popular..



Yuhuu.. Cik Emma join segmen dari Lulu Pages.. 

Cik Emma rasa blog Cik Emma belum popular sebab masih kurang followers dan pengomen yang rajin datang blog Cik Emma.. Tak macam blog Lulu.. Sentiasa ada kunjungan.. So, kalau boleh nak popular macam Lulu Pages lahh :)

Korang pon join lah k.. Tekan banner kat atas tuh untuk ke Lulu Pages..

Transformers 'Dark Of The Moon' Terbaik !!

Assalamualaikum.. Salam jumaat buat semua. Allhamdulillah dengan izin Allah kita masih lagi bernyawa di dunia nie..

Sebenarnya hari isnin lepas pegi tengok wayang dengan kakak aku dekat GSC Cinema Sunway Carnivall, Penang.. First time aku tengok wayang citer orang putih, selalunya tengok movie melayu jer..

Permulaan citer Transformers slow je mula2 tu, memang tak banyak aksi. Time pertengahan citer tu yang syok tu.

Scene yang buat aku menangis bila semua transformers tu kena hantar balik ke planet diaorang. Rupa-rupanya Optimus Prime dah rancang awal2 lagi supaya tak di hantar balik ke planet diaorang. Satu scene lagi yg paling sedih, bila Bumble Bee di belasah oleh robot2 jahat , masa tu dia nampak si hero , bila si hero tu mengalirkan airmata,terus Bumble Bee bangkit dan bersemangat untuk lawan robot2 jahat tu.

Ending pun best, penuh dengan aksi yang mendebarkan. Aku bagi empat bintang kat filem Transformers Dark Of The Moon...


update by Sony Ericsson w910i

14 July 2011

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER



Nak join segmen dari Skytech.. Moh  ler join skali yer.. Klik banner kat atas tu tau :)


- Nama panggilan Blogger         : Cik Emma
- Tarikh mula berblog               : 25 May 2010
- Rakan blogger terkini             : 449
- Target tambah rakan blogger : 20-30 orang (hehehe)

Lovely Giveaway


Lovely giveaway dianjurkan oleh 3 blog....





Leg Warmer untuk 2 orang pemenang, yang akan memenangi sepasang leg warmer setiap seorang. (sesuai dipakai dihari raya...owh anak anda akan berseri dengan leg warmer ini..) Hadiah ini disumbangkan oleh Lenloy-Closet.



Hadiah seterusnya, merupakan iklan giveaway/contest, atau apa saja, selama ianya berjalan (sehingga tarikh tutup) dimuka depan paling atas Gift4Blogger.(sticky post beserta banner GA/contest penganjur melekat..)..Blog yang mengiklankan giveaway, contest dan lucky draw blogger secara percuma...





Dan hadiah seterusnya, merupakan 2 pemenang, akan memenangi entri khas di Lulu-Pages, sticky post selama 24 jam...Pergh...trafik si cantik manis ni, jangan ceritalah.. hebat woo....



Ini bermakna, akan ada 6 orang pemenang yang akan bertuah....Tarikh Tutup adalah 29hb Julai 2011 Jam 10 pagi)... (SELAMAT BERPUASA..)

Nak join? Klik SINI

Tag : 

BEN ASHAARI , AWAK la pulak !

Santai Bersama BEN ASHAARI

Nak join klik sini tau

hari 7- 10 lagu favourite anda

Macam biasa.. hari2 aku takdak apa yang menarik.. tetap lakukan rutin harian yang sama setiap hari.. Mata tengah ngantok pun sempat lagi aku online.. semata2 nak update blog aku nie...

10 Lagu Favourite :


1. Hazama- Cinta teragung
2. Hafiz - Awan Nano
3. Bruno Mars- Grenade
4. Haleda-Setia Kasih
5. Glee Version-Marry You
6. Justin Bieber- That Should Be Me
7. Faizal Tahir- Hanyut
8. Maher Zain- Insya-Allah
9. Ilusi- Segalanya Ku Terima
10. Siti Nurhaliza- Destinasi Cinta

13 July 2011

SEGMEN KENALI BLOGGER SPORTING



Cara-cara nak sertai segmen ni :
  1. Buat entri bertajuk "SEGMEN KENALI BLOGGER SPORTING"
  2. Masukkan header Tia dan linkkan ke sini
  3. Dalam entri sertakan jawapan kepada soalan-soalan ini :

  • Jantina - PEREMPUAN
  • Umur - 21 TAHUN
  • Status - IN A RELATIONSHIP WITH MOHD YAZID ISHAK
  • Tempat tinggal - BAGAN AJAM, BUTTERWORTH PULAU PINANG

Cinta 1,000 kilometer


Sejauh mana lelaki setia terhadap komitmen hubungan jarak jauh

ATAS nama cinta, semua cabaran sanggup diharungi semata-mata mahu membuktikan kesetiaan kepada pasangan. Hingga satu tahap, andai takdir menentukan, faktor jarak bukan lagi halangan untuk teruna dan dara menyemai kasih.

Biarpun dipisahkan beribu kilometer, perasaan kasih yang mendalam seolah-olah menutupi kekurangan dan permasalahan yang timbul dalam perhubungan jarak jauh. Sabar dan sanggup berkorban mungkin sesuai menjadi kata kunci bagi pasangan yang bercinta jarak jauh.

Namun, biar situasi apa sekalipun, soal kesetiaan sentiasa menjadi perkiraan dan percaturan penting bagi pasangan bercinta jarak jauh. Tidak kira lelaki mahupun wanita, kesetiaan dalam menjalinkan perhubungan jarak jauh boleh bertukar menjadi duri dalam daging jika dinodai hingga mengikis kepercayaan dan kesetiaan yang disimpan selama ini.

Lama tidak bersua muka, mendengar suara dan sekadar melepas rindu di alam siber - apakah ini mampu dihadapi pasangan bercinta? Apakah hati mampu bertahan andai saban hari hati gundah gulana dan diburu pelbagai kemusykilan dan kegusaran mengenai si dia?

Semua faktor ini sedikit sebanyak pasti menimbulkan ketegangan dan pergeseran dalam hubungan jarak jauh. Apatah lagi, andai si dia jarang menghubungi jauh sekali mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti lazimnya. Akhirnya, hati mula dilanda cuak dan pelbagai persoalan mula menerjah minda.

Sehubungan itu, tidak mustahil soal kesetiaan menjadi persoalan hingga hati mula dikuasai fikiran negatif mengenai si dia yang berubah sikap.

Dalam memperkatakan isu hubungan jarak jauh, bagaimana jejaka menghadapinya? Apakah lelaki boleh menjadi pencinta yang setia dan komited dalam menjalin hubungan bersama si dia walaupun tidak bertentang mata?

Apakah lelaki cenderung tewas dalam permainan jiwa hingga diam-diam curang terhadap pasangan biarpun pada mulanya sekadar berseronok mengisi kesunyian?

Mengulas mengenai hubungan jarak jauh dan perilaku lelaki, Pengarah Institut Sosial Malaysia, Prof. Madya Dr Fadzil Che Din, berkata secara psikologi lelaki mampu mengharungi perhubungan jarak jauh dengan baik berdasarkan kesan pemikiran mereka.

Dr Fadzil berkata, umumnya seseorang lelaki dapat menguasai teknik dinamakan sebagai helah bela diri di mana ia mampu mengharungi ego lelaki dalam berdepan dengan risiko serta keadaan yang mengganggu pemikiran mereka sama ada sedih, rindu dan sunyi.

“Sebab itu, jika kita lihat, lelaki cuba mengalih perhatian mereka daripada terganggu perasaannya dengan mengisi pelbagai aktiviti seperti memancing, bermain bola sepak dan sebagainya.

“Lelaki mampu mengharungi dengan baik kerana pengaruh oleh otak kiri yang memandu pemikiran untuk menjadi lebih rasional,” katanya kepada XY - Ikon Lelaki.

Berbanding wanita, kata Dr Fadzil, golongan itu lebih cenderung mengekspresi diri dengan membiarkan rasa sedih, rindu dan sebagainya kesan daripada pengaruh kedua-dua belah otak. Ia secara tidak langsung menjadikan mereka lebih sensitif, beremosi dan romantik.

Mengenai kemungkinan lelaki berlaku curang, beliau berkata, secara dasarnya lelaki berdepan dengan tiga fasa dalam kehidupannya bermula daripada proses awal akil baligh sekitar usia 14 dan 15 tahun sebelum beralih kepada fasa matang seawal usia 24 tahun.

Apabila mencapai usia 40-an, lelaki akan memasuki gelombang penurunan.

“Begitu juga dengan wanita, mereka turut melalui fasa dalam putaran kehidupannya di mana bermula daripada fasa datang bulan hinggalah kepada usia ranum sekitar 21 tahun.

“Berbalik pada kemungkinan lelaki berlaku curang, ia bergantung kepada cara lelaki mengurus dirinya dalam berdepan dengan pelbagai cabaran yang berkemungkinan untuk berlaku curang.

“Apabila mencecah fasa ketiga dalam kitaran hidupan itulah menentukan sejauh mana lelaki mampu berdepan dengan risiko kecurangan,” katanya yang beranggapan tiada sebab untuk menggagalkan hubungan jarak jauh berikutan adanya kemudahan teknologi maklumat (IT) yang semakin maju.

Mengumpamakan pepatah ‘jauh di mata, dekat di hati’, Dr Fadzil berkata, komunikasi yang tiada batasan secara logiknya mendekatkan hubungan walaupun tiada bentuk hubungan fizikal yang dapat terjalin. Penting untuk menanamkan kepercayaan dalam hati untuk memastikan hubungan jarak jauh berkesan untuk satu tempoh masa yang panjang.

Dr Fadzil berkata, adalah berbaloi untuk meneruskan hubungan jarak jauh asalkan masing-masing sanggup bekerja keras dan tidak sesekali cuba membangkitkan perkara yang boleh mencetuskan provokasi hingga akhirnya boleh menggugat kepercayaan dan kebahagiaan.

“Dengan hubungan sebegini, kita sepatutnya rasa gembira kerana ia sebenarnya menguji sejauh mana kita mampu mengharungi cabaran hidup berjauhan. Malah, apabila sudah berdepan cabaran sejauh ini, tiada masalah untuk kita berdepan cabaran lebih besar.

“Cuma pastikan, sentiasa memelihara hubungan dan tidak membangkitkan beberapa persoalan hingga boleh mencetuskan pertelingkahan. Apabila bertelingkah, bimbang pula ia boleh membawa kepada konflik lebih besar sehingga boleh berpisah,” katanya.

10 perkara yang harus difikirkan sebelum menjalinkan hubungan jarak jauh:

1. Jangan terburu-buru

Memang wajar untuk menangguhkan ungkapan cinta pada si dia kerana masalah logistik dirinya memungkinkan anda sekadar membuang masa saja dalam soal perhubungan.

2. Mula sebagai kawan

Janganlah hanya sekali bertemu sudah menjanjikan cinta menggunung tinggi. Setidaknya mulakan ikatan sebagai seorang teman sebelum membuat keputusan lebih besar dengan bercinta.

3. Kerap bertemu

Harus untuk anda sering bertemu dengan si dia kerana dengan cara sedemikian barulah anda dapat mengenali ‘warna sebenar’ dirinya. Manalah tahu, selepas tiga kali bertemu akhirnya anda tidak pula rasa tertarik dengan sikapnya!

4. Uji kesabarannya

Sesekali wajar juga untuk menguji kesabaran pasangan yang baru dikenali. Lebih-lebih lagi dalam hubungan jarak jauh, memang perlu memberikan sedikit ujian dengan harapan mengetahui sejauh mana dia mampu berdepan dengan risiko hubungan sebegini.

5. Bertanyakan soal komitmennya

Tidak salah memulakan langkah ke arah komitmen. Lihat reaksinya, adakah dia juga bersedia ke arah itu. Namun, anda usah pula terburu-buru menyahut cintanya kerana masih perlu mengenali lebih lanjut.

6. Lihat tingkah-laku

Apabila sudah saling mengenali dalam tempoh beberapa ketika, anda boleh mengenali dirinya yang sebenar. Selidiki personalitinya sama ada benar-benar ‘sekepala’ dan bukan dari jenis yang mengongkong.

7. Tidak kedekut

Tidak kiralah lelaki atau perempuan, paling penting janganlah memiliki pasangan yang kedekut soal perbelanjaan. Seperti jika berhubung, janganlah asyik kita saja yang menelefon, si dia juga perlulah bertolak ansur.

8. Pandangan orang sekeliling

Jangan ambil risiko bersendirian, sebaiknya dapatkan pandangan rakan baik dan anggota keluarga mengenai hasrat untuk lebih serius dalam menjalinkan hubungan jarak jauh. Tidak mahu menyesal kemudian hari.

9. Biar berbaloi

Biar berfikir lanjut. Pastikan biar hubungan itu benar-benar berbaloi untuk diteruskan jika ingin menjalinkan hubungan secara serius termasuk soal masa depan untuk hidup bersama.

10. Berdepan risiko

Apabila menjalinkan hubungan jarak jauh, secara logiknya anda harus akur dengan risiko kegagalan dalam perhubungan. Andai sanggup mengharungi suka duka hubungan serta kemungkinan kegagalan dalam percintaan rasanya bolehlah anda menyahut cinta si dia!

GILER BOLA ! MALAYSIA vs ARSENAL !!

Santai Bersama BEN ASHAARI





NAMA PASUKAN : ARSENAL





Jurulatih : 

Senarai pemain :




    Dan lawan mereka adalah .....








    NAMA PASUKAN : MALAYSIA ( HARIMAU MALAYA )

    Senarai pemain :

    Ya.... jenuh cari player2 terbaik untuk team ARSENAL & MALAYSIA.. Akhirnya selesai jugak.. dengan penuh sabar melayani line wifi yang tiba2 slow..hehehe... Buat yang terpilih.. Tahniah....





    -Perlawanan persahabatan antara MALAYSIA dan ARSENAL...-
    Ulasan daripada wartawan : cik emma

    Pada minit pertama ternyata kedua2 team menunjukkan persaingan yang sangat sengit... di mana goal keeper dari MALAYSIA iaitu Areliff yang menyarung jersi no 5 , menahan benteng gol dengan begitu penuh bersemangat sambil mengunyah chewing gum kegemarannya..

    Seterusnya kesilapan paling besar di buat oleh player Arsenal iaitu Mama Comel yang menghampakan semua player2 Arsenal kerana telah memasukkan bola ke gawang sendiri...

    Harap maaf..ulasan tak dapat di teruskan kerana terdapat masalah teknikal.. Untuk mengetahui ulasan penuh boleh tunggu esok yer.. Terima Kasih...


    keputusan penuh perlawanan.. MALAYSIA 1-0 ARSENAL..

    Terima Dia Seadanya




    IKATAN cinta yang dibina bertahun-tahun sebelum disimpul dengan ikatan perkahwinan bukan jaminan kepada keutuhan rumah tangga. 

    Malah banyak perkahwinan yang cuma bertahan beberapa bulan mahupun hari, biarpun pasangan sudah saling mengenali dan bercinta berbelas tahun. 

    Ada pula suami isteri hanya sekadar pada nama sedangkan makan tidak semeja, tidur tidak lagi sekatil. 

    Apabila ditanya, mereka akan menjawab, semua itu berlaku kerana sudah tidak ada persefahaman.

    Benarlah kata orang alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza. 

    Pasangan suami isteri perlu menyedari pentingnya untuk mengenali dan memahami segala perkara mengenai pasangan masing-masing. 

    Bukanlah sesuatu yang susah untuk menjaga hati seorang lelaki atau sebaliknya dan memastikan si dia setia dengan anda.

    Tidak banyak yang si dia inginkan dari anda. Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita mahupun lelaki. 

    Malangnya, tidak ramai para isteri atau suami berjaya memahami pasangan, gagal menawan hati si dia dan sebagainya. 

    Ini kerana anda tidak pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilakunya sebenar.

    Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelemahan masing-masing, begitu juga dengan si dia.

    Semasa di alam percintaan dan pertunangan mungkin tidak dapat mengesan kekurangan dan kelemahannya. Setelah berumah tangga baru keadaan ini terserlah.

    Sudah tentu keadaan ini amat mengecewakan, lama-lama kekurangan keadaan itu akan menjadi api dalam sekam dalam kehidupan.

    Inilah antara punca keretakan rumah tangga di mana rasa tidak puas hati akan mengganggu keharmonian suami isteri.

    Bagi pasangan yang ingin terus kekal bahagia, mereka perlu berusaha untuk belajar mengubah sikap yang suka melihat kelemahan antara satu sama lain dan mengamalkan sikap menerima pasangan kita seadanya.


    'Menerima' bermakna mengiktirafkannya seperti mana diri kita sendiri yang ada keistimewaan dan kelemahan, dengan pandangan terbuka di samping saling mengagumi nilai-nilai baik yang ada pada diri pasangan, segala konflik yang timbul akan dapat diatasi.

    'Penerimaan' bermaksud sekadar menerima pasangan sebagai diri beliau seadanya. Kita menerima cara, harapan dan impiannya atau mungkin juga sebagai seorang yang tiada impian. 

    Kita juga perlulah menerima idea, minat dan juga kelemahan suami, termasuklah juga menerima kekurangan dalam personaliti atau apa-apa pegangan terhadap agama atau politik.

    Dalam situasi ini, suami atau isteri perlu menerima hak pasangan untuk menjadi dirinya yang sebenar. Kita mungkin tidak setuju dengan ideanya, tetapi kita hormati hak si dia terhadap pandangannya itu.

    Secara ringkas, penerimaan bermaksud menerima si dia sebagai manusia biasa yang memiliki nilai baik dan ada pula kelemahan. Isteri atau suami tidak berasa bimbang dengan kelemahan pasangan kerana dia hanya melihat kebaikan yang dimiliki.

    Mempertahankan Cinta Jarak Jauh









    Berjumpalah walaupun seketika

    Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.
    Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.
    Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.
    Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

    Tanya khabar

    Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.
    Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

    Sambut hari ulang tahun bersama

    Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.
    Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.
    Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

    Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

    Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.
    Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
    Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.
     
    Copyright© All Right Reserved by Cik Emma