Blog Cik Emma: 8/1/11 - 9/1/11

29 August 2011

Sinopsis Filem Hantu Bonceng

"Mane habuan aku?!! dan Malam pertama....."  antara dialog2 dalam filem hantu bonceng yang akan di tayangkan di seluruh pawagam mulai raya pertama.. Esok laaa.... Kena tenngok nie sebab hero dia Abang Zizan aku derr...hahahaha... Jom kita baca sedikit sinopsis tentang cerita nie ok :)

Sinopsis

Mengisahkan Amran (Zizan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Juliana Evans). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

video trailer





tengok dia punya iklan pon dah nak tergelak..hahaha.. sama2la kita tengokkat panggung yg berdekatan ok :)

18 August 2011

Tutorial : Cara Daftar Churp-Churp


1.Pergi ke page Churp-churp
2.Tekan button Sign up

3.Lengkapkan segala maklumat yang dikehendaki

4.Tick dan submit
5.Page ini akan keluar sekiranya pendaftaran korang berjaya
6.Buka email
7.Email yang dihantar adalah begini. Click pada link yang diberi dalam email itu.
8.korang akan dibawa ke page ini
8.Pendaftaran korang telah selesai dan kini korang telah mempunyai akaun churp-churp.
10.Untuk masuk ke akaun korang, click “here” seperti di dalam gambar.
11.korang akan dibawa ke laman churp-churp. Click pada dashboard untuk setup akaun korang.
12.korang akan dibawa ke page ini. Sila perhatikan dulu sebelum mula mengiklan, korang perlu menghubungkan akaun churp-churp korang dengan facebook korang. Click pada button yang dimerahkan.
13.korang akan dibawa ke page ini. Click pada “authorize with facebook”.
14.korang akan dibawa ke laman facebook. Login ke akaun facebook korang.
15.Click “allow”
16.Setelah selesai, page ini akan keluar menandakan korang telah siap setup.
17.Click button “dashboard” dan korang akan dibawa kembali ke page ini. Sila isikan maklumat yang diminta.

18.Setelah selesai. Tekan button “update social sharing settings”.

19.Kini, korang boleh mula untuk berkongsi maklumat bersama rakan-rakan korang. Rujuk "General Guide" di dashboard korang untuk maklumat lanjut.

Dah siap daftar boleh la pasang iklan macam kat bawah nie dalam blog korang :

Nak daftar klik jer kat atas tu ok :)

Rahsia buffered earning Nuffnang – Cara dapat buffered earning



Nuffnang. Macamana anda sebut? Nuffnang atau Nuffneng? Apa sajalah, asalkan anda sendiri tidak tergeliat lidah. Anda perasan tak ramai blogger-blogger tempatan aku lihat selalu update post mereka mengenai buffered earning Nuffnang atau dalam singkatannya di sebut BE. Meriah betul aku lihat pada setiap post mereka mesti ada komen membina bertanyakan bagaimana dan apa rahsia buffered earning Nuffnang yang mereka dapat, dan setiap kali itulah juga aku menjumpai pelbagai tips-tips yang dikongsikan tentang cara nak dapat buffered earning.

Bila aku check kembali mengenai buffered Nuffnang nie rupanya dah lama aku dapat. Hehe, cuma aku tak ambil kisah sangat, sebab aku lebih kisahkan tentang klik, lagipun earning dari buffered Nuffnang aku ciput ja. Tapi..tupa-rupanya penting juga buffered Nuffnang nie, jadi aku akan kumpulkan tips-tips blogger lain tentang macam mana nak dapat buffered earning Nuffnang nie dalam artikel aku kali ini, supaya dapat memudahkan aku merujuk pada masa hadapan.
Seperti yang aku beritahu tadi, ada banyak tips buffered earning Nuffnang, tetapi tak semua tips-tips tersebut menjadi, kemungkinan kepada sesetengah blogger menggunakan kaedah itu berjaya dan ada yang tidak, antaranya ada yang mengatakan:
Pendapat Pertama: Traffic Tinggi – Untuk mendapatkan BE dari Nuffnang, anda memerlukan traffik tinggi dan ramai pelawat ke blog anda untuk mendapatkan BE dan Metered Earning. Traffik ini mestilah daripada Malaysia kerana anda mendaftar di Nuffnang Malaysia, jadi iklan yang keluar di ads anda nanti adalah iklan dari syarikat di Malaysia yang memerlukan pelawat juga dari Malaysia.
Pendapat Ke-2: Traffic Rendah – Ada juga berpendapat, BE ini hanya untuk blog yang trafficnya sekitar bawah 300 visitor sahaja sehari. Jika pelawat atas 300 sehari memang susah dan tak akan dapat BE.
Pendapat ke-3: Susunan Iklan (Ad Placement) – Letakkan unit iklan di tempat yang sepatutnya, iaitu di tempat yang mudah dan senang dilihat oleh pelawat. Ada 3 jenis unit iklan bagi Nuffnang. Contohnya: Iklan Leaderboard sepatutnya di letakkan di bahagian HEADER bukan di footer, iklan Skycraper pula diletakkan di bahagian pertama SIDEBAR dan bukan tempat lain, akhir sekali iklan Large Rectangle sepatutnya diletakkan betul-betul di bawah post pertama anda. Jika anda tidak mengikut garis panduan yang dinyatakan, maka ia akan mempengaruhi Pengiklan.
Pendapat ke-4: Kemaskini Survey – Ini semua orang tahu, setiap kali hendak daftar blog baru di akaun Nuffnang anda kemudian akan disuruh menjawap survey yang berkaitan dengan blog anda. Jawaplah dengan sebaik-baiknya dan jangan main tanda sahaja. Di bahagian description blog anda ialah bahagian survey yang paling penting. Tulis description mengenai blog anda dengan lengkap, jangan 15 patah perkataan sahaja, sebaiknya guna semua 100 patah perkataan.
Pendapat ke-5: Backlink kepada Nuffnang – Ada juga mengatakan antara Rahsia dapat buffered earning Nuffnang adalah memberi backlink kepada Nuffnang seperti ini >> Nuffnang Malaysia paling kacak. Buat satu entri khas pasal Nuffnag dan beri backlink kepada mereka.








Pendapat ke-6: Tulis entri dan post yang berkaitan dengan iklan Nuffnang – Yang nie ada sesiapa pernah buat? Aku tak pernah, tapi ada juga berjaya dengan cara ini. Lebih berkesan lagi, buat blog khusus yang berkaitan dengan niche iklan Nuffnang. Nak tahu niche apa yang sesuai mudah sahaja, anda lihat di bahagian Survey ada di bahagian kategori, buatlah blog atau subdomain menggunakan kategori-kategori itu dan tulis artikel yang berkaitan dengannya. Sebagai contoh: Jika blog anda guna kategori fesyen, buat artikel mengenai fesyen sahaja, jika blog anda guna niche bisnes, tulis perihal bisnes. Itulah maksud aku. 
Pendapat ke-7: Email Pihak Nuffnang – Sekiranya anda merasakan bahawa blog anda sudah layak mendapat BE, hantar email kepada pihak Nuffnang untuk claim dan memberitahu bahawa blog anda sudah bersedia dengan kacaknya untuk menerima BE. Haha, macam nak pegi meminang anak orang pula kena minta kebenaran ibu bapa. Yalah, ingat senang ke diorang nak bagi. Tulislah blog anda dah letak iklan pada kedudukan yang sebetulnya, traffic dah banyak, backlink ke Nuffnang pun dah beri, so nak claim lah BE. Rasa-rasa blog anda layak tak dapat BE?
Erm, aku rasa itu sahaja kot 7 tips-tips yang sempat aku kumpul. Lepas nie jika aku temui lagi tips berkenaan dengan cara dapat buffered earning aku akan tambah dalam entri ini. Kalau dilihat balik 7 tips yang aku taip kat atas tu, rasa banyak pula tips nak pilih, yang mana satu sebab ada juga yang bertentangan terutamanya pendapat pertama dan ke-2 tentang traffik tu. Kalau aku mudah sahaja, traffik tinggi memang penting, kalau tak dapat BE sekurang-kurangnya dapat klik, dan kemudian baki pendapat 3-7 memang wajib diikuti untuk mendapatkan Buffered Earning daripada Nuffnang.
Nasihat aku, buat dulu pendapat 1,3,4,5 dan 6 kemudian baru buat pendapat yang ke-7. Jangan main redah je, hehe. Owh, bagaimana pula dengan pendapat ke-2? Salah ka? Bagi aku ada juga kebenarannya sebab ada blog aku yang amat rendah traffiknya turut mendapat BE! Kenapa?.. tak percaya? Hehe, cuma BEnya rendah je la. Apapun bab traffik itu bukanlah syarat utama, anda tumpukan 3,4,5,6 dan 7. Itu penting.
Ok, setakat itu dulu entri aku kali ini, seperti biasa sekiranya anda ada pengalaman dan rahsia mendapatkan buffered earning, sila nyatakan pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Semoga artikel aku ini dapat membantu anda dalam aktiviti menjana wang dengan Nuffnang.
Sekian, wassalam.

16 August 2011

NABIL (RJ) DAN NAZIRAH AYUB KAHWIN BULAN SEPTEMBER INI


Tahniah buat Nabil juara Raja Lawak musim kedua kerana bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis cantik molek pilihannya Nazirah Ayub. Bakal isteri Nabil ini adalah bekas pramugari Air Asia. Perkenalan mereka sudahpun berusia 6 tahun. Elok sangatlah Nabil mengambil keputusan sebegini dan bersesuaian dengan masanya. Lagipun dah lama benar mereka berkenalan walaupun sebelum ini tidak semesra sekarang.
Gambar Nabil bersama bakal isterinya Nazirah a.k.a Zira

Kenapa Nabil tertarik sangat dengan gadis yang bernama Nazirah ini? Ini jawapan darinya :

Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya. Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan iklas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri.

Pasangan merpati dua sejoli ini yang sama cantik sama padan memilih tarikh 30 September 2011 sebagai hari bersejarah dalam hidup mereka sebagai pasangan sah suami isteri, diikuti majlis resepsi yang akan berlangsung di I-City Shah Alam pada 2 Oktober 2011.

Dikesempatan ini Nazzue ucapkan tahniah kepada Nabil dan Nazirah. Semoga pautan ikatan perkahwinan tersebut akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin. 

Askar rogol wanita 7 kali sehari dipenjara

LONDON: Anggota tentera Britain yang merogol seorang wanita tujuh kali dalam masa sehari dipecat daripada perkhidmatan dan dipenjara 10 tahun, semalam.

Robert Kariuki, warga Britain kelahiran Kenya menyerang wanita berkenaan ketika mangsa berada di atas katil, menyumbat patung beruang ke dalam mulutnya, menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya buat kali pertama.


Kariuki bertindak demikian kerana cemburu selepas mengetahui mangsa tidur bersama rakannya.

Dia mengancam membunuh mangsa dan melarangnya menggunakan bilik air ketika memperkosa wanita berkenaan tujuh kali dalam tempoh beberapa jam.


Kejadian berlaku Julai tahun lalu.


Mangsa, warga Jerman, mempelawa Kariuki dan seorang rakannya ke kediamannya sebelum kejadian.

Mahkamah diberitahu, dia mengadakan seks dengan rakan Kariuki sementara lelaki itu tidur di sofa.


Tetapi apabila rakannya meninggalkan kediaman itu, Kariuki memasuki kamar mangsa dan mula merogolnya, - Agensi

15 August 2011

Promote Blog #1

Salam.. sebelum ni saya ada wat segmen promote blog.. walaupun hanya empat orang sahaja yang join saya tetap kena tunaikan janji saya untuk promosikan blog diaorang.. kalau nak join boleh lagi.. gi klik kat Segmen : Eh.. Aku Pun Nak Promot Blog Jugak!!



Nama ID blog : Nonyy
Tempat asal : Kota tinggi , Johor
Umur : #16 tahun

Tunggu apa lagi..jom kenal ngan Nonyy ok :)



Teringin Nak Jual Shawl ...

Ishh.. Geram betoi aku tengok blogshop shawls yang sangat2 cantik.. Aku dah lama bercadang nak buat bisnes jual shawls.. Tapi aku sebenarnya kekurangan modal.. dan aku tak jumpa lagi pemborong shawls yang berdekatan dengan tempat tinggal aku....
tadi aku ada ushar blogshop shawls.. jom tengok...cantik dan berpatutan...

shawlmall
shawl4u
Colourfull Collection

tolong klik SINI yer...

14 August 2011

Shahir Af8 Mahu Bersara??




PERKEMBANGAN terbaru tentang penyanyi Shahir yang dikatakan mahu ‘pencen’ awal dari dunia seni popular menarik untuk dikupas.

Saya berharap mereka yang selama ini banyak berhabis wang untuk mengundi Shahir sebagai juara Akademi Fantasia, janganlah marahkan dia pula apabila penyanyi itu dikatakan mahu mengambil keputusan untuk bersara awal.

Kalau marah tu, ‘buruk siku’ sangat namanya, betul tak?

Walaupun belum ada komen daripada tuan punya badan sendiri, tindak tanduk Shahir yang menyepi dan tidak endahkan media, peminat dan syarikat rakamannya sendiri, bagaikan membenarkan keputusan itu.

Berada di puncak popular pada ketika ini, tiba-tiba menghilang, sukar dikesan, susah ditemubual dan bersembunyi berbulan-bulan, itu bukan petanda yang baik bagi seorang artis popular seperti Shahir.

Kali terakhir Shahir muncul bertemu peminat ialah dalam Konsert Pancaindera di Melaka pada awal Jun lalu. Selepas itu, lesap terus tanpa berita.

Banyak majlis hiburan, majlis berbuka puasa Astro pada Selasa lalu pun, Shahir langsung tak muncul, apa sudah jadi?

Bukan maksud saya artis perlu melayan media setiap masa dan ketika, saya akui ada masanya mereka pun perlukan waktu untuk bersendiri, tetapi cara yang dipilih Shahir ketika ini lain benar.

Memang nampak sangat dia macam sudah tidak ‘kuasa’ untuk terus menjadi penyanyi walaupun khabarnya tawaran persembahan banyak mendatang.

Terbaru, khabarnya Shahir tidak sanggup lagi terus berada di landasan popular. Kalau tak salah, dia dikatakan mahu menceburi dunia dakwah dan berjuang melalui landasan keagamaan pula. Mana satu yang betul, tak dapat dipastikan sebab tuan badan tidak mahu bertemu langsung dengan orang media. SMS saya juga tidak dibalas Shahir.

Apa juga kemelut yang berlaku kepada juara AF yang kacak itu sekaligus membuktikan rancangan realiti tidak banyak membantu industri hiburan bergerak jauh ke depan.

Setakat ini juara AF yang betul-betul boleh dikatakan berjaya, sudah tentu Mawi. Stacy juga boleh dianggap berjaya selepas Mawi, mana lagi yang lain? Kalau 9 kali penganjuran, hanya melahirkan satu atau dua jaguh, mana bagusnya rancangan berkenaan?

Barangkali juga Shahir baru tersedar yang selama ini dia banyak diberikan mimpi-mimpi palsu semata-mata. Dimomokkan keindahan dunia artis sebelum ini, Shahir barangkali baru tersedar bahawa itu semua hanyalah dusta semata-mata.

Jadi, setelah berhadapan dengan realiti dunia hiburan sebenar di Malaysia, Shahir tidak sanggup untuk terus bertahan.

Saya percaya antara yang membuatkan artis yang punya kelulusan pelajaran macam Shahir kecewa adalah kerana pendapatan yang tidak setimpal dengan populariti.

Artis kita memang nampak gah, gilang gemilang, malah ada yang memandu kereta mewah ke hulu ke hilir. Realitinya, banyak yang ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Dunia seni di negara ini terlalu banyak retorik dan tidak menjamin masa depan yang gemilang.

Malah, penyanyi senior seperti Ziana Zain sendiri pernah memberitahu, untuk membeli sebuah rumah Semi D sekalipun, tidak ramai artis kita yang mampu.

Kalau itu jalan yang Shahir pilih, siapalah kita untuk menafikannya. Syarikat rakaman pun perlulah faham kalau ‘hati’ seseorang artis itu sudah tidak berapa ikhlas untuk berjuang di arena.

Cuma, perlulah berterus terang dan usah bermain tarik tali sehingga menyusahkan pihak lain. Shahir yang saya kenali, orangnya sangat baik, bercakap pun sangat lemah lembut dan tidak menyombong diri.

Malah, dia adalah seorang artis muda yang tahu apa yang dia inginkan dalam kerjaya.

Kalau dia memilih untuk bersara lebih awal, kita sama-sama doakan semoga dia berjaya dan bertemu dengan bahagia yang dia idam-idamkan.

Kewajiban Berpuasa Di bulan Ramadan

Hadith:

DARIPADA Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari)".

Huraian Hadith:

1. Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar hingga tenggelam matahari.

2. Umat Islam adalah diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan apabila sahaja ternampaknya hilal iaitu anak bulan, dan disertai pula pengisytiharan bermulanya puasa oleh pihak yang berkuasa.

3. Asas penentuan bulan Ramadhan dan Syawal adalah berpandukan kepada anak bulan (hilal) yang disandarkan kepada dalil al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

4. Islam juga telah memberi garis panduan kepada umatnya untuk menentukan tarikh puasa dan juga hari raya dengan mengikut rukyah atau pun hisab.

5. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. iaitu ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui Allah di hari akhirat kelak.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

09 August 2011

Rihanna Berhabis RM69 Ribu Seminggu Untuk Rambut



Penyanyi lagu Umbrella, Rihanna dilaporkan sanggup berhabis sehingga $14 ribu pound (RM69 ribu) seminggu bagi melakukan dandanan rambut di salah sebuah salun rambut terkemuka di Hollywood.

Penyanyi berusia 23 tahun itu dikatakan telah membayar seorang penata rias selebriti yang popular iaitu Ursula Stephen sebanyak $2 ribu pound sehari (RM9,915) semata-mata untuk tampil menawan.

"Rihanna gemar untuk menjadi pemangkin kepada imej dan gaya tetapi ia melibatkan kos yang tinggi.

"Dia perlu muncul di beberapa majlis dalam masa seminggu dan kos tersebut (penataan gaya) dijangka akan terus meningkat," kata salah seorang staf penyanyi itu yang dipetik akhbar Daily Mail.

Tambah sumber itu: "Anda pasti berasa pelik mengapa dia sanggup membelanjakan kos yang tinggi untuk tujuan itu. Bagaimanapun, sebahagian besar daripada kos berkenaan dibiayai oleh pihak pengurusannya."

Rihanna telah menukar gaya rambutnya sebanyak 13 kali sejak dia mula mewarnakan rambutnya dengan warna merah terang pada November lalu.

06 August 2011

Lirik Lagu Kisah Hati - Alyah



Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Chorus
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Ulang Chorus

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Ulang Chorus

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Produk Simply Siti Tidak Halal Diperbuat Dari Bulu Babi



Produk siti nurhaliza iaitu simply siti adalah tidak halal kerana diperbuat dari bulu babi. Kini banyak syarikat yang ditarik balik status halal produk mereka oleh Jakim dan syarikat simply siti sdn bhd adalah salah satu syarikat yang telah ditarik balik logo halal keluaran produknya. Menurut jakim, kebanyakan syarikat yang telah ditarik balik status halal kerana penggunaan kandungan terlarang dalam sesuatu produk. Produk simply siti tidak selamat digunakan oleh pengguna islam kerana kandungan sampel berus produk tersebut menggunakan bulu babi sebagai ramuan.
Sebagai bukti, pihak jakim telah mendapati DNA babi dalam produk tersebut. Berikut adalah surat lampiran mengenai penarikan status halal simply siti.



Bukti selepas keputusan analisa kimia bahawa berus simply siti menggunakan bulu babi.
Tags: produk siti nurhaliza ada bulu babi, simplysiti ada guna bulu babi, haram produk simply siti, kandungan babi dalam berus produk simply siti, simply siti tidak halal..


sumber asal : sazuya.blogspot.com

Kenangan Lalu....


"Puas sudah kau melukakan.. tiada pernah kau meyakinkan .. Hati ini yang selalu mengharapkan kasihmu.."


Sayunya bait-bait lagu Kenangan Lalu.. Membuatkan hatiku meruntun layu.. Aku yakin setiap makhluk di dunia ini pasti ada kenangan, tak kira lah.. kenangan tu manis atau pahit... Setiap kenangan itu sebenarnya memberi kita kekuatan untuk meneruskan hidup, memberi kita semangat untuk hadapi setiap cabaran di masa hadapan..

Ya.. setiap orang memang akan jatuh cinta.. perasaan itu akan wujud sendiri tanpa kita paksa, tanpa kita duga.. Untuk kita jatuh cinta , sesaat pun sudah cukup untuk buat kita mencintai seseorang.. Tapi sedarlah untuk melupakan seseorang mengambil masa yang sangat lama, walaupun sudah ada pengganti..

Tapi sedarlah kita.. Kenangan lalu memang sukar untuk kita dapatkannya kembali.. Tapi tidak mustahil juga kenangan lalu itu kembali pada kita, kuasa Allah kita tidak tahu.... Berserah pada Allah .. Setiap yang terjadi dan yang di ciptakan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita.. Dia tahu segalanya...


Hatiku hatimu Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku Tapi cinta bukan milik kita 
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita Semua harus berakhir


Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

04 August 2011

‘Kami tidak berpecah’-Sepah




DIANGGOTAI tiga anak muda, bakat yang dicungkil daripada program realiti televisyen Raja Lawak dan Maharaja Lawak mengukuhkan nama mereka di arena industri seni.

Kemenangan mereka ketika berentap di gelanggang Maharaja Lawak sudah dijangkakan berdasarkan persembahan mereka yang konsisten setiap kali membuat persembahan.
Mengalahkan Jozan dan Nabil, persembahan menarik dan bersahaja kumpulan Sepah berjaya memikat hati penonton sekali gus membawa gelaran juara pada malam pertandingan akhir Maharaja Lawak.

Selepas kemenangan itu, nama mereka bertiga antara yang sering menjadi sebutan dan semakin hangat di pasaran. Jika pepatah lama mengatakan, ‘habis madu sepah dibuang’ berlainan dengan kumpulan ini yang lepas habis madu, Sepah tidak pernah habis.


Dianggotai Jep, Shuib dan Mamat, mereka kini terpalit dengan kontroversi yang mengatakan Sepah akan membaca haluan masing-masing kerana tekanan yang dihadapi ketika menyertai program Maharaja Lawak.


Mengenai isu perpecahan Sepah yang timbul ketika masing-masing tertekan memikirkan idea untuk dipersembahkan beberapa jam sebelum arena pertandingan Maharaja Lawak bermula, Jep mengakui beban yang mereka pikul ternyata sangat hebat, hingga terfikir untuk membubarkan Sepah.

Jep mengakui perbalahan dan pertelingkahan sering berlaku dalam kumpulan mereka kerana ada kalanya masalah ditimbulkan ahli kumpulan Sepah sendiri dan seolah-olah mereka tidak serius dengan kerja mereka.

“Saya akui, kami sering bertekak dan bertikam lidah kerana masing-masing mempunyai idea sendiri untuk dipersembahkan kepada penonton. Bagaimanapun, itu bukan alasan untuk kami berpecah.

“Pada dasarnya, kami masih lagi satu kumpulan. Mungkin satu hari nanti kami akan berpecah tapi bukan dalam masa terdekat ini. Kami bergerak mengikut permintaan dan rezeki masing-masing. Sekiranya ada permintaan untuk kami membuat persembahan, kami akan menunaikan permintaan itu.

“Begitu juga jika ada pihak yang mahu seorang daripada kami untuk membuat persembahan, ahli kumpulan yang lain tidak akan menghalang. Itu rezeki masing-masing yang diberikan Allah. Kami tidak ada hak untuk menyekat rezeki sesiapa pun,” katanya ketika ditemui untuk rakaman Gegar Raya Merdeka di Angkasapuri, baru-baru ini.

Sudah pasti ramai peminat dan penyokong Sepah yang tidak mahu mereka berpecah kerana ketiga-tiga mereka sudah mencipta nama menerusi kumpulan Sepah tambahan pula tiga anak muda itu sudah sinonim dengan kumpulan yang memartabatkan mereka di persada seni.

Sepah yang dikatakan bakal membuat persembahan dalam program terbaru Astro Warna, Lawak Minggu Ini menafikan kenyataan berkenaan kerana sehingga ke hari ini pihak Astro belum menghubungi mereka untuk menerangkan program itu.

“Astro langsung tidak memaklumkan kami mengenai program itu, tidak ada hitam putih. Konsep persembahan pun kami tidak tahu.

“Kami hanya dimaklumkan rakan untuk membuat persembahan program itu dan nama Sepah ada dicetak pada banner, tetapi secara peribadi kami tidak akan membuat persembahan kerana sehingga kini kami masih tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai program itu,” kata Mamat menerangkan keadaan.

Apapun, rakaman Gegar Raya Merdeka di Auditorium Perdana, Sabtu lalu persembahan pertama Jep selepas Maharaja Lawak menutup arena pertandingan.

Kata Jep, dia mengalami masalah kesihatan dan berehat di kampung.

Bagaimanapun, Jep enggan mengulas lanjut mengenai penyakit yang dihadapinya dan hanya mengatakan dia baru sembuh daripada penyakit dan berehat di kampung.

Lisa Surihani kongsi petua




PELBAGAI cara dilakukan bagi mendekatkan lagi hubungan antara pengguna dan peminat Lisa Surihani yang juga duta Garnier bagi berkongsi rahsia mengenai penjagaan muka bagi mendapatkan kulit lebih remaja serta cantik.

Acara Kenduri menyerlahkan Garnier Light dengan Lisa Surihani yang bertemakan cahaya dan kecerahan. Ia bertujuan bagi meraikan jenamanya terutama krim pemutihan yang dianjurkan di beberapa lokasi terpilih.
Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan kepada pengunjung misalnya sesi bertemu serta fotografi bersama Lisa dan peminatnya.

Pengunjung bertuah pula berpeluang memenangi hamper eksklusif Garnier bernilai RM500 termasuk krim pemutihan Garnier Skin Natural Light Whiten & Even Moisturizing.


Antara aktiviti lain semasa Kenduri berlangsung termasuk pengedaran sampel, terapi kecantikan, soal jawab mengenai penjagaan kulit dan permainan kepada pengunjung.


Nuradila Rahman, 24, dari Subang, mengakui sekadar menemani kakaknya yang ingin berkunjung ke majlis terbabit. Namun dia teruja untuk mengetahui rahsia penjagaan kulit muka Lisa kerana kulitnya sentiasa nampak cantik.

“Kehadiran saya pada hari ini tidak sia-sia kerana dipanggil sebagai pengunjung bertuah untuk sesi soal jawab bersamanya di atas pentas. Ini sekali gus membolehkan saya bertanya soalan kepadanya mengenai penjagaan mukanya.

“Saya memang memakai produk ini dan secara tidak langsung meminati Lisa. Mungkin jika ada rezeki, saya akan berkunjung ke Kenduri di lokasi lain,” katanya selepas mengakhiri sesi soal jawab bersama Lisa di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Berbeza pula dengan pelajar, Nadia Fareha Mohd Ali Napiah, 19, yang pertama kali ingin mencuba menggunakan produk Garnier.

“Saya berkunjung ke acara ini kerana ingin mencuba rangkaian penjagaan muka Garnier yang diketahui daripada facebook.

“Saya memang meminati Lisa, jadi saya ingin tahu lebih lanjut mengenai produk penjagaan muka yang digunakannya,” katanya.

Sementara itu, menurut Lisa, program bertemu peminat terutama pengguna produk Garnier adalah satu usaha yang baik dalam merapatkan lagi hubungan secara peribadi dengan mereka.

“Selain itu, ia juga dapat memberikan pendedahan mengenai kebaikan produk berkenaan,” katanya.

Selain Nuradila dan Nadia Fareha, pengunjung lain yang berpeluang bertanyakan soalan mengenai rahsia penjagaan kulit Lisa ialah Noorashikin Rahman, Arbaiyah Abd Rashid dan Rafidah Abu Bakar.

Kenduri bersama Garnier dimulakan di Dewan Warisan Kompleks Warga Emas Shah Alam pada awal Julai lalu, turut berkunjung ke negeri lain seperti Johor, Kelantan dan Kedah.

Ia bertujuan mempromosikan krim pemutihan, Garnier Skin Naturals Light Whiten & Even Moisturizing yang dihasilkan menggunakan bahan aktif semula jadi secara rapi bagi mengekalkan kualiti dan ketulenannya.

Produk ini membantu untuk memberikan hasil berganda bagi menjadikan warna ton kulit lebih sekata dan cerah serta membantu mengurangkan dan menghalang kemunculan bintik hitam.

Tips Meningkatkan Traffic Blog

Trafik blog sangat penting bagi memastikan blog kita lebih ramai pengunjung.. Tahukah korang trafik blog datang dari usaha kita sendiri.. kalau kita rajin maka traffic blog kita pon tinggi la.. Kat sini saya nak kongsi tips untuk menaikkan trafik blog dari pengalaman saya selama setahun lebih berblogging..




1. Search Engine Optimization (SEO)
Banyak sangat website atau blog yang menceritakan pasal benda nie..tujuan dari SEO adalah untuk mendapatkan Targeted Traffic..

2. Memberikan Sesuatu Secara Percuma
Tips kedua ini memerlukan usaha dan proses dari korang sendiri.. di mana korang haruslah kreatif.. rekalah template blogger atau freebies percuma sendiri..

3. Blog Signature
Blog signature adalah kata2 atau ucapan yang terletak dibawah setiap post..

4. Blogwalking
Blogwalking adalah salah satu cara yang paling popular buat blogger sekarang.. di mana kita hanya perlu meninggalkan komen di shoutbox ataupon di ruang komen seseorang blogger..kunjungan semula dari blogger itu lah yang di panggil trafik..

5. Membuat Entry yang Mengundang Kontroversi
Cuba buat entry mengenai isu semasa atau yang hangat menjadi sebutan orang.. dan sebarkan link entry anda melalui blogwalking atau komen di entry orang lain..

6. Aktif di Yahoo Answer
Yahoo answer adalah website soal jawab yang di berikan oleh yahoo secara percuma.. korang dapat memanfaatkan cara ini dengan aktif menjawab soalan yang diberikan dan menyertakan link blog korang..

7. Banner dan Link Exchange
ini bermaksud korang menukar link atau banner dengan blog lain dengan syarat korang harus menampilkan link atau banner blog lain juga di blog korang..


8. Membuat Profil di Amazon
cara ini sesuai untuk blogshop atau blog berkenaan dengan bisnes..


9. Membuat Video Unik
Cuba korang buat video kelakar atau unik dan upload kat youtube yang dapat menarik ribuan viewer..yang penting jangan lupa sertakan link blog korang..

10. Mintalah Blog korang di Review
sekarang dah banyak kan segmen yang secara tak langsung megreviewkan blog korang.. so rajin2 lah join segmen2 dari blog orang lain.. ini secara tak langsung menaikkan trafik blog korang..


sebenarnya banyak lagi tips2 untuk menaikkan trafik blog.. cuma perlu usaha dari kita sendiri..di mana ada kemahuan disitu ada jalan.. ewahh.. hahaha... selamat beramal :)

03 August 2011

Segmen | Singgah Sahur Pucukandubi


Alololo.. tomeynya header dia..hehe.. jom join.. klik banner comel tuh :)



Segmen Mudah Nizam Ijam - Aku Blogger Tegar..


Cik Ijam.. saya nak join... hehehe..klik banner abang hensem kat atas tu kalau nak join :D

syarat2 dari Ijam:-
  1. Buat Entry dan letakkan banner kat atas tu..kemudian link kan kesini..
  2. Buat Tajuk 'Segmen Mudah Nizam Ijam - Aku Blogger Tegar..'
  3. Letak nizamijam.com dalam bloglist korang, sebab senang nak tahu update nya..
  4. Letakkan link URL korang kat komen kat bawah ni ni
  5. Tarikh tutup nanti aku pikirkan bila..hehe
Apa blogger tegar?
Senang jer...
Yang selalu update entry... mungkin sekali sehari, mungkin 1 kali 2 hari...
Yang selalu buat aktiviti blogger..
Seperti Blogwalking, Comment, Shout,

Itu tegar lah.. amat2 dipersilakan untuk join..
Syarat mudah sangatkan..haha

Jom la join... 

01 August 2011

Ada sesiapa nak combine wat GA or Contest?

Allhamdulilah selesai sudah GA pertama aku .. Dan aku sudahpun mengumumkan pemenang2 GA aku.. Tahniah buat mereka yang menang.

Sebenarnya aku cadang2 nak buat GA sempena raya.. Aku ingat nak cari sponsor dan combine GA nie dengan blog si sponsor.. Kalau byk sponsor lg bagus.. Ada tak yang sudi nie? ? Hehehe...klu sudi tinggal2kan lah komen kat bawah tu ek...

Sebelum terlupa aku nak ucapkan selamat berbuka puasa buat semua umat islam.. Aku dh siap masak sambal tumis ayam...

Boleh pandang-pandang, jangan makan-makan!

Salam ukhuwah .. Hiaahhh.. mood nak posa dah mai.. Jangan lupa soq (sahur) nuh... bila dah soq tu.. jangan la bangun2 esok bukak periok lak ..hahaha.. Gurau jaa...ada pantun ngan SMS ramadhan nak share ngan korang :


Anak beruang tidur di riba
Di tumpang sama si anak mawa
Bulan Ramadhan dah tiba
Puasa yang lalu dah ganti semua?

Anak Pak Ali namanya Baba
Anak Pak Dolah namanya Ida
Bila bulan Ramadhan dah tiba
Demam gastrik mulalah melanda

Anak rimau berlumba lari
Berlari sampai melintasi titi
Setahun ada 365 hari
Takkan 30 hari pun dah nak mati?

Anak Ah Seng benama Ah Yok
Dilanggar basikal patah riuk
Jangan kita berpuasa yang yok
Bangun pagi buka periuk

Anak itik ke pantai Morib
Pergi bersama kawan-kawan
Time berbuka waktu Magrib
Baru Zohor dah tak tahan

Anak ayam makan kobis
Makan bersama anak ikan
Puasa tak pernah habis
Bila beraya dia yang sakan

Anak gajah berwajah cun
Nampak tikus terus lari
Jangan sesekali main mercun
Kang.. tak pasal-pasal ilang jari

Anak Zirafah lompat galah
Anak cipan bermain bola
Kalau nak berbelanja tu tak salah
Tapi jangan membazir pula

Anak gorila gagah perkasa
Amat terkenal di Kampung Sentosa
Maaf andai terkasar bahasa
Saya ucapkan selamat berpuasa

Anak keli dan anak haruan
Makan kenduri rumah Pak Borhan
Pantun nie sekadar gurauan
Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan.

Segmen : Eh.. Aku pun nak promot blog jugak!!

Assalamualaikum wbt.. Sebelum nie saya ada create dua segmen yang tak mendapat sambutan.. But saya tak mengalah.. saya nak buat segmen baru iatu segmen mempromosikan blog2 yang dah follow blog ni atau yang baru saja menjadi followers blog  ni..

Syarat2 dan cara penyertaan tak susah pon :

1. Buat entry dengan tajuk Segmen : Eh.. Aku pun nak promot blog jugak!!
2. Letak header blog cik emma dan linkkan ke entry ini
3. Dalam entry jangan lupa letak :
- Nama korang(Nama ID blog)
- Negeri atau tempat asal korang
- Umur korang
(Semua maklumat di atas penting untuk tujuan promosi)
4. Tinggal link entry korang kat ruang komen entry ini..

Senang kan??

setiap blog akan di senaraikan di sini sebelum di promot....
 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma