Blog Cik Emma: 9/1/11 - 10/1/11

29 September 2011

Nabil Tak Kisah Populariti Merudum Lepas Kahwin

Nabil

PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, memberitahu tidak kisah jika popularitinya merudum selepas mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Nazirah Ayub.
Nabil yang baru memenangi tempat kedua dalam pertandingan Maharaja Lawak baru-baru ini berkata, dia percaya Tuhan akan menentukan rezekinya dalam dunia hiburan sama ada berkaitan hal kahwin ataupun sebaliknya.
"Perkahwinan adalah sesuatu yang dituntut oleh agama jadi kenapa saya perlu risau tentang populariti kerana saya percaya dengan perkahwinan, ia adalah satu keberkatan untuk saya dan bakal isteri.
"Jika ingin memikirkan mengenai rezeki, kalau tidak berkahwin pun kalau Allah nak tutup rezeki kita dia akan tutup. Sekiranya itu terjadi maka saya kena ambil ia sebagai ujian daripada-Nya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Dalam pada itu, Nabil memberitahu keputusan untuk berkahwin dengan Nazirah adalah tepat kerana wanita itu adalah pelengkap dirinya.
Menurutnya, bakal isterinya itu membuatkan dia berasa istimewa dan berjaya mengisi kekosongan hati selepas kecewa dalam percintaan terdahulu.
"Susah untuk menggambarkan istimewanya dia tetapi saya berasa selesa bersama dia dan dia sangat memahami kehidupan saya sebagai artis. Saya berasa sangat bertuah kerana memiliki Nazirah," ujarnya.
Nabil dan Nazirah bakal diijabkabulkan selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya pada Jumaat ini sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada 2 Oktober di I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.
Jemput Irma Hasmie
Sementara itu, Nabil memberitahu turut menjemput bekas kekasihnya, pelakon Irma Hasmie tetapi belum menghantar kad jemputan kepada pelakon yang sudah bertudung itu.
"Sudah tentu saya menjemput dia sebagai seorang kawan tetapi seperti yang dinyatakan baru-baru ini dia tidak akan menghadiri perkahwinan saya kerana menghormati saya dan bakal isteri. Saya menghormati keputusannya itu," katanya.
Bercerita lanjut mengenai persiapan perkahwinannya, Nabil berkata, dia dan pasangan memilih I-City sebagai lokasi persandingan kerana ia bersesuaian dengan konsep dipilih selain belum pernah ada pasangan mengadakan perkahwinan di situ.
Hampir 80 peratus persiapan telah dibuat, Nabil dan pasangan bakal mengayakan busana moden iaitu “tuxedo” dan gaun moden untuk majlis itu nanti.
Bakal mengerjakan umrah hujung tahun ini bersama bakal isterinya, Nabil memberitahu dia memilih lokasi itu kerana telah lama teringin untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Mengenali Nazirah sejak enam tahun lalu, dia mengharapkan perkahwinannya itu nanti akan berkekalan sehingga ke akhir hayat selain mengubahnya ke jalan kebaikan.

26 September 2011

Najwa Latif Cetus Fenomena Di Stesen Radio

Tidak sampai setahun Najwa Latif, 16, (gambar) berada dalam industri muzik tempatan, lagunya, Cinta Muka Buku yang menceritakan percintaan di Facebook begitu popular di kalangan golongan remaja terutamanya pelajar sekolah.


Lebih membanggakan, ia turut bergelar juara di kebanyakan carta stesen radio sekali gus menjadi fenomena apabila ia kerap diputarkan di stesen-stesen radio tempatan.


Dan yang terbaru, anak kelahiran Batu Pahat, Johor, ini baru saja memenangi Anugerah Bakat Muda Selangor 2011, kategori solo bahagian muzik pada 17 September lalu.


“Rasanya terlalu pantas muzik yang saya bawakan ini dapat diterima umum. Alhamdulillah, saya anggap ia sebagai satu rezeki yang datang tanpa disangka.


“Lebih-lebih lagi apabila saya diberi anugerah Bakat Muda Selangor 2011. Pada saya ia sebagai satu permulaan untuk melangkah kearah yang lebih baik terhadap pembabitan saya dalam dunia muzik tempatan,” katanya.


Tambah Najwa yang bernaung di bawah label NAR Records, dia mula berasa serasi dengan gelaran sebagai seorang penyanyi profesional berbanding dahulu di mana dia dipanggil gadis Youtube kerana sering memuat naik video nyanyiannya melalui laman sosial itu.


“Ada seronoknya bergelar seorang penyanyi pada usia muda. Jika dahulu saya tidak pernah menaiki bas, saya kini sudah tahu bas mana yang perlu diambil untuk ke Kuala Lumpur jika mempunyai undangan persembahan.


“Selain itu, pelbagai pengalaman yang dilalui sekali gus boleh mematangkan fikiran serta mengasah bakat saya,” tutur peminat Justin Bieber, Taylor Swift dan Bruno Mars ini.


Selain itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat ini berkata dia turut bersyukur klip video Cinta Muka Buku nyanyiannya sudah mencecah lebih daripada 1.5 juta tontonan selepas di muat naik di laman Youtube pada dua bulan lalu.


“Bukan itu sahaja, peminat saya juga semakin hari semakin bertambah iaitu seramai 41,217 orang menerusi akaun Facebook saya.


“Walaupun saya tidak terlalu terdedah menerusi publisiti media cetak dan ramai lagi yang kurang mengenali diri saya, itu tidak apa cuma yang penting, lagu saya diminati,” tuturnya.


Sementara itu, kata Najwa, walaupun dia kini aktif dengan aktiviti nyanyian, pelajarannya tidak mungkin akan diabaikan.


Malah Najwa mempunyai cita-cita mahu bergelar seorang pensyarah Bahasa Inggeris pada masa akan datang dan ingin menjadikan aktiviti nyanyian sebagai kerja sambilan.


Trivia Najwa Latif


Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif

Nama Komersial: Najwa Latif

Tarikh Lahir: 23 Mei 1995

Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor

Status: Pelajar Sekolah SMK (P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.

Hobi: Menghasilkan lagu dan bermain peralatan muzik gitar, dram dan piano

Laman sosial: http://www.najwalatifs.blogspot.com/

Facebook Fanpages: najwalatif

Twitter : @njwalatif

Youtube : www.youtube.com/najwa595


*Artikel dipetik daripada sisipan Mingguan mStar yang diedarkan bersama akhbar The Sunday Star keluaran 17 Julai di sekitar Lembah Klang.

Tempahan untuk EDIT/DESIGN/CUSTOMIZE BLOG !

Nak cantikkan blog anda? Nak blog anda kemas dan menarik?

Blog anda akan diedit sama dengan template Picture Window @ Simple Template. Tau kan? Untuk template yang lain, saya akan usahakan jugak untuk menggodek coding :)

Berminat?
Hantarkan sebarang pertanyaan dan maklum balas anda di Inbox Facebook Cik Emma. Klik link di bawah :
Cik Emma
 


Antara perkara yang akan diedit pada blog anda 

(nak edit atau tambah satu benda je pon boleh..contohnya nak tambah button like , komen box ,shouboxt or lain2..) :

* Tukar Template dan Background


* Favicon


* Ayat Bergerak di Menu Bar


* Facebook Like & Share Button


* Centerkan Header


* Buang Navigation Bar


* Buang Subscribe : Post Atom


* Letak Button Follow dan Dashboard


* Create shoutbox ( bagi yang belum ada)

* Hide Shoutbox

* Buang Attribution


* Letak Ayat di Bawah Setiap Post


* Centerkan Post Title


* Centerkan Sidebar Title


* Letak Post Title Background


* Letak Sidebar Title Background

* Buat Border untuk Post & Sidebar Title

* Letak Copyright
dan sudah tentu akan bagi blog anda lebih kemas dan teratur . . .

__________________________________________________________________________________

Jika anda mahukan blog anda diedit/ design / customize mengikut citarasa anda, mesej detail ke FB ( KLIK )
*JANGAN LUPA send password dan email blog dan FB anda bagi memudahkan kerja design/edit/customize blog.
*Terangkan secara detail bagaimana anda nak blog anda diedit/design. Jika melibatkan gambar anda, contohnya nak buat header atau banner, send bersama mesej di FB Cik Emma.
__________________________________________________________________________________

Tempahan lain:

  • Header - RM 5.00 (harga minimum, harga berubah mengikut header yang dikehendaki)
  • Banner - RM 5.00
  • Menu tab - RM 5.00 (max 5 tab)
  • Sidebar title yang menarik - RM 1.00 ( setiap 1 title)
  • Cursor citarasa sendiri - RM 3.00
  • FB comment box - RM 4.00
Jika ada permintaan selain daripada di atas, sila beritahu okey.

Cara Bayaran :


Edit Blog : Bawah RM10 boleh bayar melalui topup Maxis 
(SEND NO.TOPUP/SHARE/MASUK TERUS) ..
* no.tel atau no.akaun bank akan diberitahu melalui mesej di FB.


Header , Banner , Cursor dan lain-lain : Boleh topup melalui Maxis ( SEND NO.TOPUP/SHARE/MASUK TERUS  )



Tunggu ape lagi? Moh anto mesej di Fb ok :)


HEADER

Antara contoh header yang saya design boleh tengok kat *sini

TEMPLATE 


Sanggul Tinggi dan Dosa

Tak salah jika seseorang yang bertudung untuk berfesyen . Tapi haruslah tahu batas-batas fesyen tersebut . Sekarang ramai aku tengok orang yang pakai tudung Ekin atau tudung sarung dan berselendang mengenakan sanggul yang tinggi . 
Mari kita baca hukum orang yang mengenakan sanggul tinggi yang dipetik dari blog seorang ustazah . 


Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).
 
 
p/s : Seorang manusia tak terlepas dari membuat kesilapan . Dan belajarlah dari kesilapan

19 September 2011

Ashraf Muslim-Dayana Bercinta Selepas Kahwin



Ashraf dan Dayana sewaktu majlis persandingan di pihak perempuan di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak.

GOMBAK: Pelakon Ashraf Muslim, 30, akui sedang mencari keserasian dengan isterinya, Noor Dayana, 24, memandangkan mereka bercinta selepas berkahwin pada 30 Ogos lalu.
Pasangan ini bernikah di Dataran Kaabah, Mekah yang dihadiri oleh 10 orang kaum keluarga kedua-dua belah pihak serta jemaah umrah.
"Kami dinikahkan oleh bapa Dayana. Selepas nikah, kami melakukan solat sunat nikah, tawaf sebanyak tujuh kali dan berdoa.
"Alhamdulillah, selepas berkahwin, saya rasa perkahwinan saya lebih teratur dan semua kerja dilakukan bersama-sama.
"Dia selalu menceriakan saya dan saya menyenangi tutur kata, layanan serta tanggungjawab yang diberikan. Kami juga saling berkongsi masalah bersama-sama," ujarnya yang mengenali Dayana sejak setahun lalu.
Mempelai ketika upacara memotong kek.
Menyentuh tentang tempat tinggal, Ashraf dan Dayana terpaksa berpisah buat sementara waktu memandangkan isterinya sedang belajar di sebuah pusat pengajian di Melaka sehingga Mac tahun depan.
"Saya akan menetap di Kuala Lumpur manakala Dayana terpaksa tinggal di Melaka demi menghabiskan pengajiannya," kata Ashraf lagi yang pernah mensasarkan untuk berkahwin sebelum usia 30 tahun.
Walaupun isterinya sangat pandai memasak terutama masakan Barat, Ashraf tetap mengharapkan agar Dayana belajar masakan kampung.
"Setakat ini saya sudah merasa lasagna yang dimasak olehnya, ujar Ashraf lagi.
Selain masakan, Ashraf akui tertarik dengan imej wanita solehah yang diingini selama ini.
Menyentuh tentang percutian bulan madu, pasangan ini belum merancang untuk melakukan aktiviti tersebut pada masa terdekat ini.
"Kami sudah sepakat memilih New Zealand sebagai lokasi percutian tetapi masanya akan ditetapkan kemudian selepas habis belajar," kata Ashraf yang sudah lama tidak berlakon.
Bukan sudah bersara dari lakonan, tetapi kerana sibuk dengan kariernya sebagai pengamal perubatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, di Kampung Sungai Pusu, di sini.
Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan dilangsungkan pada 24 September ini, pukul 12 tengah hari di Ballroom, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka dengan konsep Islamik Taman Raudhah.

13 September 2011

Tuduhan Adda Melampaui Batas - Mamat (Sepah)

Mamat bersama kekasih barunya, Fida.

PETALING JAYA: Bekas anggota Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat menganggap tuduhan yang dibuat oleh bekas kekasihnya Nur Syuhada atau lebih dikenali sebagai Adda mengenai kisah cinta mereka sebagai melampau batas dan mempunyai agenda tertentu.
Kata Mamat, dia berani menjunjung kitab suci Al-Quran dan bersumpah bahawa kenyataan yang dibuat oleh vokalis kumpulan Butterfly itu adalah tidak benar.
"Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan.
"Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan," katanya.
Mamat diminta mengulas kenyataan Adda dalam sebuah akhbar mingguan yang mendakwa dia telah memutuskan hubungan cinta mereka tanpa sebarang alasan.

Adda - Foto daripada akaun Twitter Adda

Malah dalam kenyataan tersebut juga, Adda mendakwa Mamat sebagai individu yang menjadi punca perpecahan kumpulan Sepah.
Bagaimanapun, Mamat akui dia sedar perkara sebegini akan berlaku dan menasihatkan Adda agar tidak membesarkan lagi perkara ini.
"Saya tahu kekecohan ini terjadi disebabkan tindakannya yang mahu memperbesarkan perkara itu. Dia pernah beritahu saya tentang hajat berkenaan tetapi saya sudah mengingatkannya supaya tidak meludah ke langit, takut terkena muka sendiri.
"Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi," katanya kesal.
Dalam pada itu, mengenai perpecahan kumpulan Sepah yang dikatakan berpunca daripadanya, Mamat berkata keputusan berkenaan adalah persetujuan daripada ketiga-tiga pihak.
"Perkara itu sudah dijelaskan dan keputusan itu adalah daripada kami bertiga buka kerana saya seorang," tuturnya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas reaksi kekasih barunya iaitu pelakon Fida, Mamat berkata, pelakon Kasih Alia itu seorang yang profesional dan berfikiran terbuka.
"Fida menyuruh agar saya tidak melatah kerana ini adalah asam garam kehidupan sebagai artis dan dia sangat memahami situasi saya sekarang," ujarnya.
 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma