Blog Cik Emma: 10/1/11 - 11/1/11

26 October 2011

Giveaway Yanmieonline.com

Salam bloggie. Dah lama rasanya tak join GA or contest. Maybe sebab selalu tak menang kot. Hihihi. Nak buat camna kan dah takdak rezeki. Tadi ada tengok satu blog yang dah join GA oleh blog Yanmieonline.com. Hadiahnya menarik gak. So nak try join lah ni :)
Klik banner klu nak join

Pendapat tentang blog Yanmieonline.com :

Blog yang padat dengan info2 yang menarik. Visitors pon ramai. Yang paling best entry pasal Resepi and makanan. Terliur ooo.. Hihihi.. Selain tu kalau Kak Yan tukar sikit kaler template Kak Yan tu dengan kaler yang meriah lagi cun!! By the way template sekarang pon dah cantik, natural, aman bila  tengok, tak sakit mata. kalu boleh letak la kotak shout. Hehe.. Tu jer kot. Anyway tenkiu coz buat GA nie :)
 
“Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal

Wassalam..

Saya Tahu Saya Tak Cantik


"Phewittt! Yo! Aweks cun lalu lah. Wahhh!! Comelnya dia. Perghh!! Dia jeling! Assalamualaikum boleh abang nak kenal?" usik sekumpulan budak nakal yang tak pergi solat Jumaat, tapi bangga kemain dekat kedai makan sambil 'phewit phewit' awek yang lalu lalang sambil ketawa berdekah-dekah.

"Ha! Artis Korea ni cute sangat-sangat! Very love her! Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa? Semua baju dia pakai semua nampak cantik. Ishhhh... jelesnya aku!", bentak seorang gadis sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal.

KECANTIKAN : DI MANA NILAINYA?

Manusia sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan. Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri pula?

Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi kepala, itu cantik namanya.

Minta maaf bukan hendak memperlekehkan kecantikan plastik wanita, itu realiti yang telah lama bertapak dalam mentaliti masyarakat kita. Tipikal? Tiada siapa yang boleh menafikannya.

Pada saya kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang itu mentafsirnya. Lebih tepat, pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Betul! Dan saya pernah membuat eksperimen sendiri dengan mengajak adik-adik lelaki saya untuk memilih artis wanita yang mereka rasakan tercantik.

Hasilnya seperti diduga, setiap daripada mereka memilih artis wanita yang berlainan. Bila saya tanya kenapa pilihan masing-masing yang terbaik, semua sibuk memberikan seribu satu alasan yang tidak boleh diterima oleh akal saya.

Lihat! Bukankah itu bukti yang nyata bahawa kecantikan itu terlalu besar skopnya untuk diperjelaskan kepada umum? Apa yang cantik di mata saya atau anda, tidak semestinya akan cantik pada pandangan orang lain juga.

Persoalannya, adakah apa yang kita ada sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim dan pilih bulu dengan memberi sesetengah daripada kita wajah yang cantik manakala setengah lagi fizikal yang tidak sempurna?

Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing?

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..

ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI

Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.

Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).

Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.

Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.

Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.

Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?

Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.

Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.

Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.

25 October 2011

Mariah Carey Kongsi Gambar Anak Kembar

Mariah dan Nick bersama kembar mereka

DIVA terkenal, Mariah Carey secara rasminya memperkenalkan dua anak kembarnya melalui sebuah laman web, www.dembabies.com yang direka khas untuk mereka.

Dalam laman web tersebut, Mariah dan suaminya, Nick Cannon berkata mereka telah berbincang sejak sekian lama cara terbaik untuk mendedahkan gambar anak mereka.

"Kami tidak mahu menggunakan cara biasa iaitu dengan memaparkan gambar mereka dalam akhbar tabloid walaupun cara itu tidak salah tetapi kami memilih cara yang lebih dekat dengan peminat-peminat kami," kata Nick.

Monroe (kiri) dan Moroccan (kanan) lahir pada ulang tahun ketiga ibu bapanya


Katanya, atas dasar tersebut dia dan isterinya bersetuju untuk membina sebuah laman web bagi memaparkan potret indah keluarga mereka untuk tatapan peminat.

Sebelum itu, Monroe dan Moroccan membuat kemunculan pertama bersama satu temu bual eksklusif bersama Barbara Walters untuk program bual bicaranya 20/20.

Memanggil kedua-dua mereka dengan panggilan manja, Roc (Moroccan) dan Roe (Monroe), Mariah memberitahu kehadiran cahaya matanya itu telah mengubah hidupnya menjadi lebih baik.

Johan As’ari Kecewa Dengan Izreen Azminda?

Aksi Johan dan Izreen sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik

Pelakon Johan As’ari agak kecewa dengan tindakan pelakon Izreen Azminda yang bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur negatif tentangnya kepada media.

Menurut Johan, Izreen sepatutnya berjumpa dan menyelesaikan masalah 'cinta' mereka terlebih dahulu sebelum menggembar-gemburkan perkara itu kepada orang ramai.

"Saya tak ingat apa-apa tentang janji yang pernah saya lafazkan sebelum ini tetapi terus-terang kami memang rapat sebagai seorang kawan.

"Pada saya, cinta itu bukanlah perkara yang boleh dimain-mainkan. Kalau jodoh saya sudah sampai, baru saya boleh katakan cinta tetapi dengan dia belum tahap bercinta kerana pada saya cinta itu sangat agung," katanya menjelaskan tentang kenyataan Izreen mendakwa mereka pernah bercinta sebelum ini.

Izreen akui sudah memutuskan hubungan cinta dengan Johan akibat terkilan dengan sikap lelaki itu yang enggan mengaku tentang status hubungan cinta mereka yang bermula pada Mei lalu.


Selain itu, punca lain yang lebih menyakitkan hati Izreen apabila melihat gambar-gambar berdua-duaan melibatkan pelakon Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya itu.

Difahamkan gambar tersebut diambil untuk tujuan promosi drama Cinta Elysa yang dilakonkan oleh Fasha dan Johan.

"Saya dengan Fasha pun berkawan sama seperti saya berkawan dengan Izreen. Saya menganggap mereka ini sebagai rakan artis yang boleh berkongsi pengalaman untuk sama-sama menaikkan industri seni tempatan kerana saya mahu menjadi pelakon yang berjaya.

"Selepas selesai penggambaran drama Cinta Elysa, saya tidak berjumpa dengan Fasha lagi. Tentang gambar itu, saya rasa tidak salah untuk mempromosikan drama itu dan tiada apa-apa yang pelik berlaku,” katanya yang baru pulang dari Pulau Pangkor bagi menghadiri program Biro Tata Negara (BTN) anjuran Jabatan Perdana Menteri.

Johan juga kesal dengan sikap Izreen yang tidak pernah memberikan respons yang baik walaupun dia sudah meminta maaf kepada Izreen.

"Saya sudah minta maaf dengannya atas apa yang berlaku, tetapi dia tidak pernah meminta maaf dengan saya setelah mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama saya.

"Saya berharap selepas ini tiada lagi cerita seperti ini dikeluarkan kerana beri ruang kepada saya untuk berkarya dalam industri," ujarnya.

Cerita Tentang Tag!

Assalamualaikum. Arini saya ada job nak kena buat. Jobnye tak susah pon, job ini telah pon di tag oleh adik Suraya. thanks ya adik.


Ni antara job yang saya kena selesaikan:


1.You must post these rules.


2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.


3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.


4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.


5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER


6.No tag back!


7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.


11 Perkara tentang Cik Emma :


- tempat kelahiran di Pulau Pinang
-suka memasak
-lahir pada 4 october 1990
-suka makanan yg pedas
-paling tak suka bau asap rokok
-berblogging pada May 2010
-suka dengar lagu yang easy listening
-seorang yang sensitif dan cpt emo
-pemalu tapi suka berkawan
-tinggi 161cm
-berkulit kuning langsat




soalan dari adik suraya :


1.sape kawan baik korang ? 
My sister
2.perkara ape yang paling penting dalam hidup korang ? 
perkara tentang mak dan abah
3.ape tujuan korang buat blog ?
sekadar suka2  untuk menambah kenalan
4.sape yang korang paling sayang kat dunia nie ?
mak, abah dan family
5.warna ape yang korang paling tak suka ?
hijau dan kelabu
6.kalau ada masa lapang , korang suka buat ape ?
online la.. bukak blog
7.hari ape yang korang paling suka ?
hari selasa
8.benda ape yang korang paling nak dalam dunia nie ?
Hidup senang dengan orang yang tersayang
9.ape cita~cita korang ?
nak berjaya dalam hidup
10.binatang apa yang korang paling geli nak pegang ?
ular dan katak
11.perkara ape yang korang tak boleh nak lupa sampai sekarang ?
accident pada 7 october 2003.. itu la perkara yang paling tak dapat dilupakan




soalan saya untuk mereka :
  1. siapa kamu 10 tahun akan datang?
  2. kalau kamu di beri sejuta dalam masa sehari saja. apa kamu akan buat dgn duit sejumlah tu?
  3. handphone apa kamu pakai sekarang?
  4. penting ke pakaian berjenama ni bagi kamu?
  5. genre filem kesukaan kamu?
  6. kamu mula berblogging sejak bila?dan kenapa?
  7. kamu rasa kamu seorang yang penyayang atau tidak?
  8. kalau kamu diberi peluang untuk memelihara hiawan di zoo. Haiwan mana yg kamu akan pilih?
  9. apa lagu kegemaran kamu?
  10. siapa yang kamu paling sayang dalam dunia ni?
  11. kamu alah pada apa?

saya nak tag 11 orang :


23 October 2011

Izreen & Johan As’ari Putus Cinta?

Izreen langsung tidak memandang wajah Johan sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik di sesi ramah mesra Anugerah Skrin 2011 di One Utama


Sesi ramah mesra antara artis dan peminat sempena Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang bakal menjelma pada 4 November depan menjadi gamat apabila pasangan pelakon drama Juvana, Izreen Azminda, 26, dan Johan As’ari, 25, hadir ke One Utama, di sini, Sabtu.

Kedua-dua pelakon itu mencuri tumpuan ramai memandangkan kedua-duanya diasak dengan persoalan cinta.

Mereka dilihat tegang dan Izreen langsung tidak memandang wajah Johan sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik.

Ketika mendapatkan Izreen, dia akui sudah memutuskan hubungan cinta dengan Johan akibat terkilan dengan sikap lelaki itu yang enggan mengaku tentang status hubungan cinta mereka yang bermula pada Mei lalu.

Suasana tegang berlaku di antara Izreen dan Johan sewaktu ditemubual.



"Saya dan Johan sudah tiada apa-apa hubungan lagi apabila dia tidak mengaku kami bercinta.

"Saya berasa tidak senang dengan kenyataannya seolah-olah kami tidak mempunyai apa-apa sedangkan sebelum ini dia pernah mengaku mencintai dan menyayangi saya melalui rakaman video, gambar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Saya rasa sudah cukuplah apa yang dilalui sebelum ini dan tidak mungkin akan kembali bercinta dengannya selepas ini,” kata Izreen dalam satu sidang media di One Utama.

Selain itu, punca lain yang lebih menyakitkan hati Izreen apabila melihat gambar-gambar berdua-duaan melibatkan pelakon Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya itu.

Izreen difahamkan gambar tersebut diambil untuk tujuan promosi drama Cinta Elysa yang dilakonksn oleh Fasha dan Johan.

"Saya tidak dapat menerima alasan gambar tersebut diambil bagi tujuan promosi kerana mengapa perlu mengambil banyak gambar setiap hari dan kemudian menyebarnya di Twitter," ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Izreen akui bersalah kerana terlalu mengikut perasaan sehingga membuat pelbagai kenyataan negatif tentang Johan ketika ditemubual oleh media sebelum ini.

"Saya mahu memohon maaf kerana saya agak emosional waktu itu. Biarpun sudah putus cinta, kami masih berkawan dan berharap semua orang faham tentang apa yang berlaku," akuinya yang tidak mempunyai masalah untuk membuat sesi fotografi dan berlakon bersama-sama Johan jika ada permintaan.

Cinta Muka Buku?



Kini teknologi makin canggih…orang kini semua nak cepat dan kalau boleh jodoh pun sama semua nak cepat dan sebab tu ramai bercinta kat facebook?oooooo tidak..cinta facebook la pulak..huhu

Ok mungkin ramai tidak sedar cinta di facebook adalah cinta versi terbaru cinta di internet ni. Dulu orang sibuk pasal MIRC sekarang dah sibuk pasal Facebook la pulak. Cinta facebook memang ada dan ada yang sampai ke jinjang pelamin pun ada itu satu kebaikan lah kan tetapi disamping kebaikan itu ada juga keburukan yang berlaku….

Cinta facebook akan mendedahkan seseorang untuk ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab..sampai ada yang mengaku bujang walaupun dah kawin 4….ek silap dah kahwin dan ada 4 orang anak hehe…

Ini akan mewujudkan keretakan rumah tangga bila si suami kantoi dengan isteri maka perang besar la gamaknya kan?

Jadi kepada sesiapa yang tergatal tangan untuk bercinta tu,berhati-hati jika kenal dengan seseorang di Facebook. Dan untuk pertemuan kali pertama saya nasihatkan ajak ramai rakan-rakan. Jangan berani-berani pergi sorang-sorang ya. Lepas tu pilih tempat pertemuan tu di tempat terbuka.

Ok lepas tu kalau orang yang anda kenali tu ajak datang rumah dia untuk pertemuan kali pertama,tolonglah katakan tidak! Sebab ianya sebenarnya lebih kepada perangkap.

Jadi dalam mencari cinta perlu hati-hati,jangan mudah percaya dengan kata-kata manis,gambar sehensem brad pit sebab tidak semuanya benar…..So hati-hatilah ya!

tuan tanah : indah juga berkenalan dari alam maya nie. sekurang2nya dia boleh terima kita seadanya walau belum berjumpa.

Lelaki hidung belang? Euwww..




Assalamualaikum.. Selamat malam readers.. Malam ni tergerak hati nak kongsi entri tentang lelaki hidung belang. Korang tau tak apa maksud lelaki hidung belang ni?? Maksud lelaki hidung belang ni laki yang pantang tengok pompuan, tambah2 pompuan dahi licin.. Alaa senang sebut kaki perempuan la.. Amboi....

Lelaki camni tak semuanya tak reti nak setia, cuma depa pantang ja tengok pompuan cantik2. Hello kalau dah kahwin jangan la nak gatai2 erk, lain la kalau kau tu bujang lagi..hehehe... Dah banyak dah tengok suami orang yang perangai macam nie.. Tengok sekali pandang takpa la jgk.. Ni sampai tengok atas bawah apa kes ???


Lelaki: Hai nak pi mana ni lawa2 ni?
Perempuan : (diam)
Lelaki: Amboi sombong aih kak long ni..cakap pi la ckit bukan luak pon..
Perempuan : Ya bang . Saya nak pi jalan2 nak ikot ka? awww
Lelaki : (Alamak! manusia dua alam rupanya..cabotttt!!)
Perempuan : Bang nak pi mana? mai la teman cekk ..alaaaa..

haha..amek ang.. sekali kena pondan..apa cer der?

22 October 2011

Pasangan mengongkong, perlukah?




Title sangat subjektif. Post ini ditulis entirely based on writer's experience and have no relation in any means with any individuals,living or dead.

Pernah anda terfikir perkara ini? Before that, ask yourself this two questions :

1. Anda kategori penyokong atau pengongkong?

2. Jika anda ada pasangan, (atau mahukan pasangan), jenis mana yang anda prefer?

As usual, saya bukan pakar cinta, bukan juga Dr. Love, hanya insan yang sudah banyak belajar dari kesilapan diri sendiri dan orang lain.:). Penting sebenarnya mengenali diri sendiri dan jenis pasangan anda, dan apa yang anda mahukan sebagai langkah menjaga hubungan anda dan utk mengelakkan tercetus Perang Dunia (Kekasih!!) ke-3. Post ini mungkin agak gender-biased. Kalau ade mne2 kaum Adam nak counter attack, kecil tapak tangan, Nottingham saya tadahkan.

Back to title, to be rational, sikap menyokong dan mengongkong perlu seimbang. Ini bercakap dari sudut seseorang yang pernah dikongkong pasangan dan selalu diprovoke tanpa sebab yang kukuh. Jika anda perempuan, anda tak nak sang BF itu mengawal pergerakan anda 25 jam sehari. Perlu ke anda report semua benda seperti hari ini breakfast ape, pakai baju warna ape, shopping beli ape,bla3. Tapi sayang dieeee,nak citer semua bnda. Lol. Cerita la. X salah. Cerita and lapor adalah berbeza. Bila kau report, bnda tu kna buat on frequent basis. Bile cerita, bila2 pun kau boleh choose xnk cerita.

Baru BF, belum suami. Kalau sang jejaka sudah sah suami anda, itu lain cerita. Saya, young single available belum cukup pengalaman untuk komen. Lol, abaikan.

Point kat sini, jangan biarkan bf-bf korg control u'ols smpi u'ols terlepas peluang untuk venture new things yang add more value to yourself.
Jangan sampai bf-bf u'ols buat u'ols terperap dalam bilik layan diorg skype ke,ym ke sampai u'ols x jumpa orang luar, tak bermasyarakat, x participate. Bahaya tau u'ols anti-social nie. Nanti orang anti-u'ols. Ha cmne??? [whoahh, rasa cm mamarazzi giler ckp mcm nie!!

But seriously girls, boyfriends are not everything. They are very close to everything if they support you in every single effort you are doing for
the betterment of yourself. Dont let them say that you are too slow, too girly, too this and too that. If you are full of all those bad things he
said, why are they still sticking around? A partner suppose to walk and run with you, and when you are going too fast, willingly to take one
step back with you and reflect on your life.

Just imagine how much you are missing in this world if you just stay in the room and do simply nothing other than talking to him? At the very
least, if you want him around, try to find a way to include your partner in what you like to do.

And dear guys, selagi u'ols x lafaz akad nikah, x bawak kunci lambourghini as hantaran kahwin, x payah la nak control2 u'ols punya gfs. Nak
marah and buat cubaan jadi drama king. No no no!! Let them live, and you get your own life. Live the life together.:)). Tapi tapi tapi, if bf kau
marah kau sebab minum tequila kat club, and kau buat bodoh je, mmg patut la kau abaikan die, sebab x payah tggu dia marah kau, kau
boleh pandang cermin, and maki diri sendiri.

All in all, be a constructive partner and not a destructive partner. :).

May Allah ease every effort we take to gain His paradise.

p/s : sorry if terkasar bahasa.:).

Justin Bieber Rancang Filem Baru


SELEPAS berjaya dengan filem Justin Bieber: Never Say Never, artis popular Amerika Syarikat ini merancang untuk kembali dengan filem terbaharu.

Filem terdahulu yang menampilkan dalam bentuk dokumentari telah mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya. Disebabkan itu juga Justin sedang merancang sebuah filem tentang dirinya pada tahun depan.

"Saya harap musim panas tahun depan saya boleh menyiapkan sebuah filem kerana semuanya sudah bersedia dan hanya menanti jadual saya sahaja untuk penggambaran," ujarnya seperti dipetik daripada Splashnews.com.

Bagaimanapun, kata Bieber dia lebih mengutamakan konsert jelajah bagi promosi album terbarunya dalam masa terdekat ini terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang filem.

Sebelum ini, Bieber pernah memberitahu berminat untuk melakonkan watak komedi dan ingin berlakon bersama pelakon komedi Will Ferrell.

Tapak iklan untuk di sewa

Bissmillahirahmanirahhim...

Traffic Blog Cik Emma semakin bertambah setiap hari, jadi Cik Emma akan buka ruang iklan kepada yang berminat untuk promosi bisnes atau personal anda di Blog Cik Emma.



berminat utk iklankan blog anda di bawah header blog cik emma?
harga:rm5/30 days only.
sila serah banner sekali dengan bukti pembayaran.



tiada banner?jangan risau. tambah lagi  RM5 untuk dapatkan banner designed by cik emma!^^



banner yang di paparkan mestilah tidak berunsurkan dari blog yang lucah,menyentuh sensitivit agama dan politik,apatah lagi yang menyalahi undang-undang negara .:)

berminat?boleh email terus ke:


eyma.simple@gmail.com

atau inbox di facebook


Terima Kasih...

21 October 2011

Siapa Greyson Chance?



Nama Greyson Chance tiba-tiba melonjak popular sehingga menjadi salah satu topik perbincangan hangat di laman sosial Twitter semalam. Antara sebab utama namanya meniti bibir setiap pengguna Twitter Malaysia adalah kerana dia dipilih untuk membuat persembahan di majlis berprestij Anugerah Industri Muzik 18 pada November depan.

Dalam sidang media AIM 18 yang berlangsung semalam, Greyson diumumkan bakal membuat persembahan bersama Najwa Latif, artis tempatan yang turut menerima tempias popular di laman YouTube. Tidak dinafikan pengaruh media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube kepada industri muzik tempatan mahu pun antarabangsa cukup besar dan mencetuskan fenomena.

Gelombang revolusi muzik dari kaset ke YouTube semakin mendekatkan jarak pasaran sasaran dengan pemuzik. Contoh terbaik ialah penyanyi lagu Dan Sebenarnya, Yuna yang kini sedang menikmati zaman kegemilangannya bukan sahaja di Malaysia malah di Amerika Syarikat.

Bagi yang belum mengetahui siapakah Greyson Chance, jejaka yang baru berusia 14 tahun itu merupakan seorang pemain piano dan penyanyi pop kelahiran Amerika yang telah memukau pengguna YouTube dengan persembahan nyanyian dan petikan pianonya di festival muzik untuk Gred 6.

Greyson yang menjadikan Lady Gaga sebagai idolanya telah membawakan lagu penyanyi kesayangannya itu iaitu Paparazzi. Setakat ini, video itu sudah ditonton lebih 43 juta kali oleh pengguna YouTube sejak dimuatnaik pada 28 April 2010.

Setelah dua minggu video itu dimuatnaik ke laman YouTube, ia hanya ditonton kurang 10,000 kali. Namun setelah video tersebut disiarkan dalam program bual bicara popular kendalian Ellen DeGeneres pada Mei 2010, nama Greyson Chance mula menarik perhatian ramai.

Greyson turut diberikan peluang untuk membuat persembahan khas di dalam program tersebut. Tidak tamat di situ saja, Greyson turut ditawarkan untuk menjadi artis rakaman pertama eleveneleven, label milik Ellen DeGeneres.

Video Greyson yang mencetuskan fenomena itu turut dipromosikan oleh Ryan Seacrest, TVGuide, The Huffington Post, Yahoo! Music dan akaun Twitter milik Ashton Kutcher.
Sehingga kini, Greyson merupakan pemuzik ke 28 menerima langganan saluran muzik di YouTube dengan lebih 286,000 pelanggan.

Dua lagu ciptaannya, “Star” dan “Broken Hearts” turut meraih tontonan yang tinggi dengan lebih 12 juta tontonan di saluran YouTube.

Melancarkan single sulungnya yang bertajuk “Waiting Outside the Lines” pada Oktober 2010, album penuh sulung Greyson yang berjudul “Hold On ‘till the Night pula dilancarkan pada 2 Ogos lalu.


Sumber:

Laman Rasmi Greyson Chance

Jom Join Bloglist Reynn Yang Sweet



SIMPLE N DIMPLE JE.. TUNGGU APA LAGI JOM JOIN.. TEKAN BANNER KAT ATAS TU KEH :)

20 October 2011

Tutorial Hide LinkWithin Widget Pada Homepage



Credit tutorial: Today’s Playlist

Holla, I’m back with another tutorial. You guys ada LinkWithin tak? Kalau tiada, better buat satu. Readers pun senang tengok related post sebab dia akan show related post kat bawah setiap post. So readers pun akan stay lama sikit dekat blog kita.

So, kalau tak nak LinkWithin keep showing under every post (even after summarized) kat homepage, ikut steps ni. Tapi kalau you all memang dah ada widget ini, copy codenya, paste dekat notepad, then remove dulu widget ni okay baru proceed dengan steps dibawah.

1. Pergi DASHBOARD>DESIGN>EDIT HTML.(Backup dulu template you all, just in case ada kesilapan senang betulkan, taklah you all menangis darah).

2. Cari code .(Biasanya terletak pada bahagian paling bawah template)

3. Copy code dibawah ni and paste before code dilangkah 2.


<b:if =="“item”‘" cond="’data:blog.pageType">
REPLACE THIS WITH CODE
</b:if>

4. Gantikan REPLACE THIS WITH CODE dengan code LinkWithin you all. Save template.

18 October 2011

Konsep Pertunangan Dalam Islam


"MEMINANG adalah permintaan lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isteri. Sebelum urusan peminangan dilakukan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi supaya tidak menyalahi apa yang ditetapkan Islam dan memudahkan tercapai tujuannya."

Firman Allah di dalam surah Al-Furqan:



Syarat Pertama: Perempuan hendak dipinang bukan menjadi isteri kepada lelaki lain.

Lelaki yang menjalin hubungan dengan isteri orang sering menyatakan kesediaan untuk mengambil ‘kekasihnya’ sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya. Kenyataan itu juga bermaksud ‘meminang’.
Peminangan itu akan mendorong perempuan meminta cerai daripada suaminya sebagai jalan untuknya berkahwin dengan kekasihnya. Sesungguhnya perceraian amat ditegah oleh Islam.

Adalah menjadi satu kesalahan besar mana-mana isteri meminta cerai daripada suami tanpa apa-apa kesalahan dilakukan oleh suami. Sabda Rasulullah bermaksud:  
“Mana-mana perempuan yang meminta suaminya menjatuhkan talak tanpa apa-apa kesalahan, maka haramlah ke atasnya bau syurga.”

Perempuan yang masih bergelar isteri, haram dipinang oleh mana-mana lelaki lain kerana dia menjadi hak mutlak suaminya. Seorang isteri hanya putus hubungan dengan suami selepas dia diceraikan atau bercerai mati dan tamat edahnya.

Islam amat mementingkan hubungan suami isteri yang baik sepanjang masa. Jadi, isteri ditegah sama sekali menaruh minat kepada lelaki lain. Lelaki pula diharamkan menaruh minat kepada mana-mana perempuan yang masih bergelar isteri bagi mengelakkan perkara buruk.


Syarat Kedua: Perempuan yang hendak dipinang bukan tunangan lelaki lain.

Larangan lelaki meminang perempuan menjadi tunangan lelaki lain dinyatakan melalui sabda Rasulullah bermaksud: 
“Seorang Mukmin adalah saudara bagi Mukmin yang lain. Oleh itu tidak halal dia membeli pembelian saudaranya, dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim).

Sesungguhnya seperti mana perempuan yang berkahwin, perempuan yang menjadi tunangan orang juga pasti tidak akan dilakukan peminangan oleh keluarga secara rasmi. Apa yang sering berlaku ialah masih ada lelaki menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang.

Alasan bahawa ikatan pertunangan boleh diputuskan bila-bila masa saja sering dijadikan alasan oleh lelaki yang ingin merampas tunangan orang. Bahkan, perempuan yang bertunang juga mudah terpikat kepada lelaki lain kerana ikatan pertunangan sekadar satu janji dan bukannya rugi apa-apa jika diputuskan.
Tambahan pula, ada ikatan pertunangan yang sebenarnya tidak disukai oleh perempuan berkenaan. Pertunangan itu sebenarnya di atas kehendak keluarga.
Jadi, jika ada lelaki lain ingin memikatnya atau kekasih pilihan, maka memberi semangat untuk memutuskan pertunangan.

Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan yang telah bertunang samalah seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan yang sama.
Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan. Maka sesiapa yang memutuskan persaudaraan amat dicela sifatnya. Sesungguhnya ditegaskan tidak beriman seseorang itu sehingga dia kasih saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri sendiri.

Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang setelah ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui oleh pihak lelaki.

Perempuan telah bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan oleh tunangnya. Keadaan ini di mana tunangnya bersedia memutuskan pertunangan jika ada lelaki lain ingin meminang tunangnya. Hakikatnya, pertunangan itu belum diputuskan sehingga ada lelaki lain meminang perempuan itu.
Perkara itu ditegaskan oleh Rasulullah melalui sabda Baginda bermaksud: “Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehingga lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya, atau mengizinkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).


Syarat Ketiga: Perempuan yang hendak dipinang tidak dalam edah.

Idah ialah masa selepas diceraikan sehingga genap tempohnya yang membolehkan perempuan berkahwin semula. Masa edah ialah tiga kali haid atau 100 hari bagi wanita yang diceraikan atau kematian suaminya.

Dalam masa idah perempuan tidak boleh berkahwin. Wanita yang diceraikan oleh suaminya dengan talak raji (talak satu dan dua), boleh dirujuk kembali oleh suaminya pada bila-bila masa yang dikehendakinya, selagi tempoh idahnya belum tamat. Talak raji ialah talak yang boleh dirujuk semula.
Perkara ini ada dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: 
“Dan (bekas) suami mereka lebih berhak kembali kepada mereka (rujuk), (dalam masa edah raji), jika mereka menghendaki perdamaian.” (Surah al-Baqarah, ayat 228).

Isteri ditalak dengan talak bain (talak tiga), juga perlu melalui tempoh edah. Edah bagi memastikan dia benar-benar tidak mengandungkan zuriat (dapat pastikan dengan setelah tiga kali suci haid) bekas suaminya. Jika dia mengandung, edahnya dilanjutkan sehingga melahirkan kandungan.
Janda diceraikan dengan talak bain tidak boleh dirujuk atau berkahwin semula dengan bekas suaminya. 

Bagaimanapun, peluang untuk kedua-duanya berkahwin semula hanya ada setelah wanita itu berkahwin dengan lelaki lain, dan di antara kedua-duanya telah bercampur kemudian diceraikan pula oleh suami kedua.
Perlu ditegaskan, perkahwinan dengan suami baru itu perlu dilakukan dengan niat perkahwinan sebenarnya. Maksudnya perkahwinan yang ingin berkekalan sepanjang hayat. Perceraian (kemudian jika berlaku) tidak terlintas di dalam hati kedua-duanya.

Amalan ‘cinta buta’ seperti dilakukan dalam masyarakat sebenarnya tidak wujud dalam hukum agama. Cina buta jika dirancang dan diniatkan, maka perkahwinan itu tidak sah. Lelaki yang dipertanggungjawabkan sebagai cina buta telah ditetapkan supaya menceraikan isteri dalam tempoh tertentu selepas berkahwin.
Perbuatan itu sama dengan kahwin kontrak atau kahwin mutaah. Kahwin mutaah diharamkan atau tidak sah. Justeru, syarat ‘kahwin’ bagi membolehkan isteri dicerai bain berkahwin semula dengan suami asal tidak sah.

Bagaimanapun, perkahwinan itu sah jika lelaki yang dijadikan ‘cina buta’ itu tidak mengetahui perkara sebenar. Dia berkahwin dengan niat baik, tetapi dipaksa menceraikan isterinya atau isteri memohon cerai bagi membolehkan berkahwin dengan bekas suami. Namun, terimalah balasan dosa mereka yang sengaja melakukan perbuatan itu.
Janda ditalak dengan talak bain dan balu kematian suami boleh dipinang dengan cara sindiran ketika masih dalam edah. Maksud sindiran ialah ia tidak dinyatakan secara terus terang. Perbuatan itu sekadar memberi ‘isyarat’ keinginan hati yang mana difahami oleh perempuan itu.


Syarat Keempat: Perempuan yang hendak dipinang mestilah sah nikah dengannya atau bukan muhrimnya. Haram bagi seorang lelaki meminang wanita muhrimnya, kerana di antara kedua-duanya diharamkan nikah.

Perempuan yang diharamkan dikahwini ada dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Diharamkan ke atasmu menikahi ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan bapamu (ibu saudara sebelah bapa), saudara-saudara perempuan ibumu (ibu saudara sebelah ibu), anak-anak perempuan daripada saudara lelakimu, anak-anak perempuan daripada saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukanmu, saudara-saudara perempuan sepersusuan, ibu mentuamu dan anak-anak tirimu yang ibunya sudah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampuri ibunya, kamu boleh mengkahwininya.” (Surah al-Nisa, ayat 32).

Ikatan pertunangan bermakna persetujuan perempuan dan lelaki berkahwin pada suatu masa ditetapkan. Namun, ikatan pertunangan bukanlah sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas.
Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti mana hubungan bukan muhrim.

Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Alasan bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah bermakna semuanya boleh dilakukan sepertimana pasangan yang telah berkahwin. Bahkan ada ibu baya yang menggalakkan anak yang bertunang agar sering keluar bersama-sama dengan alasan mencari keserasian dan menyuburkan perasaan cinta.
Ikatan pertunangan sekadar satu perjanjian antara lelaki dan perempuan yang setuju menjadi suami isteri pada masa akan datang. Ibu bapa yang menggalak atau membiarkan anak mereka bebas bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan dosa yang dilakukan oleh anaknya.

Jika dirasakan ikatan pertunangan itu menyebabkan hubungan bebas, maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan. Tindakan itu dapat mengelakkan daripada berlaku keterlanjuran.
Tambahan pula, dalam tempoh pertunangan yang lama, sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan pertunangan. Banyak cabaran dan kerenah yang terpaksa dihadapi oleh pasangan bertunang.

Sering kali ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan fitnah dan usaha memutuskan pertunangan itu. Perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang iri hati melihat pasangan yang bakal berkahwin dan menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga kemudiannya.
Maka, untuk menjamin pertunangan berakhir dengan kebahagiaan, wajarlah perkahwinan disegerakan. Lebih awal berkahwin, lebih cepat menikmati apa yang diharapkan melalui perkahwinan.
Kebahagiaan hidup berkeluarga adalah sebahagian daripada nikmat yang Allah janjikan dalam hubungan lelaki dan perempuan.

Berkahwin awal antara lain berpeluang mendapat zuriat lebih awal. Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri. Justeru pasangan berkahwin perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai. Zuriat yang ramai menyediakan rezeki yang lebih luas dan kehidupan yang lebih bahagia.
Pasangan yang melahirkan zuriat ramai sebenarnya menyempurnakan hasrat Rasulullah yang inginkan umat yang ramai pada akhirat nanti. Sabda Rasulullah bermaksud:  
“Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.”

Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita


Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.


Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

11 October 2011

JANJI ALLAH UNTUK MEREKA YANG INGIN BERKAHWIN..

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya. Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah, Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
.
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?~

Maharaja Lawak Mega Gabung Tiga Negara

Gabungan pelawak dan pelakon komedi berportfolio tinggi daripada tiga negara bakal menjanjikan kelainan pada program realiti terbaru, Maharaja Lawak Mega yang bakal memulakan siaran pada 28 Oktober depan.

Menurut Pengurus Saluran Pakej Mustika, Nizam Sani, pertandingan itu bakal menggabungkan pelawak daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia bagi memartabatkan bidang komedi ke peringkat lebih tertinggi.
Nizam berkata, program yang bakal disertai oleh 17 peserta itu masih menggunakan konsep dan format yang hampir sama seperti dua francais program itu iaitu Raja Lawak dan Maharaja Lawak.

"Medan Maharaja Lawak Megaini adalah sebuah pertandingan yang mengumpulkan pelawak-pelawak berpengalaman dalam satu program bukan sahaja untuk menobatkan siapa paling hebat tetapi juga untuk memartabatkan bidang komedi ke peringkat lebih tinggi," katanya pada sidang media pelancaran program Maharaja Lawak Mega di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Nizam berkata, program itu adalah medium untuk mengangkat semua pelawak dan pelakon komedi berpengalaman yang tidak pernah melakukan stand-up comedy.
Katanya, program yang bakal disiarkan menerusi Astro Warna (saluran 132) itu bukan sahaja dapat mempromosikan industri komedi tempatan ke luar negara malah bakal memberikan ruang kepada peserta untuk mengembangkan kerjaya di peringkat lebih tinggi.

Ini katanya, program itu bakal menemui penonton secara langsung bukan sahaja di Malaysia tetapi Singapura dan siaran tertunda di Indonesia.

"Ini adalah medan terbaik kepada peserta dari negara kita untuk mempromosikan industri komedi kepada peminat luar dan sebaliknya dengan penglibatan peserta dari Singapura dan Indonesia," ujarnya.
Sementara itu, menyentuh mengenai pemilihan peserta, Nizam berkata pihak Astro mencari para peserta yang berminat dan memberi kelonggaran kepada mereka untuk menubuhkan kumpulan mengikut keselesaan masing-masing.

Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan Pimai (Sathiya, Imuda dan Mat Over), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), Anje (Achong Sweet Child dan Joey Daud) dan Osbon (Mr Os dan Abon).

Turut menyertainya kumpulan BP-Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri), Rap (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak, dan Rama), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri) dan 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot) manakala Adlin Aman Ramli dan Jalil Hamid masing-masing tampil sebagai peserta solo.

Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah mengambil langkah berani untuk melakukan kolaborasi melalui kumpulan Syok yang membabitkan penyertaan Suhaimi (Singapura) dan Arif Sudin (Indonesia).

Sementara kumpulan Gebu (Hani dan Azian) mewakili Singapura manakala Lanun (Jegan, Elyas dan Salman-Al Farisi), Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), Saehu (Eko, Bocil, Vicha) dan kumpulan Caer (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana) mewakili Indonesia.

Pada perkembangan lain, Nizam memberitahu, program itu akan mengekalkan A.C. Mizal sebagai pengacara dan sistem penghakiman akan dilakukan oleh tiga juri profesional yang mewakili 70 peratus markah dan selebihnya kepada undian penonton.

Bagaimanapun, beliau memberitahu undian hanya untuk penonton yang menggunakan talian tempatan dan juri tetap hanya akan diumumkan pada minggu pertama program bermula.
"Selain juri tetap kami turut menjemput juri undangan daripada dalam dan luar negara bagi mengadili para peserta dalam program itu nanti," ujarnya.

'Sepah The Movie' Diteruskan Walaupun Sepah Berpecah



Filem Sepah The Movie tetap akan diteruskan penggambarannya walaupun kumpulan Sepah sudah berpecah.
Penerbit filem itu, Hasni Maulod menganggap anggota kumpulan itu mampu boleh bersikap profesional bagi menjayakan filem itu walaupun mereka berpecah selain mereka juga masih muda.
"Kami mengikuti perkembangan kumpulan Sepah sejak mereka menyertai Maharaja Lawak dan drama Sepah sehinggalah kami menemui penulis skrip drama itu untuk berbincang menghasilkan filem ini.
“Sebelum berpecah anggota Sepah iaitu Shuib, Jep dan Mamat telah menandatangani perjanjian untuk membintangi filem ini. Jadi, atas sebab itu kami merasakan tiada masalah yang akan berlaku walaupun kumpulan itu sudah berpecah,” katanya pada sidang media filem tersebut di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, di sini, Isnin.
Kata Hasni pihaknya tidak bermaksud untuk mengeksploitasi Sepah disebabkan kontroversi yang melanda diri mereka.
"Pada saya, apabila dilanda masalah, mereka perlu meninggalkan masalah peribadi yang akan menjejas kemampuan mereka untuk melakukan yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, Jep dan Mamat sepakat untuk bersikap profesional dalam filem ini bagi menghormati kontrak yang telah ditandatangani.
"Sebenarnya kami dah lama nak berpecah tetapi secara tidak rasmi. Apabila sudah menandatangani kontrak, tidak sangka pula saya dan Shuib menerima tawaran untuk membuat album seterusnya menubuhkan Sepahtu.
"Jadi apabila kami sudah membuat persetujuan, kami perlu lebih profesional," kata Jep.
Dalam pada itu, Mamat yang bergerak seorang diri dengan mengekalkan nama Sepah tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama-sama.
"Walaupun kami sudah berpisah, mereka masih sahabat saya dan kami pernah menjulang suatu yang sangat besar.
"Apa yang terjadi telah ditakdirkan oleh Allah. Mereka sahabat saya dan kami pernah bersujud bersama-sama," ujarnya.
Sepah The Movie turut dilakonkan oleh Jehan Miskin, Yus dari kumpulan Jambu, Asrul Raja Lawak, pelakon baru Anzalna Nasir dan Ramona Qadira iaitu finalis Dewi Remaja 2010/2011.
Filem arahan MP Roslin ini akan menjalani penggambaran pada minggu hadapan dan dijangka menemui penonton pada Jun 2012.

03 October 2011

Saya Sedih, Terkilan Dan Kecewa Dengan Mamat – Fida



Setelah hanya mendiamkan diri berkaitan kontroversi gambar yang diupload oleh Mamat, Fida semalam membuka mulutnya menerusi BiPop.. Fida melahirkan rasa kecewa, terkilan dan sedih dengan tindakan Mamat. Malah kata Fida, hatinya telah tawar dan terluka dengan apa yang telah Mamat lakukan.

Berikut ialah kata-kata Fida menerangkan apa sebenarnya yang telah berlaku:-

Ketika Aidilfitri baru-baru ini, saya datang ke Johor beraya rumah keluarga Mamat. Selepas memperoleh pasport, kami bercuti ke Singapura, saya tak pernah ke sana. Tapi kami balik hari, namun apabila ke Batam, kami menginap di situ. Ketika berada di Batam, Mamat ambil gambar saya yang menampakkan sebahagian rambut itu dan dia juga yang muat turun gambar berkenaan di dalam Internet

Fida terus melahirkan rasa kekecewaannya dan tidak percaya dengan alasan yang Mamat berikan:-

Bagi saya, gambar itu sangat peribadi. Saya pernah cakap dengan Mamat, gambar peribadi adalah untuk simpanan peribadi. Apabila gambar itu tersebar di Internet, saya baca alasan Mamat, dia tak perasan dan kepada sesetengah media masa pula, beliaun menjelaskan tindakan itu disebabkan matanya rabun. Saya tak boleh terima alasan Mamat. Kesannya adalah saya, bertalu-talu saya kena hentam. Saya terkilan dengan perbuatan Mamat. Sebaik saja mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, saya ada tanya dia kenapa? Bagi saya alasan yang diberikan Mamat, nampak dirinya tak matang. Namun selepas itu sudah berminggu-minggu kami tidak bercakap mahu berjumpa.

Baca entri ini seterusnya untuk luahan hati Fida yang selanjutnya:-


Ternyata Fida sangat blur dengan motif Mamat mengupload gambar tersebut:-

Saya tak tahu apa tujuan Mamat memuat turun gambar itu di dalam Internet. Namun yang jelas diri saya sudah diaibkan. Saya juga tak faham kenapa Mamat memuat turun gambar kami berdua saja, seolah-olah tiada orang lain di situ. Bagi saya bukan hanya menerusi gambar Mamat mengaibkan saya, tapi persepsi orang menjadi negatif, mungkin mereka beranggapan kami bercuti berdua sahaja.

Dan ternyata kepercayaan Fida terhadap Mamat sudah luntur:-

Selama ini saya mempercayai Mamat, tapi apabila berlaku perkara seumpama ini, Mamat sebenarnya sudah mematahkan kepercayaan saya terhadapnya. Kami sekadar bercuti ke Batam, bagi saya kenapa gambar macam tue pun dia nak muat turun dalam Internet? Mungkin apabila dia boleh tunjuk rambut saya kepada semua orang, mungkin dia berasakan dirinya hebat. Saya tak tahu apa sebenarnya tujuan Mamat. Terus-terus, apabila perkara ini berlaku, saya memang sangat sedih, terkilan dan kecewa dengan tindakan Mamat. Hati saya memang dah tawar dengan Mamat. Hati saya masih terluka dengan perbuatan Mamat. Dia seharusnya berfikir dulu sebelum bertindak dan bercakap. Jangan dah buat, baru rasa kesal.

Kekesalan Fida nampak jelas sekali dengan kata-kata di bawah:-

Mamat boleh minta maaf, tapi bagaimana dia nak tutup tohmahan orang terhadap saya? Sekalipun gambar berkenaan sudah dipadamkan dari Facebook Mamat, gambar itu sudah tersebar merata-rata. Buat masa ini, saya tak boleh terima Mamat, nak bercakap atau berjumpa dengan dirinya sekalipun, saya tak boleh. Mamat pernah cakap, dia sayang saya. Saya tak faham apa erti sayang bagi Mamat. Jika benar-benar menyayangi saya, beliau seharusnya memelihara air muka dan maruah diri saya. Justeru, saya amat-amat terkilan dengan sikap Mamat, sangat kecewa dengannya.

Fida sudah tidak boleh mengagak ke manakah hala tuju hubungan mereka berdua:-

Bagi saya, sekiranya Mamat berasakan dirinya bersalah, dia harus minta maaf dengan ikhlas, tak perlu mempertahankan dirinya lagi. Kesungguhannya saya tak nampak. Maaf Mamat tidak berharga. Dia tak mampu mengembalikan maruha saya yang tercemar. Saya tak pasti di mana pengakhiran perhubungan kami nanti. Saya berasakan diri ini seolah-olah teraniaya.

Fida menjelaskan tentang fesyen bertudungnya yang makin pelik semenjak kebelakangan ini:-

Tujuan asal saya bertudung kerana mahu menutup aurat, kini saya terpengaruh dengan fesyen. Fesyen bertudung saya hari ini tiada kena mengena dengan sesiapa, termasuk Mamat. Namun selepas menyedari ada pihak yang tidak senang dengan fesyen tudung yang saya gayakan, saya minta maaf kepada pihak yang tersinggung. Saya tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Semoga Fida kembali bertudung seperti biasa.


p/s : jom tengok temubual wartawan dengan mamat sepah ini..





sumber : beautifulnara & rotikaya

Jom tambah trafik blog!



Assalamualaikum buat silent readers.. terima kasih kerana setia mengunjungi blog aku yang dah lama bersawang nie.. Hari ni aku ada masa terluang.. So aku nak isi masa yang terluang tu dengan join Segmen tambah trafik blog. Dah lama beno rasanya aku tak joinkan diri aku ngan segmen and contest.. Korang tunggu apa lagi.. Jom la join Segmen Jom tambah trafik blog!

02 October 2011

Doa Intipati Segala Ibadah

Hadith:
RASULULLAH s.a.w bersabda yang maksudnya: "Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak." Riwayat at-Tirmizi Huraian Hadith: Pengajaran hadith: i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak. ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa. iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab- adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia- siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat- Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan. Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

'OMG Gempak' Tampilkan Lagu- Lagu Popular

PETALING JAYA: Berdasarkan sambutan hangat dan memberangsangkan pada album kompilasi HITMAN yang diterbitkan pada awal tahun ini, KRU Studios sekali lagi tampil dengan menerbitkan sebuah lagi album kompilasi baru yang turut menampilkan lagu-lagu popular iaitu OMG Gempak. Album ini memuatkan sebanya 12 buah lagu terhebat yang mempertaruhkan nama-nama besar tanah air diantaranya seperti KRU, Stacy, Amuk, Tilu, Iqa, V.I.P, Daus dan ramai lagi. Kekuatan OMG Gempak adalah pada pemilihan lagu-lagunya yang pernah menjuarai carta dan ada di antaranya masih kekal sebagai pilihan DJ untuk diputarkan di radio-radio tempatan. Sebagai contoh Lagu Sedih nyanyian kumpulan pop dance yang semakin popular iaitu V.I.P pernah menggungguli Carta Era 40 dan Hot Fm selama beberapa beberapa minggu dan Kisah Dongeng nyanyian Stacy berjaya menjuarai Carta Hot FM 30 dan sehingga kini masih kekal sebagai juara carta. Manakala lagu seperti Dipenghujungnya (Iqa), Lelaki Tak Guna (Tiga), dan Berdua Bersatu nyanyian kumpulan pop vocal yang semakin mendapat perhatian iaitu Forteen antara lagu-lagu yang masih kedengaran di dalam carta-carta radio tempatan. Selain itu, album ini turut membariskan lagu-lagu popular seperti Diam-diam nyanyian Tilu, Kerek (Bandi Amuk), Akhir Waktu (Daus), Hati-Hati (Ema AF8), dan Hukum Cinta nyanyian Bonny, bekas anggota kumpulan The Lima. Istimewanya khas buat peminat- peminat KRU, album ini turut menampilkan Tiga Kata single hits kedua tahun ini nyanyian KRU dan sebuah lagu bonus baru BFF nyanyian Chomell Fana cetusan ilham terbaru daripada Edry Abdul Halim. Album ini dijual dengan harga RM19.90 dan boleh didapati di semua cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner yang berhampiran atau anda boleh membuat pembelian secara dalam talian dengan melayari terus ke Facebook United Studios.
 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma