Blog Cik Emma: 12/1/11 - 1/1/12

20 December 2011

Gambar Perempuan Kena Raba!! (18SG)


Ishhh.. tengok gambar kat atas.. dah cukup untuk menyifatkan, bukan manusia je yang suka perempuan seksi.. Monyet dengan bintang lain pon suka tau!! sapa suruh hang pakai seksi2 silap2 hari bulan hang kena rogol dengan BINATANG pulak!

Manusia pon ada jugak yang perangai BINATANG kan?? so sudah2 la pakai pakaian yang menjolok mata tu.. silap2 hari bulan hang pulak yang jadi mangsa!!

Ni kenapa pulak nie? pakai tudung kemain litup.. sengaja bagi raba ker kena raba?? Grrrr.... Wallahulam..



Kena rogol?? Manusia BINATANG macam ni belambak2.. Ya Allah.. Sebagai perempuan kalau kita nak kekal suci sampai kite ke alam rumah tangga.. Jaga tingkah laku, cara pemakaian dan cara paling mujarab ingat kedua orang ibubapa kita.. Sanggupkah kita mencontengkan arang ke muka mereka? Jangan terlalu percayakan orang yang baru kita kenal, termasuk boyfriend kita sendiri.. Sematkan sifat malu tu dalam diri kita, Insyaallah perkara2 macam diatas tak kan berlaku .

Perempuan yang baik hanya untuk Lelaki yang baik.. Begitu jugak lah sebaliknya..


Wallahuallam...

sumber image : Pakcik Google

19 December 2011

Mega Giveaway By Cik Bunny

Jom sertai Giveaway dari Blog Cik Bunny. Tekan banner untuk sertai.
Tarikh Tutup pada 31 Januari 2012


Cik Bunny: Blog /Fanpage
Amely Afandi: Blog
Mira Miraie: Blog
Herba Tihara: Blog
Atienabila: Blog
Kedai Kaspersky Online (KKO): Blog / Fanpage

17 December 2011

REVIEW NOKIA E72 & BLACKBERRY TORCH CURVE


Haiiihh apa cita plak nie dok review pasai handphone? heheh... Actually 14 Disember yang lepas ,aku dapat birthday gift dari insan tersayang.. Dia hadiahkan aku Nokia E72... walaupun handphone yang dia bagi tu dia dah pernah guna, tapi aku rasa happy la dapat hadiah dari dia.. Kalau tidak dia nak bagi kat aku Blackberry Torch Curve , tapi dia teringin nak guna handphone tu.. lagipon keypad Blackberry tu keras sikit..tak macam E72 soft sikit button dia.. ni kira first time la aku guna handphone keypad jenis QWERTY.. jenuh jugak la nak belek2..hehe.. ok ... jom review sikit pasal handphone Nokia E72 and Blackberry Torch Curve.


NOKIA E72


 Nokia E72 adalah Nokia Eseries yang meneruskan legasi E61, E61i, E71 dan E63.

 Ia memiliki keyboard QWERTY yang padat tetapi mudah digunakan.

 Pada pendapat saya, hardware E72 lebih mampat dan padat dari E71. Bentuknya juga agak berlainan sedikit.

.Keyboardnya juga lebih timbul dan lebih mudah untuk menggerakkan jari.

Butang-butang seperti D-Pad dan Softkeynya juga berbeza dari E71 dan lebih timbul.

 Disamping itu, D-Pad E72 juga memiliki Optical roller yang membolehkan anda mengoperasikan 72 tanpa menekan jari dengan kuat.

 Nampak gayanya, E72 memiliki gaya dan ciri-ciri Eseries terbaru yang sama seperti E52 dan E55.

BLACKBERRY TORCH CURVE 


GENERAL 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
Announced 2009, July
Status Available. Released 2009, August
SIZE Dimensions 109 x 60 x 13.9 mm
Weight 106 g
DISPLAY Type TFT, 65K colors
Size 320 x 240 pixels, 2.46 inches (~163 ppi pixel density)
- QWERTY keyboard
- Touch-sensitive optical trackpad
SOUND Alert types Vibration; Polyphonic(32), MP3 ringtones
Loudspeaker Yes
3.5mm jack Yes, check quality
- Dedicated music keys
MEMORY Card slot microSD, up to 32GB, buy memory
Internal 256 MB
DATA GPRS Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
EDGE Class 10, 236.8 kbps
Speed No
WLAN Wi-Fi 802.11b/g
Bluetooth Yes, v2.0 with A2DP
USB Yes, microUSB
CAMERA Primary 2 MP, 1600x1200 pixels
Video Yes, QVGA
Secondary No
FEATURES OS BlackBerry OS
CPU 512MHz
Messaging SMS (threaded view), MMS, Email, IM
Browser HTML
Radio No
GPS No
Java Yes
Colors Black
- MP3/eAAC+/WMA/WAV player
- MP4/H.263/H.264/WMV player
- Organizer
- Voice memo/dial
- Predictive text input
BATTERY Standard battery, Li-Ion 1150 mAh
Stand-by Up to 408 h
Talk time Up to 4 h 30 min

16 December 2011

Lady Gaga Penyanyi Paling Kaya 2011


Penyanyi yang sering muncul dengan imej pelik, Lady Gaga diumumkan sebagai penyanyi wanita berpendapatan paling tinggi sepanjang tahun 2011.

Majalah Forbes melaporkan jumlah pendapatan Gaga adalah berjumlah AS$90 juta (RM287 juta) sepanjang tahun 2011 mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu Taylor Swift dan Katy Perry yang masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga.

Berdasarkan pengiraan pihak Majalah Forbes, kekayaan Gaga datang daripada hasil penjualan album terbarunya, Born This Way yang terjual hampir 10 juta unit di seluruh dunia.

Selain itu, kekayaan penyanyi yang popular dengan lagu Poker Face itu terhasil daripada siri jelajah Monster Ball dengan nilai AS$72 juta (RM229 juta).

Berikut 10 artis wanita dengan pendapatan paling tinggi pada tahun 2011:

1. Lady GaGa (RM287 juta)

2. Taylor Swift (RM143 juta)

3. Katy Perry (RM140 juta)

4. Beyonce Knowles (RM112 juta)

5. Rihanna (RM92 juta)

6. Pink (RM70 juta)

7. Carrie Underwood (RM64 juta)

8. Celine Dion (RM60 juta)

9. Adele (RM57 juta)

10. Alicia Keys dan Britney Spears (masing-masing RM32 juta).

15 December 2011

Need A Help....

ASSALAMUALAIKUM WBT....

Baru jer ingat nak upadate blog hari nie.. nak tukar header tu.. tetiba nak masuk dekat page element dia jadi cam gambar kat bawah tu...

We are sorry, but we were unable to complete your request.

When reporting this error to Blogger Support or on the Blogger Help Group, please:
  • Describe what you were doing when you got this error.
  • Provide the following error code and additional information.
bX-l4u1mh

Additional information
blogID: 6536440505372332442 host: www.blogger.com uri: /display
This information will help us to track down your specific problem and fix it! We apologise for the inconvenience.

Find help
See if anyone else is having the same problem: Search the Blogger Help Group for bX-l4u1mh
If you don't get any results for that search, you can start a new topic. Please make sure to mention bX-l4u1mh in your message.

Alahaiiii.. masalah2.. dah tukar jadi new blogger interface pon dia tetap jadi macam ni... saya rasa bukan saya sorang jer dapat masalah yang sama.. tapi kalau ada cara nak selesaikan maslah nie gtau la ekkkk...pleaseee...

UPDATE!!

Dah dapat cara penyelesaian dekat Blogger Help

kalau ada sapa2 yang ada masalah sama boleh ikot cara kat bawah

Known Issue

1) Try clearing your Cookies


3) Try going to draft.blogger.com and trying there until Google have fixed the issue
saya try yang nombor 3.. masalah dah selesai :)

13 December 2011

Jom Terjah Blog 2011

Jom bersegmen nak? Segmen ni terbuka untuk semua blogger, tak kira la followers sikit ke banyak. Segmen untuk tambah kenalan , bila dah ramai kawan mesti lagi syok nak berblogging kan?


Caranya mudah jer


1.Korang mesti kena ada blog

2.Buat entry bertajuk Jom Terjah Blog 2011

3.Letak header blog ni dan link balik ke entry ni


4.Dah siap tinggalkan link entry korang kat komen entry ni jugak


    Daripada senarai yang dah join segmen gegar blog ni , saya akan adakan satu contest berdasarkan blog2 yang dah pon join segmen ni.


    Bagi sesiapa yang ingin sponsor hadiah untuk contest yang bakal berlangsung , sila contact saya di facebook disini.

    Terima kasih :)

    09 December 2011

    Kontest Gegar Blog #1 HASRULHASSAN.COM

    Jom sertai kontest menarik dari blogger otai HASRULHASSAN.COM
    Tarikh Tutup penyertaan pada 10 Disember 2011 sebelum jam 11 pagi.
    klik banner di atas untuk menyertai kontest ini.

    Mudah saja. Anda hanya perlu :

    Buat satu entri dengan tajuk: Kontest Gegar Blog #1 HASRULHASSAN.COM
    1. Letakkan badge kontest yang disediakan di atas ke dalam entri anda dan link ke blog ini.
    2. Tuliskan dengan menggunakan 5 perkataan berbahasa Malaysia (slogan) untuk menggambarkan apa yang anda fikirkan tentang blog ini.
    3. Digalakkan untuk LIKE penaja/jadi Follower penaja hadiah.
    4. Dah siap, sila emailkan entri url serta jawapan anda itu kepada saya di sini: hasrulhiteg@gmail.com
    5. Anda hanya perlu tinggalkan entri blog anda yang punyai badge dan slogan di ruangan komen entri ini sebagai bukti anda ambil bahagian.
    6. Tarikh akhir untuk anda hantar jawapan anda ialah pada 10 Disember 2011 sebelum jam 11 pagi.
    Slogan
    Informasi menarik serta penuh transformasi

    07 December 2011

    Tips : Nak dapat banyak followers

    Assalamualaikum..

    Terima kasih untuk blogger yang sudi follow blog saya. Cuma satu jer ada setengah blog yang tak tinggalkan link di Shoutbox.. masalahnya sekarang bila nak follow guna kat button follow tu takde pulak pautan blog diaorang... contoh camni


    klik untuk tumbesaran sihat

    Senang jer nak selesaikan masalah nie... 

    Go to Dashboard > Edit Profile (dekat sebelah gambar profile)


    klik untuk tumbesaran sihat

    setiap bloggers kena show blog masing2.. kalau tak rugi la.. blog yang kita follow tu tak boleh nak jejak blog kita balik, sebabnya takder link blog untuk di follow semula....Rugi kan?? tunggu apa lagi.. tukar cepat!!!!

    KOREAN RING FOR SALE

    ASSALAMUALAIKUM WBT..


    Kalau sebut pasal PEREMPUAN.. mesti orang ingat tentang aksesori.. Mana tak nya, perempuan kan suka bergaya.. nak g kenduri,nak g jalan2 pon nak melaram macam mak datin kan? hehehe...Sojom tengok gambar kata bawah nuh.. Comel2 je cincin2 tu. Haa.. bukan perempuan je leh beli, lelaki pon boleh beli, untuk mak ke, girlfriend ke, kakak atau adik perempuan ke.. Murah2 je nih...

    LIMITED KOREAN RING

    1 PCS EACH DESIGN
    YES PRICE:RM8 EACH
    SIZE:ADJUSTABLE
    CODE:KR-1
    PRICE RM8 (YEAR END SALE)

    1 PCS EACH DESIGN
    YES PRICE:RM8 EACH
    SIZE:ADJUSTABLE
    CODE:KR-2
    PRICE RM8 (YEAR END SALE)


    Cantik kan Rings kat atas tuh..nampak trendy jer dia punya design.. memang menepati citarasa orang2 zaman sekarang :)

    jangan tunggu lama-lama
    KALAU DAH BERMINAT SILA ISI FORM DISINI 

    TERIMA KASIH

    06 December 2011

    "The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay"

    Assalamualaikum wbt...


    Hari nie Ema nak join GIVEAWAY THE ULTIMATE YEAR END GIVEAWAY BY NISA KAY . Tak kira jantina Lelaki or Perempuan jangan ragu-ragu untuk menyertai MEGA GIVEAWAY ni, terbuka kepada semua blogger. Hadiah menarik menanti anda semua...



    Fullstep to join "The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay"




    SYARAT / PEMBERITAHUAN UMUM :
    1. Terbuka kepada followers blog Saya Suka Menaip . Tidak kira lelaki atau perempuan.
    2. Wajib mempunyai blog, bergelar blogger.
    3. Tak perlu tag kawan-kawan untuk join, cukup sekadar promote aje.
    4. Pemenang akan dipilih secara random.
    5. WAJIB patuhi semua syarat.



    Tajuk Entry : "The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay"




    WAJIB letak semua sponsors  (blogshop) dalam blog list anda. Bagi sponsors yang hanya ada fan page di facebook, korang pergi like fan page dorang tau!

    Seterusnya PROMOTE entry ni, coz ada hadiah untuk TOP REFFERAL.

    Then tekan LIKE dan TWEET kat sini

    Pastikan korang ikut kesemua syarat-syarat di atas.

    GIVEAWAY BERLANGSUNG : 6 DISEMBER HINGGA 31 DISEMBER

    Insya-allah kalau kita rajin mempromosikan Giveaway ni, tak mustahil kita akan menang. Di mana ada kesungguhan di situ ada kejayaan..ewahhhh....

    Perkara Yang Lelaki Dan Wanita Perlu Tahu


    Lelaki perlu tahu yang perempuan:


    1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
    2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
    3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
    4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
    5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
    6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
    7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
    8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
    9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
    10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.


    Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA

    Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:


    1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
    2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
    3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
    4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
    5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
    6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
    7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
    8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
    9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
    10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
    11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)
    12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
    13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
    14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
    15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
    16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
    17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
    18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
    19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
    20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

    Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

    5 Sebab Dia Bukan Cemburu Buta


    Tentu Ramai yang menghadapi masalah cemburu ni kan. Tapi ada juga pasangan yang suka mempunyai cemburu buta. Pelik tak pelik sangatlah. Apa yang pasti cemburu membuatkan korang rasa bosan dan tertekan. Tapi tahukah kamu dalam perhubungan cinta sebenarnya cemburu itu memang perlu? Betul tak? Tapi itulah realitinya.Di bawah tertulis, Dia bukan cemburu buta jika:

    1.Walaupun dia cemburu, tapi dia tetap percayakan kamu untuk membenarkan kamu keluar bersama teman-teman baik mu. Yelah, kamu juga perlukan masa untuk bersama teman mu. Takkan nak berkepit 24 jam.

    2.Dia tak mudah cemburu bila tiba tiba saja kamu menerima panggilan telefon daripada lelaki/wanita yang tidak dikenali.

    3.Sanggup menerima penjelasan kamu bila terdengar gosip kononnya kamu keluar dengan lelaki/wanita lain.

    4.Tidak Kisah kalau kamu beri alasan sibuk dan tidak dapat jumpa dia. Dia tahu kamu memang sibuk dengan kerja dan menganggap kamu sengaja nak cari helah untuk keluar dengan orang lain.

    5.Hanya tersenyum bila ada yang memuji kecantikan/ketampanan kamu di hadapannya. Yang penting kamu miliknya.

    So, jangan risau, pakwe @ makwe korang tu bukan lah si cemburu buta yang disangka-sangkakan..

    30 Rahsia Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu



    Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana? Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-

    1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

    2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

    3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

    4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

    5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

    6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

    7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

    8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

    9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

    10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

    11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

    12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

    13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

    14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

    15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

    16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

    17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

    18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

    19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

    20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

    21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

    22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

    23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

    24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

    25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

    26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

    27. Senjata wanita adalah airmata!!

    28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

    29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

    30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

    Bunkface Terkilan 'Panik' Diharamkan


    Penyanyi utama kumpulan Bunkface, Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharum terkilan apabila lagu Panik diharamkan daripada disiarkan di semua saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

    Sam berkata, pihaknya diberitahu oleh RTM bahawa lagu itu tidak akan dimainkan di stesen radio milik kerajaan itu kerana mempunyai perkataan 'reformasi' dalam liriknya.

    "Hanya kerana penggunaan perkataan reformasi dalam lagu tersebut Panik diharamkan walaupun itu bukan lagu berunsurkan politik".

    Tambahnya, penggunaan perkataan itu juga tiada kena mengena dengan laungan Gerakan Reformasi oleh sebuah parti politik pembangkang satu ketika dahulu.

    "Jika perkataan reformasi itu terus merujuk kepada peristiwa yang pernah berlaku, saya rasa tidak adil kerana maksud reformasi bukan merujuk kepada kejadian tersebut.

    "Dan jika ya, sepatutnya perkataan itu dibuang terus daripada kamus".

    Sementara itu, Sam berkata walaupun agak terkilan dengan tindakan RTM dia tidak patah semangat untuk terus menghasilkan lirik dan muzik yang bagus untuk peminat.

    Katanya, dia menulis sesebuah lagu hanya berdasarkan kepada pengalaman hidup untuk dikongsi bersama peminat dan bukannya untuk menimbulkan kontroversi.

    Sam juga baru-baru ini menerima anugerah Komposer Muda Berpotensi pada Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia 2011 (MACP) pada minggu lalu.

    05 December 2011

    Tips Menambat Hati Lelaki



    Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?

    Terima lelaki agar dia menerima anda

    Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

    Fahamilah lelaki agar dia memahami anda

    Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

    Berubah untuk menikmati perubahan

    Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

    Sanggup memberi untuk menerima

    Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.


    Percaya untuk dipercayai

    Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

    Menangkan lelaki untuk menang

    Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

    Sifat negatif akan membuah kesan negatif

    Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.



    Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab

    Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.

    Kritikan akan membuahkan kritikan

    Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.


    Beri kepada lelaki apa yang dia mahu

    Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki kehendak seks (pada yang berumah tangga) , dan kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

    Tunjuk minat tulin terhadap lelaki

    Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.

    Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar

    Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

    Panggillah lelaki dengan panggilan manja

    Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.



    Hormati dia sebagai lelaki

    Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.
    Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita

    Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

    Hidup lelaki lebih mudah

    Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

    Bahasa lelaki adalah berlainan

    Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.



    Lelaki suka membisu

    Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

    Lelaki tidak kompleks

    Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

    Jangan paksa lelaki

    Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.


    Lelaki berahsia dengan lelaki lain

    Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

    Lelaki pentingkan kejujuran

    Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

    Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

    Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.



    Lelaki tidak suka dikritik

    Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

    Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

    Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

    Lelaki juga mahukan sokongan

    Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”

    Lelaki dan ego

    Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

    Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

    Lelaki mesra tanpa beremosi

    Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

    Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki.

    Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.

    Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.



    Lelaki suka menyelerak

    Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.

    Lelaki diumpan menerusi matanya

    Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya. Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa

    Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.

    Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:

    1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan
    2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
    3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
    4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
    5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
    6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
    7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
    8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
    9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.

    Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.



    Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki

    Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.

    1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.

    2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan.

    3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.

    4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.

    5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.

    Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.


    Maaf kalau entry ni terlalu panjang, tapi kesemua tips dan rahsia di atas sangat bermanfaat. So, kita gunakanlah sebaik mungkin :)

    04 December 2011

    Siapa teringin nak jadi model?

    Wahhhh.. baru tadi adik Ema bagitau yang dia ada apply auditon untuk jadi model. Tapi dia kata dia tak dapat. Huhhh.. dia ingat dia hensem lah tu :D .. Kakak dia ni lagi la tak layak jadi model, debab sangat kot.. jadi model iklan makan boleh la ..hahahaha.. okeh2 melalot pulak..  siapa yang agak2 comel and ada kriteria2 untuk jadi model tunggu apa lagi apply la ekkk...

    Veronica Community (VC)




    About Veronica▬▬▬▬▬▬▬▬❝WΞLCOMΞ TO VΞRONICA COMMUNITY™❞▬▬▬▬▬▬▬▬

    This not an ordinary profile ,
    This is a page where we collected all the talented members and combine them in a group to build a community .
    We did not steal/copyrighting other people and make it like we're who make it . DEFINITLY NOT !

    We took our members and make the world know that they are one of us . Got it ?

    This is not an open group anymore. We will accept those who really interested. We dont make war/compete with other groups as good as possible. We make friends.

    VΞRONICA'S FANPAGE :
    ►► http://www.facebook.com/pages/Veronica-Community-VC/296950736987291?sk=info

    VΞRONICA'S OFFICIAL BLOG :
    http://veronicafamily.blogspot.com/

    FORMSPRING :
    ►► http://www.formspring.me/veronicacomm

    ►► If you are invited , be proud then. Because you worth it. We want you to take the challenge :)

    ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬REQUIREMENT▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
    ╔═══════════════════════╦
    ✉ FULL NAME :
    ✉ AGE :
    ✉ LOCATION :
    ✉ H/P NUM :
    ✉ PHOTO(LINK) :
    ✉ REASON JOINNING [V|C] :
    ✉ WHY SHOULD ACCEPT YOU ? :
    ╚════════════════════════╝
    ►► SEND DI INBOX MESEJ (!)

    : Semua maklumat yang disertakan adalah sulit.

    : Kami tak terima request dari profile yang tidak menggunakan gambar sendiri.

    : Reason Joining untuk 'SUKA-SUKA' / 'SAJA-SAJA' = tidak di terima & tidak akan dilayan.

    ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

    PRESIDENT - Lyka Iyka Iyra
    http://www.facebook.com/VeronicaXore
    http://www.facebook.com/AtikaSygAdam?ref=ffl

    VICE PRESIDENT - Ira Shahira
    ► http://www.facebook.com/Iraa.13
    ► http://www.facebook.com/profile.php?id=100002923957816

    VICE PRESIDENT ASSISTANT - Saidatul Natrah
    ► http://facebook.com/natrah2011

    PHOTOGRAPHER
    - Rainz Elmo
    ► http://www.facebook.com/RainzElmo
    ► http://www.facebook.com/RainzElmoPages
    - Didiy San
    ► http://www.facebook.com/didiy.xiaolun

    MODEL GIRL - Yana Bueno
    ♀ : ► http://www.facebook.com/profile.php?id=100001928067786
    ♀ : ► http://www.facebook.com/profile.php?id=100003042515199

    MODEL BOY - Eddie Sykes Marley
    ♂ : ► http://www.facebook.com/profile.php?id=1544834593

    GRAPHIC DESIGNERS
    - Sharven Liz
    ► http://www.facebook.com/Sharvenliz
    - Farehin Yusni
    ► http://www.facebook.com/farehin

    OFFICIAL BLOG ADMIN
    - Anis Afifah Idris
    ► http://www.facebook.com/aneez.littlestar

    PROMOTER'S
    Shiefa Athirah
    ► http://www.facebook.com/eFa.adiefa?ref=ts
    ► http://www.facebook.com/profile.php?id=100001784075043&ref=ts
    Azreena Natasha
    ► http://www.facebook.com/azreenanatasha1?ref=ts
    Nana NorAzri
    ► http://www.facebook.com/NanaSygAmin?ref=ts
    Yayunx Jieha
    ► http://www.facebook.com/yayunx.jieha

    THE VVIP'S
    - Ifa Liyana
    ► http://www.facebook.com/iyfa.grey.yuna
    ► http://www.facebook.com/ifa.megat.25
    - Muhammad Adam
    ► http://www.facebook.com/profile.php?id=100001079665435
    - Scha Yumika Hierarki
    ► http://www.facebook.com/schahierarki
    ► http://www.facebook.com/profile.php?id=100003114461488
    - Sazaa Sayys
    http://www.facebook.com/sazaa.sayys



    █║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
    ®2011 ѴЄRѲИiCA CѲMMUNiƬƳ Official Facebook. All Rights Reserved


    Ema tolong promote jer. Lagipon adik Ema kenal dengan President Veronica Community tu.. So tunggu apa lagi? Join la CEPATTTT!!

    nie la adik Ema.. sorang2 adik je yang Ema ada..Nak kenal boleh add dia kat FB http://www.facebook.com/pwince93

    hahaha.. menagrut lagi siap promote adik pulak tu... dah2 sebelum lagi panjang berjela2 entry ni lagi baik aku taip FULLSTOP.

    Mega Giveaway by Auni , Izyan , Yanie

    Assalamualaikum WBT...

    Hey.. Esok 5 haribulan kan? OMG! Esok end date untuk join MEGA GIVEAWAY BY AUNI, IZYAN, YANIE sebelum terlambat Ema pon nak join jugak. Rugi tak join mana tau kalau bertuah boleh dapat hadiah yang GRAND-GRAND..


    VVIP YANG DI TAGCIK TIE @ AKAK
                                         TUNZ

    Tutorial : Setkan Saiz Gambar Dalam Post

    Aikkk..Aikkk..tadi try la edit bahagian post image. Menjadi jugak rupanya setkan size gambar dalam post ni..  Nak buat tak? hehe.. Jom cekidautttt.....



    Ni la maksudnya... pasni tak payah nak pilih large, medium or ori size.. sebab kita dah setkan automatik  size gambar dalam post kita..

    Okeh.. tak mau buang masa.. moh kita mula...


    Pergi Dashboard > Edit HTML tekan CTRL + F atau (F3) cari kod kat bawah ni


    ]]></b:skin>
    Dah jumpa ? Copy kod kat bawah ni pulak and paste kat atas kod yang korang cari tadi

    .post-body img {
    padding: 0px;
    width: 500px;
    height: 400px;

    Tukarkan width and height bersesuaian dengan blog korang. Preview kalau tak error save ok :)

    03 December 2011

    Lebih Sudu Dari Kuah..


    Lebih sudu dari kuah.. peribahasa yang sinonim dengan orang yang suka atau gemar membuat sesuatu yang bukan sepatutnya dia yang buat atau dengan kata lain orang yang suka overshadow orang lain atau suka inter frame..

    Ada ke orang yang macam tu? mesti la ada.. Orang macam ni sebenarnya nak mintak simpati orang lain supaya lebih perhatikan dia. Kalau boleh dia nak orang pandang dia serba serbi bagus tip top la senang cakap..

    Kadang-kadang diaorang ni ikut sedap mulut je cakap macam takdak insurans kalah lawyer kat pejabat guaman, kononnya diaorang je la yang bagus. Habis kita ni teruk lah ekk?? Macam mana ekk kita nak ajar orang macam tu bagi dia sedar sikit? Tapi tak baik kan kita nak aniaya orang, biarlah orang nak dengki ke iri hati ke dengan apa yang kita ada asalkan kita tak kacau hidup dia. Biar Allah je yang tentukan segalanya..

    Buat apa la kita nak sibuk-sibuk atau nak lebih-lebih pasai hal orang lain. Jaga bawah kain sendiri sudah la. Tak payah nak silang orang dengan cara yang tak bermoral tu. Allah dah kurniakan kita kelebihan itu pun dah cukup baik. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Insya-Allah kita akan lebih bahagia dan berjaya dengan cara macam tu.. Kalau kita merendah diri lagi ramai orang sayang kat kita, am i right?

    Renung-renungkan dan selamat beramal :P

    02 December 2011

    Ombak Rindu Yang Menjanjikan Air Mata


    Diadaptasi ke layar perak dari sebuah novel popular karya Fauziah Ashari, Ombak Rindu pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat novel tersebut. Disokong pelakon terkenal masa kini iaitu Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae, tentunya berbekalkan trofi yang pernah diraih mereka, filem ini menjanjikan sesuatu kepada peminat filem tempatan.

    Paling utama, pengarah yang menggarap novel tersebut ke layar perak juga bukan calang-calang orang. Pernah meraih trofi Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin baru-baru ini, Osman Ali satu nama yang tidak perlu dipertikaikan hasil kerja seninya bermula yang pertama dengan Bukak Api hingga kini. (kecuali Puaka Tebing Biru).


    Ombak Rindu menjanjikan air mata. Penonton boleh memilih pada siapa yang hendak mereka berikan air mata tersebut. Sama ada pada Aaron Aziz yang memegang peranan sebagai Hariz atau Maya Karin sebagai Izzah atau Lisa Surihani sebagai Mila Amylia. Tidak salah juga kalau diberikan air mata itu pada Bront Palarae yang memegang peranan sebagai Mail.

    Setiap peranan dilakonkan dengan cukup meyakinkan terutama sekali watak Hariz yang digalas oleh Aaron Aziz. Hariz cukup meyakinkan terutama pada babak seorang lelaki bengis yang akhirnya tunduk pada harapan Izzah. Lakonan Aaron yang lebih berwarna pada kali ini jelas sekali dipersembahkan dengan cukup baik oleh pelakon tersebut.

    Begitu juga dengan Izzah lakonan Maya Karin. Sebagai gadis kampung yang naïf dan perlu diperdagangkan maruahnya, Maya berjaya kali ini untuk membuatkan penonton merasai penderitaannya yang terpaksa mengharap belas Hariz. Semuanya dilakukan Izzah bagi menghalalkan hubungan terlarang mereka atas nama agama. Izzah yang merelakan perkahwinan suaminya dengan Mila akan lebih meruntun hati penonton.







    Jika penonton mahu menyaksikan sesuatu yang berbeza pada lakonan Lisa Surihani, inilah filem yang wajib ditonton oleh semua. Watak Lisa sebagai Mila Amylia lebih berat berbanding lakonan dalam filemnya terdahulu. Ada ketika kasihan pada Mila yang berusaha mendapatkan cinta Hariz dan merubah menjadi benci apabila Mila bersifat agak keterlaluan. Babak Mila berdepan dengan Izzah cukup mengagumkan sekaligus melengkapkan transformasi watak pelbagai Mila itu sendiri.


    Bront Palarae sebagai Mail juga baik. Walaupun babak yang melibatkannya tidak banyak, namun kelibat Mail dalam filem itu diingati penonton kerana walaupun lakonannya biasa tetapi cukup berjiwa sebagai pemuda kampung yang cuba menagih cinta dari Izzah.

    Kesimpulannya, seksual cukup memainkan peranan yang penting dalam filem ini. Lihat sendiri bagaimana Hariz akhirnya tunduk pada Izzah dan bagaimana keinginan Mila Amylia yang cukup dahagakan kasih sayang dan cinta Hariz. Keinginan Mail menagih cinta Izzah juga bersandarkan seksual tetapi masih berpegang pada budaya kampungnya. Berbeza sekali gaya orang bandar dan orang kampung menagih cinta dapat dilihat pada watak Mila dan Mail. Persoalan pokok filem ini masih berpaksikan seksual.

    Tidak dapat dinafikan peranan muzik latar yang cukup melodramatik turut menjadi elemen utama mempermainkan emosi penonton. Namun ada ketikanya, muzik latar tersebut dimainkan terlalu kerap sehingga menyebabkan muzik latar itu menjadi taruhan yang cukup besar untuk meraih air mata penonton.

    Sinopsis


    Ombak Rindu mengisahkan tentang kehidupan Izzah, ustazah dari kampung yang dijual dan dipaksa menjadi pelacur oleh pakciknya di sebuah kelab di Kuala Lumpur. Hariz, pelanggan lelaki "playboy" pertamanya telah dirayu agar menikahinya demi menyelamatkannya dari sarang maksiat itu. Haris pada awalnya keberatan, akhirnya menuruti permintaan Izzah, lalu membawanya pulang ke rumah, suatu perkara murni yang lama tidak dilakukannya.

    Niat Haris adalah untuk menjadikan Izzah sebagai tempat melepaskan nafsunya apabila dia mahu. Haris akhirnya semakin menyayangi Izzah dan cinta mereka mula berputik. Hidup mereka semakin bahagia namun desakan ibunya, Datuk Sufiah dan tunangnya, Mila Amylia merubah segalanya. Mampukah cinta Izzah dan Haris bertahan? Ombak Rindu menjengah pawagam seluruh Malaysia bermula 1 Disember 2011.


    Sumber : Gua.com.my
     
    Copyright© All Right Reserved by Cik Emma