Blog Cik Emma: 2/1/12 - 3/1/12

28 February 2012

Blog Mereka Memang Famous!!

Assalamualaikum wbt....

    Firstly, aku rindu sangat nak update blog aku tiap2 hari..tapi apakan daya tak termampu lagi nak beli laptop.. So, kalau ada masa yg terluang aku pon pi lah cc (cyber cafe)yg berdekatan semata2 nak update blog..tsk..tsk... Oppsss!! bukan pasai tu yg aku nak cerita sekarang nie..Back to the story ok..hahahaha...(tak payah nak buat muka sedih..)

   Okay. Ngada ja aku buat entry nie. Padahal blog aku tak Famous pon!! Sekarang nie bukan aku nak cerita tentang kefamousan blog aku, tapi tentang kenapa famousnya blog blogger lain. Antaranya yang famous di mata aku:




Sebenarnya banyak lagi blog yang famous. Tapi tak larat aku nak senaraikan semua kat sini. Korang sendiri mesti dah biasa dengar dengan nama2 blogger yang aku senaraikan kat atas tu kan?? Ya... Aku teringin nak jadi macam mereka.. Setiap entry2 yang mereka publish pasti akan komen yang ramai, dan ramai yg tertunggu2 untuk entry terbaru mereka.. Bertuahnya mereka kan??


      Kenapa dan mengapa blog mereka boleh famous sampai macam tu ye?? Tengok saja blog Ben Ashaari dan Yuyu Zulaikha. Apa strategi mereka sehingga boleh menarik followers sebanyak tu?? Lyssa secret dan Yuyu Zulaikha, dua gadis yg comel berjaya mendapat pengikut yg ramai. Mungkinkah kerana kecantikkan mereka atau entry mereka yg berkualiti? Ya,  cantik dan hensem tu mungkin antara pakej utk mereka lebih terkenal dan diminati ramai. Tapi cuba kita menilai semula entry2 mereka. Kalau entry mereka tak berkualiti mustahil ada orang nak baca kan?



 So, Dont judge a books by its cover. Rasanya aku sendiri pon tak mampu nak jadi terkenal macam mereka. Aku jadikan blog aku ni sebagai platform aku untuk mengembangkan bakat aku utk menulis,walaupun penulisan aku tidaklah sebaik mereka tapi aku akan terus mencuba. Sebaiknya kalau kita nak berjaya, jangan segan utk belajar dari orang yg lebih berpengalaman..Kerana di situ akan tercetusnya kejayaan..Insya-Allah  :)

25 February 2012

(PANAS) Johan Gabra Diserang Bini Dalam Radio



Siapa yang tidak kenal dengan pelawak terkenal, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak yang sering kali mampu membuatkan peminat-peminat tidak kering gusi dengan lawak yang ditampilkan.

Mendengarkan gelaknya yang besar sahaja sudah cukup membuatkan orang ramai terhibur dengan aksi dan keletah lucunya.

Pun begitu, dalam sikapnya yang bersahaja dan kadang-kadang ‘lepas mulut’ dalam mengeluarkan lawaknya, Johan tidak terlepas dari terkena ‘balasan’ dengan lawak sendiri.

Bulan lepas, sewaktu mengacarakan rancangan Riuh Pagi Era, Johan dengan ‘selambanya’ mengatakan sesuatu tentang perihal isterinya, Ozlyn di dalam segmen Sketsa Johan Di Era yang bersiaran dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Dalam segmen itu, Johan telah membuktikan kekuasaannya di rumah tentang bagaimana menjalankan ‘kuasa’ sebagai seorang suami.

Akibat dari lawaknya, Ozlyn telah ‘menyerang’ Johan secara ‘live’ dengan membuat panggilan ke radio itu setelah mendengar siaran segmen tersebut di rumah dan menyamar sebagai orang lain.

Rakaman suara rancangan tersebut yang terdapat dalam Youtube memang membuatkan penulis tak tahan untuk gelak mendengarkan perbualan antara Johan dan isterinya di mana Johan secara tiba-tiba ‘takut’ dan menafikan cakap-cakapnya sebelum itu.

Mungkin itu hanyalah gurauan antara pasangan tersebut yang sentiasa ingin mengharmonikan hubungan sesama mereka.

Apa-apa pun, rakaman tersebut memang terlalu lawak!

Saya Dah Bersedia Nak Kahwin

Dah lama rasanya aku tak buat entry tentang life aku. Lately nie aku rasa happy sangat bila aku dah bertemu dengan cinta sejati aku. Macam tak percaya dalam Facebook ja aku berkenalan dengan dia. Jodoh kan, memang jodoh kita ada kat mana2 ja. Aku percaya qada dan qadar Allah. Rasanya tak lama lagi kami akan mengikat tali pertunangan ,walaupun hubungan kami terjalin tak sampai setahun pon.


Sebenarnya banyak lagi benda yang kami kena fikir sebelum menamatkan alam bujang kami. Tapi kami dah betul2 bersedia untuk akhiri zaman bujang. Aku pon bukan muda lagi dah 22 tahun pun, kawan2 aku pun dah nikah, yang nak dapat anak pon ada dah. So, tak perlu la aku fikir yang aku ni muda lagi.hahaha.. bajet plak entry aku ni kan :p



Pelik.. Kenapa aku tak sabar nak kahwin?? Firstly lah kan... Dia keja kat Kolumpo nuh.. Dua bulan sekali ja dia balik. Dapat jumpa pon sekali dua ja.  Tau2 ja la cinta jarak jauh ni memang susah kalau tak reti nak sabaq...

Aku tak harapkan perkahwinan yang mewah. Cukuplah sekadar melepasi yang wajibnya akad dan nikah.
Aku lah insan yang paling bertuah jika dia menjadi milik aku yang sah, kerana selama ini hanya itu yang aku harapkan dari orang yang aku cinta. Rasanya tak manis bercinta lama2.. Cinta lepas kahwin orang kata lagi best , sebab kita akan merasa nikmat cinta yang suci bukan cinta nafsu y\sebelum bernikah.

Wahai kekasihku,
semoga perhubungan kita ini di restui Allah serta keluarga kita. Hanya kamu yang berada di hati ini tatkala ini. Aku harap kau pun begitu juga. Aku mencintaimu seadanya sayang.


ampa macam mana dah ready ka nak kahwin?? hehehe.. jom baca entry  Sudah Bersedia Untuk Kahwin?
kalau nak tau ampa dah ready ka tak..hehehehe

p:s: Nervous gila!! nanti dia nak bawak aku pi jumpa parents dia..seriously ketaq lutut ni :/

Ana Raffali Sudah Dimiliki


Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali dan pasangannya Ahmad Aznaim Abdullah, 30 telah diijabkabulkan hari ini, 25 Februari 2012 di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor jam 11.55 pagi.

Beliau dinikahkan oleh bapanya sendiri, 7 hantaran dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan. Tahniah untuk pasangan ini. Moga bahagia ke akhir hayat.

Tutorial : Open Link in New Tab


1. Go to -> DASHBOARD -> DESIGN -> EDIT HTML

2. Cari kod
<head>
< - Paste kod di bawah di bahagian bawah kod
<head>
.
<base target='_blank' />

contoh :

<head>
<base target='_blank' />

3. Save dan try. Makesure when u click some link dia akan buka di tab yang baru. kalau tak jadi maybe ada kesilapan. Check balik yer :)

23 February 2012

20 Tanda Bila Lelaki Serius Dalam Cinta


1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

(UPDATE) Gambar Pernikahan Lisa Surihani Dan Yusry KRU

Allhamdulillah.. hanya dengan sekali lafaz, sah lah sudah Yusry dan Lisa menjadi pasangan suami isteri.. Semoga perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat..




Lisa Surihani Sah Bergelar Isteri Kepada Yusry KRU

Jutaan tahniah diucapkan kepada Lisa Surihani dan Yusry yang kini sudah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya. Mas kahwin yang diberikan kepada Lisa ialah seutas rantai platinum.


Majlis pernikahan yang bertemakan “Winter Garden” ini berjalan dengan suasana sederhana. Semasa lafaz nikah disahkan oleh para saksi, Lisa kelihatan mengalirkan air mata terharu. Untuk makluman, pihak pengantin perempuan menghantar 9 dulang hantaran dengan keyboard dan koleksi lagu Beatles antara hantaran yang menarik. Manakala pihak pengantin lelaki menghantar 7 dulang sebagai balasan.



Tahniah kepada pengantin baru ini. Nantikan sebentar lagi gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Yusry dan Lisa Surihani.

15 February 2012

Tips Nak Dapat Ramai Followers Sesi 2

Blog aku baru secelet ja followers nak dibandingkan dengan blog2 lain .. tapi tak salah nak berbagi ilmu.. Sharing is caring ryte??

So , let do we start !


1. Blogwalking ( BW ) .

- Korang tak tahu ke apa tu BW ? Bw ne adalah jalan-jalan .. ehe , takde lah .. kira macam tu jugak le .. bw ni lebih kepada ronda blog orang .. contoh korang nak pergi blog si A .. lepas tu nak pergi blog si B pulak .. then blog si C .. macam tulah blogwalking .. korang jenguk blog orang .. dah blogwalking tu jangan lupa leave footstep korang dalam shoutbox dorang .. maksudnya , letak link blog korang .. supaya dorang boleh bw balik ke .. follow ke .. manatahu blogger tu baik hati .. mesti dorang follow ... So rajin-rajin lah blogwalking kat blog-blog orang kay ?!!


2. Follow blog bloggers lain .

- Dah bw tu , korang pun follow .. dah tu korang leave footsteps .. Then drg follow korang . Macam tu lah .. Kalau nak dapat ramai followers , rajin-rajinlah tekan FOLLOW button kat blog orang . Moral nya , sebelum orang follow blog korang biar korang follow blog dorang dulu .. hehe ..Kalau ada orang kasi link blog kat korang .. teruslah follow dah alang-alang singgah ..


3. Letakkan widget follow .

- Meletakkan widget follow ne supaya senang orang nak follow blog korang .. so , takde lah bloggers lain bertengek cari follow button semata-mata nak follow korang . Dah jadi macam tu baik takyah follow .. tulah pentingnya letak widget ni . Nak lebih canggih lagi .. letak follow dan d/board button ala-ala tumblr kat atas header .. ataupun yg lebih bagus guna widget follow yg sudah tersedia ..

4. Post entry menarik .

- Ni memang penting ! Kalau korang nak orang follow blog korang .. kenalah post entry yang terbaek ! dan meletupss .. Macam info .. tutorial .. freebies dan lain-lain lagi .. ni memang penting supaya blog korang mendapat sambutan . Banyak orang dah terjah korang .. Kalau kosong , apa yang nak dibaca ? Dan yang paling penting .. kalau nak post sesuatu .. tolong jangan maki hamun orang ya !! Jangan letak ayat ikut orang lain dan jangan hina bloggers lain .. contoh macam entry yg boleh dijadikan sebagai medan perang , eceh ... Contoh macam ni :Ayat di atas hanya CONTOH sahaja .. jangan salah faham .. Haa macam ne lah yg boleh timbulkan gaduh .. gara-gara k-pop nak gaduh .. tak mau macam tu ! Jangan hina orang lain punya minat .. cukup setakat luahan dalam hati .. jangan nak caci-caci orang .. Istigfar .. Ehehe ..


5. Join segmen dan contest .

- dalam blog ne .. mesti banyak contest dan segmen-segmen yg menarik . Contoh macam segmen up kan followers . Dengan cara korang melibatkan diri dalam segmen dan contest ni .. korang dapat upkan followers .. banyak kenal bloggers lain .. boleh blogwalking dan sebagainnya selain dapat hadiah ! Hahaha ..

6. Join Group kat facebook dan lain-lain .

- korang ada facebook tak ? Mesti adakan ! Takkan lah takde kut .. so , kalau ada joinlah dalam group blogger dalam facebook .. contoh :


  1. Ex-Tream Blogger
  2. Kami si Blogger
  3. Diari Sahabat Blogger 
  4. Member Blogger

05 February 2012

Tutorial: Buat logo simple untuk blog

Salam peeps.... buat logo simple?? mcm mana tu? senang jer.. tak payah pakai software.. cuma online je... Gi kat sini http://cooltext.com/Logo-Design-Symbol . 


seterusnya pilih symbol yang korang nak then tulis lah apa2 pon. contohnya nama blog dan description blog.. boleh tukar color and font kalau nak .

simple tapi comel kan?? hehehe



 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma