Blog Cik Emma: 3/1/12 - 4/1/12

27 March 2012

Ciri-Ciri Perempuan Yang Lelaki Suka


Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinnya berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya. Jika anda berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas.

Lelaki ingin cari wanita yang menarik

Definisi wanita yang menarik adalah berbeza bagi setiap lelaki. Namun, mereka sentiasa mencari wanita yang menarik di mata mereka untuk di jadikan pasangan.

Lelaki ingin cari wanita yang cantik di mata mereka

Lelaki sentiasa mahukan wanita cantik dalam hidup mereka. Namun, cantik juga adalah perkara yang subjektif dan berbeza pendapatnya bagi setiap lelaki. Jika ada lelaki memilih anda jadi temannya, percayalah anda adalah wanita tercantik di mata dia.




Lelaki ingin cari wanita yang setia

Lelaki sentiasa berimpikan memiliki seorang wanita yang setia. Bagi mereka, wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan berada di samping mereka ketika susah dan senang.

Lelaki ingin cari wanita yang yakin pada dirinya

Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya. Bagi seorang lelaki, kepercayaan dan keyakinan dari wanita yang mencintainya adalah penting. Bagi mereka, wanita yang yakin pada diri mereka akan membuatkan mereka lebih semangat.


Lelaki suka wanita yang berfikiran terbuka

Sekarang adalah zaman moden dan berfikiran terbuka antara kriteria yang di cari oleh lelaki zaman sekarang. Bagi mereka, wanita yang berfikiran terbuka lebih senang untuk di jaga dan di belai.

Cinta, Apa Buktinya?

Ya, kita 'tahu' kita perlu mencintai Allah SWT. Tapi adakah kita 'faham' dan 'jelas' samada kita sudahpun mencintai Allah SWT ataupun belum? Apakah bukti kita mencintai Allah SWT? Mari ikuti 'checklist' berikut untuk mengenalpasti sejauh mana kita meletakkan Allah SWT menempati cinta paling utama di hati kita.

1. Segera Menyahut Call Daripada-Nya.

"Allahu akbar! Allahu akbar!" Allah SWT memanggil. Tika itu kita sedang asyik menonton rancangan kegemaran. Apa selalunya reaksi kita pada panggilan-Nya?

"Di atas nama cinta pada yang selayaknya...kunafikan yang fana..." Melodi handphone pula berirama. Tika itu kita sedang sibuk studi sebab esok final exam. Kita tangguhkan atau kita segera mengangkatnya?

Bukti cinta, letakkanlah Kekasih Agung sebagai prioriti. Letakkan keinginan kita sama dengan keinginan Kekasih, tidak bertentangan. Jika Allah SWT ingin berjumpa, tunjukkanlah kita juga ingin berjumpa Allah SWT. Malah, apa yang kita inginkan pun ditanya kepada Allah, bukan berasal daripada diri kita sendiri.

Misalnya, keinginan memilih pakaian. Wajarkah orang yang cinta kepada Allah SWT berkata begini: "Aku tak nak pakai tudung ke, nak pakai jeans ke, tak pakai apa-apa ke, suka hati akulah." Sudahkah ditanya kepada Allah SWT, pakaian bagaimanakah yang Allah SWT suka? Jika Allah SWT diletakkan sebagai kekasih, tentulah kesukaan-Nya yang akan kita utamakan.

Orang yang egois, suka dirinya disanjung dan dipuja tapi tidak suka menyanjung dan memuja. Dia mahukan Allah SWT mengikuti keinginannya tetapi dia tak suka mengikuti keinginan Allah SWT, enggan melakukan apa yang Allah suruh. Benarkah kita cinta kepada Allah SWT tatkala kita memaksa Dia memakbulkan doa-doa kita sedangkan hidup seharian kita asyik bergelumang dosa tanpa taubat?

2. Memberi Perhatian Kepada SMS dan Email Daripada Allah.

Kecintaan Rasulullah SAW dan para sahabat nampak jelas buktinya apabila mereka sangat cintakan al-Quran. Al-Quran itulah SMS dan Email daripada Allah SWT supaya kita perhatikan selalu.

Generasi awal membudayakan al-Quran dalam hidup seharian. Apabila saling bertemu, mereka suka minta dibacakan al-Quran untuknya.

Rasulullah SAW pernah meminta Ibnu Abbas membacakan al-Quran untuknya. Kata baginda, "Bacakan al-Quran kepadaku."

Ibnu Abbas lalu membaca sehingga ke surah An-Nisa': ayat 41. Rasulullah SAW minta dicukupkan kerana tidak tahan menanggung air mata sebak. (Rujuk HR BukhariMuslim).

Suatu malam, Rasulullah SAW melewati rumah Abu Musa al-Asya'ri yang sedang membaca al-Quran dalam solat malam, Rasulullah terus terpegun dan menangis. (HR BukhariMuslim).

Suatu saat Abu Musa al-Asya'ri datang kepada Umar. Umar berkata,"Ingatkan kami kepada Tuhan kami." Lalu al-Quran dibacakan. Umarpun menangis.

Jadi, jika benar kita cintakan Allah, cintailah juga kalam-Nya. Ajaklah kawan-kawan kita membudayakan al-Quran. Biar al-Quran menjadi perbualan harian dan mimpi malam kita. Jadikan kerinduan menatap al-Quran lebih mendalam daripada kerinduan menatap sms, email dan facebook.

3. Memandang MMS-Nya Selalu.

Memandang MMS Allah? Aik, macam mana tu? Ya, kita tidak dapat memandang zat Allah yang Maha Tinggi di dunia. Namun, kita masih boleh memandang 'kebesaran-Nya'.

Allah SWT sudah hantar MMS pada kita. Lihatlah pesona alam yang menghijau, lihatlah gumpalan awan yang memukau, lihatlah gelora laut yang membiru dan lihatlah kehidupan yang penuh ranjau. Semuanya membentangkan sifat-sifat Allah SWT yang Maha Agung, Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Penyayang.


Semakin direnung, semakin diri terasa kerdil. Tatkala diri terasa kerdil, akan timbul rasa pergantungan pada Yang Maha Besar. Tika rasa ingin memandang-Nya makin kerap menjengah hati, ia suatu bukti kita semakin cinta kepada Ilahi.

 4. Malu-malu Saat Dating dengan-Nya.

Anda pernah bertembung mata dengan seseorang yang dikagumi agama dan akhlaknya? Rasa malu tak? Biasanya, hanya terdaya memandang sepintas lalu sahaja.

Anda pernah dirisik atau bertunang? Bagaimana perasaan saat direnung bakal ibu mertua? Hmm, rasa ingin tunduk sampai mencium lantai, kan?

Bagaimana pula saat berhadapan dengan 'orang besar' atau Raja? Sanggupkah kita membiarkan mata melilau ke mana sahaja? Sudah tentu kita memfokuskan perhatian kepadanya dengan kepala yang sedikit menunduk. Betul tak?

Kenapa? Kerana dorongan rasa malu dan kerana kita meletakkan mulia pada kedudukan orang yang memandang kita itu. Allah SWT pernah memuji kesempurnaan adab kekasih-Nya, Muhammad SAW pada malam israk mi'raj. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Penglihatanya (Muhammad) tidak berpaling (fokus) dari yang dilihatnya itu dan tidak pula melampauinya (tidak memandang dengan tajam)." (An-Najm: 17).

Bukankah saat solat itu adalah saat kita dating malah kadang kala itulah saat kita berkhalwat dengan Allah SWT? Jika benar kita cintakan Allah SWT, buktikan dengan menjaga adab memandang di dalam solat. Rasulullah SAW melarang kita solat sambil memandang ke atas. Berdiri di hadapan Allah SWT, kita mestilah berdiri tegap, menundukkan kepala dan memfokuskan pandangan ke tempat sujud.

Hakikatnya, Allah SWT bukan sahaja memandang kita di dalam solat, bahkan setiap saat. Sama-samalah kita menjaga rasa malu pada-Nya sebagai bukti kita cintakan Dia.

5.Sentiasa rindu dan ingat pada -Nya.

Wujudkah cinta tanpa rindu? Jika benar kita mencintai Allah SWT sebagai cinta agung, Dialah yang sepatutnya paling kita rindui.

Bagaimana merindui suatu yang kita tidak tahu zat-Nya? Bersabar dan berharaplah saat-saat indah dapat menatap wajah-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Barangsiapa rindu dan berharap pertemuan dengan Allah,

maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang." (Al-Ankabut: 5).

Rindu pada Allah SWT terubat seketika apabila kita menghadiri majlis ilmu yang mentauhidkan Allah SWT. Rindu pada Allah SWT juga terbias pada rindukan al-Quran, rindukan tahajjud, rindukan orang-orang soleh dan rindukan kebenaran.

 6.Banyak Menyebut-nyebut Nama-Nya.

Apakah topik perbualan harian kita dengan kawan-kawan? Soal artis? Soal drama TV? Soal pelajaran? Soal si dia?

Kalau kita cintakan Allah SWT, apa kata, kita sama-sama jadikan Allah SWT sebagai perbualan harian. Ingin berbicara topik apa sahaja, pastikan Allah tidak lekang di bibir dan dikaitkan bersama. Mudah sahaja, contohnya:

"Alhamdulillah, Allah izin saya dapat juga A- dalam subjek ni."

"Dia sedang mengumpat saya! Tak mengapalah, Allah ada. Allah akan bela saya."

Selalunya, dalam kesusahan, atau tika ditimpa bahaya sahaja, orang mudah kembali ingat pada Allah SWT. Beruntunglah orang yang sering mengingati Allah SWT di saat senang, nescaya Allah SWT akan mengingatinya di saat susah.

Ingatan pada Allah SWT terzahir juga pada banyaknya zikir. Ada 4 tingkat zikir menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah iaitu:

1) Tertinggi: Berzikir dengan lidah dan hati yang sama-sama merasai. Hati lebih-lebih lagi menikmati.

2) Berzikir dengan lidah dan hati tapi tidak merasai.

3) Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan merasai.

4) Berzikir dengan lidah sahaja, hatinya lalai.

Samada zikir kita di tingkat pertama atau keempat, Allah SWT tidak akan mempersiakan setiap zikir hamba-Nya ini melainkan diberikan pahala. Begitulah Allah SWT menghargai setiap rindu dan ingatan kita pada-Nya. Adakah kita juga menghargai Dia?

 7. Bersabar dengan Ujian Allah

Lumrah cinta akan ada ujian. Ujian itu bagi mengenalpasti setakat mana dalamnya cinta. Kadangkala kita melalui beratnya ujian, tidak tertanggung rasanya. Ketahuilah, seberat manapun ujian kita, kita tidak pernah diuji supaya menyembelih anak sendiri atau meninggalkan insan tercinta di padang sahara. Kita juga belum lagi diuji dengan lemparan batu, sanak-saudara memboikot dan membenci atau berperang menentang musuh.

Ujian-ujian yang besar ini menjadikan para Nabi istimewa di mata Ilahi. Jadi, kalau benar kita cinta pada-Nya, usah mengharapkan hidup tanpa ujian. Usah juga meminta-minta ujian yang lebih besar . Berdoalah agar diberi kekuatan menghadapi apa jua ujian dari-Nya. Dia lebih tahu ujian mana yang layak bagi kita. Apa yang perlu diingat, Allah SWT sengaja menguji kita untuk mengenal dan membuktikan siapa yang lebih mencintai Dia.

 8.Mencintai Segala Sesuatu yang Berkait dengan Allah.

Jika sudah terpikat, melihat atap kolej si diapun sudah mengubat. Apa-apa sahaja yang ada kaitan dengannya memberi rasa debaran di dada. Malah, perkara yang ada kaitan itupun terasa istimewa. Begitulah lumrah cinta.

Apakah pula bukti kita terpikat pada cinta Allah SWT? Sudah tentu apabila kita mencintai sesuatu yang ada kaitan dengan-Nya, itu bukti kita ingin lebih akrab dengan-Nya. Contohnya kerinduan muslim kepada Kaabah kerana Kaabah adalah baitullah (Rumah Allah). Maka, Kaabah juga dirasakan istimewa. Itu suatu bukti cinta.

Jika masih belum mampu meluah rindu di Kaabah, manfaatkan rumah-rumah Allah yang berhampiran kita. Jangan biarkan masjid dan surau sunyi tanpa kunjungan para pencinta. Buktikanlah cinta kita pada-Nya.

 9. Luapan Perasaan Luar Biasa Saat Berhubungan dengan Allah. (Khusyuk).

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Sungguh, orang-orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah, akan gementar hati mereka, bila dibacakan ayat-ayatnya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya, dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakkal."(Al-anfal:2).

Mendapat khusyuk amat sukar. Namun kita masih mampu berusaha mendapatkannya. Semoga amalan kita tika ini lebih baik daripada yang tadi. Sentiasa lakukan yang lebih baik untuk mencapai yang terbaik.


10. Cemburu

Cemburu dan cinta tidak dapat dipisahkan. Tanda cinta kepada Allah SWT, kita akan cemburu apabila ada orang yang lebih mencintai kekasih kita hingga kekasih kita juga lebih cinta kepadanya. Ianya cemburu yang positif bukan cemburu yang dibiarkan bertukar menjadi fitnah.

Cemburulah kepada orang yang lebih berilmu, ulama', dan orang yang lebih banyak beramal. Bukan cemburu kosong tapi dalam rangka untuk mencontohi mereka. Dalam solat pula, cemburulah kepada orang yang solatnya lebih awal waktu, dapat berjemaah, dan solatnya lebih khusyuk kerana dia lebih mendapat perhatian Allah SWT ketika itu.

11. Berusaha keras meraih redha Allah.

Seterusnya, bukti kita mencintai Allah SWT ialah apabila kita sanggup melakukan apa sahaja demi menggapai redha Allah SWT. Ada 3 kondisi pencinta menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah iaitu:

1)Berat hati untuk mencintai namun dia memaksakan diri.

2)Cinta makin menguat dan dia patuh.

3)Cinta menetap di hati dan dia sanggup mengorbankan apa sahaja.

Cinta kita kepada Allah di tahap mana? Apapun tahapnya, mulai saat ini, buktikanlah kepada Allah SWT, kita sangat cinta pada-Nya. Jom!

CREDIT ARTIKEL : ILUVISLAM

26 March 2012

Ciri-Ciri Blog Yang Pembaca Tak Suka

Post ni dah lama sebenarnya. Baru terbaca hari ni kat blog Firdaus Kasim . Dan nama cik emma pon boleh tersesat dalam entry tu..hihih... Post dibawah di ambil dari status facebook Ben Ashaari . Di mana semua berdebat tentang blog yang membosankan ataupun blog orang tak suka nak ikut . Check it out. Semoga boleh memperbaiki kekurangan blog kita  :


  • Roshima Shella Hamzah : "Gambar tak penting sgt.. Isi entry tu yg penting"
  • Akmall Razlan : "Kalau i...i tak kesah la blogger nak tulis pasal apa2 pun.. sebab tu hak persendirian.. tapi ada yg tak best... sebab mcam lambat loading (berat katne pun tak tau)... banyak animasi...ada muzik (pantang betol)...adeehh.... kualiti ke tidak entry tu i tak kesah...lama2 okay la..tol tak?
  • Ben Ashaari : "suka baca blog yang ringkas dan cepat loading... hehehe"
  • Riben Putih : "Blog cite sal gosip artis..ade tulisan blink2~ , entri copy paste~ sigh
  • Roshima Shella Hamzah : "Yes. Biar blog simple tp kemas. Yang penting cpt nk loading. Saya xsuka blog yg lama gila nk loading.. Penat oi tggu.."
  • Qaseh Nilamsari : "isu semasa..blog yg mengajak kite berfikir..."
  • Roshima Shella Hamzah : "Widget2 tu yg wat blog berat.. Dlu blog sy mmg sarat ngan widget..adehh..skrg pn trasa lmbt lg nk loading"
  • Suria Lekatlekitgurl : "tak kira apa tema cerita dlm blog tu janji penyampaian dia menarik, matang, ada pengisian & tak bergimik dengan tajuk2 panas semata2.."
  • Qaseh Nilamsari : "paling best baca blog yg boleh bawa kite terbang ke alamnye..camne nak cakap eh..penceritaan yg baiklah..macam kite ikut sekali dalam hidup dia..
  • Milo Ais Tabur : "bila ada lagu autoplay...mengganggu..bila ada burung terbang2..hehe"
  • Sis Syira : "salam abg ben =)... 1. bosan bila asik citer pasal bf/gf 2. asik citer pasal kuku patah, bibir kering, n etc 3. blog lambat loading, lagu non stop, ayat siap campur2--maki ada, lucah ada--kasar ada--n etc... hehe
  • Zack Entry : "apa yang bosan adalah tunggu loading sesebuah blog yang berat..dah refresh 4 5 kali pun tak habis loadingnya.."
  • Engku Sofia : "tak eja betul, pastu lighting blog malap, tulisan xleh baca .. coz tenggelam dlm colour background dan banyak sangat animasi ! serabut....
  • Rosalina Mohd Ayob : "kebanyakannye, problem loading lambat..haa,pe lg??buang la widget2 xpenting!!hahahaha..
  • Lolly Luvfareda : "BLOG YG GILA SKEMA HAHAHAHAH MENCIK."
  • Milo Ais Tabur : lg satu, tak suka blog yang ditulis shortform..aq, tak pun bahasa eww.. gilew, sukew.."
  • Muhammad Aliff : "semua blog suke je baca tapi blog ada lagu tu yang merencatkan bacaan then terus cabut muaheeee.."

Majoriti daripada komen di atas ramai yang tak suka langsung dengan blog yang lambat loading and penuh dengan widget yang tak berfaedah... cik emma kalo masuk blog macam tu lambat sangat nak loading..terus close tab... sorry lah yer :p

23 March 2012

Follower ke 900 #Review

Assalamualaikun wbt....

Allhamdulilah.. hari makin hari follower semakin bertambah. Walaupon tak ramai cik emma bersyukur, bukan senang orang nak follow blog kita kan..

Siapa dia follower ke 900 tu ye??

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

jom tengok blog Haruno Hana

Selamat Datang Ke Malaysia Youtube!



Youtube Malaysia! Secara Rasminya Dilancarkan
Dengan ini secara rasminya youtube malaysia dilancarkan dengan ini pengguna tempatan boleh melayarinya sejak semalam. Dengan logo versi Malaysia jika anda membuka laman sesawan youtube di Malaysia ianya lebih memberik kelibahan kepada pengguna malaysia itu sendiri untuk mempamerkan bakat2 baru atau membuat video blog dan sebagainya.




Bersama-sama dengan pelancarannya, beberapa syarikat media tempatan, seperti Astro Malaysia dan KRU Studios turut sama telah bekerjasama dalam membawakan kandungan mereka melalui YouTube, manakala dari segi pengiklan tempatan pula, YouTube telah pun mendapat beberapa nama besar, termasuk MAS, Maxis, dan sebagainya. Kini pengguna youtube di Malaysia boleh layari www.youtube.com.my untuk lebih banyak  video yang di muat naik dari pengguna2 Malaysia.

Tahniah buat Youtube Malaysia. Lepas ni lagi banyak la artis Youtube :p

MegaGiveAway by Penmerah.com



Assalamuaikum.. Arini emma nak join GA dari blog penmerah.com .
Ada 60 hadiah untuk dimenangi. Wahhh.. sapa la yg bertuah tu kan?? Rugi kalau tak join,mana tau kot2 cik emma di antara 60 yg bertuah tu..hihih.. meh la join tekan banner cik adik manis kat atas tu erkk :)

Tag

Maxis Memperkenalkan Pelan Prepaid Baru- Hotlink BAGUS!!

Maxis telah pun memperkenalkan pelan pra-bayar baru mereka kepada semua, dinamakan sebagai Hotlink Bagus, menawarkan kadar panggilan dan SMS yang rendah, disamping beberapa kemaskini harga dan tawaran untuk para pengguna pra-bayar Maxis.

Melalui pakej yang ditawarkan oleh Hotlink Bagus, ia membolehkan para pengguna menikmati panggilan pada harga serendah 12 sen seminit, 1 sen SMS, penggunaan data pada kadar hanya RM2 untuk 100MB sehari, dan penjimatan untuk panggilan ke luar negara.


Untuk sebahagian pengguna, seperti pengguna Maxis Youth Club dan sebagainya, harga tersebut mungkin tidak nampak jauh beza. Namun, dari segi pelan data yang diperkenalkan oleh Maxis, ianya membawakan beza harga yang jauh berbanding sebelum ini.

Pelan Maxis Bagus ini boleh digunakan oleh para pengguna sedia ada Hotlink dengan mendail *108*21#, dan akan dikenakan caj pemindahan pelan sebanyak RM1, manakala para pengguna baru, boleh mendapatkan pakej SIM Hotlink Bagus daripada kedai telekomunikasi berdekatan mereka.

sumber : http://amanz.my/

20 March 2012

Bersama Selamanya

Assalamualaikum...

Dalam hidup ni banyak sangat dugaan yang kadang2 tu rasa berat sangat nak lalui. Kadang2 hati sakit mendengar cemuhan orang, ya kalau teguran yang membina aku boleh terima. Tapi tak semua apa yang aku nak buat perlu ada campur tangan orang lain. Boleh tertekan jugak aku.

Allhamdulillah, aku bersyukur ada keluarga yang begitu sayang kat aku. Aku tak tau la macam mana hidup aku tanpa depa. Aku mengaku aku banyak bergantung harap kat depa.

Haihh.. macam mana nak kahwin ni sehari dua tak jumpa mak pon aku dah rindu. Walau macam mana pon aku tetap kena berdiri di kaki sendiri. Dah banyak rasanya aku menyusahkan keluarga aku.

Uihh.. panjang lebaq pulak aku cerita hari ni.. dah2 takmo sad2.. tadi petang aku mak, abah dengan kakak aku pi memancing, aku tak mancing pon tengok ja. Mak ngan abah aku memang minat mancing dari dulu lagi.

Inilah Kakak,Mak dan Abah aku.(aku ada 9 beradik semua :))
 Aku makin tembam ^_^

Sebelum balek tadi singgah dulu KR1M :)

Sorry la entry tah apa2. Campoq aduk rojak semua cukup. Hahaha.. Yang pastinya ampa kena tau, ceq ni sorang yang emo perasaannya. :p


-wassalam-

19 March 2012

Black Mentor Suka Tayang Badan?


Penyanyi Black mengakui perubahan drastik pada fizikalnya yang semakin sasa telah banyak meninggalkan impak positif dalam hidupnya sejak setahun yang lalu.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 24, berkata dia berasa bahagia dan gembira dengan tubuh sasa yang dimilikinya itu kerana telah meningkatkan keyakinan dirinya berbanding sebelum ini.

“Saya sangat suka dengan tubuh saya kini. Usaha saya melakukan senaman sejak setahun yang lalu telah membuahkan hasil. Ia memberikan kebahagiaan buat saya.

“Jika sebelum ini, saya sering berasa rendah diri, kini saya semakin yakin khususnya ketika berdepan dengan peminat atau tempat umum,” katanya.

Black berkata, perubahan fizikal itu turut membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai terutamanya ketika dia bersukan dan bermain bola sepak.

“Percaya atau tidak, ramai yang memberikan respons yang positif pada tubuh saya. Sejak bertubuh sasa, saya semakin yakin untuk menayangkan badan di khalayak umum selepas bersukan atau bermain bola sepak.

“Ada juga peminat perempuan dan lelaki yang mengusik tetapi saya tidak kisah kerana ia adalah perkara biasa,” katanya yang menolak dakwaan perubahan fizikal itu membuatkan dia bersikap bangga diri.

Dalam perkembangan lain, Black berkata kolaborasi bersama kumpulan Meet Uncle Hussain yang menubuhkan kumpulan Black Parallax untuk program Versus adalah bagi membuktikan dia boleh menyanyi bersama sebuah kumpulan.

“Selama ini, orang kenal saya sebagai penyanyi solo. Menerusi program Versus, saya mahu buktikan kepada peminat akan kemampuan saya beraksi dengan sebuah kumpulan.

“Ia juga untuk memberitahu bahawa saya masih aktif dalam bidang nyanyian,” katanya yang bakal berduet dengan seorang penyanyi lagenda dalam masa terdekat.

Selain kumpulan Black Parallax, Versus akan mementaskan empat lagi kumpulan muzik iaitu Hujan, Sofazr, Sixth Sense dan Go Gerila (gabungan Aizat Amdan dan Amir Jahari).

Ia akan disiarkan bermula 13 April depan selama lapan minggu, pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam di TV9 dan stesen radio Hot FM.

Layari laman web rasmi www.tv9.com.my/vs untuk info lanjut.

13 March 2012

Jadikan Handphone Sebagai Modem Internet



Topik kali ini saya rasa amat unik dan mungkin anda semua boleh mencubanya. Terdapat dua cara untuk menggunakan telefon 3G anda mengakses ke internet. Fisrt, dengan menggunakan Bluetooth Hp dan Blutooth Laptop anda. Second, dengan menggunakan USB Cable yang khas untuk handphone anda ke laptop/komputer.

Walau bagaimanapun, di sini saya akan ceritakan tentang cara yang pertama tadi sahaja iaitu menggunakan Bluetooth. Langkah2 di bawah mungkin berlainan bagi setiap telco (maxis, celcom) dan model telefon, tapi at least anda akan mendapat sedikit idea tentang cara setup 3G HP sebagai modem.

Langkah 1 : ‘On’kan Bluetooth pada Hp anda.
Pada HP 3g anda, pergi ke bahagian Setting -> Menu -> Connections, dan klik ikon Bluetooth. Setkan juga phone’s visibility ke “Show to all”. Seterusnya, namakan juga telefon anda di Preference, bahagian “Your Phone’s Name”.

Langkah 2 : Setup Bluetooth pada laptop anda

1. Klik Start -> Control Panel -> Bluetooth Devices. Klik Add… Seterusnya akan terpapar Add Bluetooth Device Wizard.

2. Tandakan “My device is set up and ready to be found” dan klik Next.

3. Wizard akan mencari device Bluetooth yang available dan dipaparkan mengikut susunan. Sekarang, pilih device yang baru di jumpai itu dan klik Next.

4. Anda akan menjumpai skrin Passkey Setup. Sila tandakan “Let me choose my own passkey dan masukkan apa2 passkey anda (seolah2 password) dan klik Next.

5. Anda akan melihat device Bluetooth anda diinstall. Setelah selesai, anda akan ditanya, “Add to My devices?”, klik Yes. Masukkan Passkey yang sama dalam langkah 4 tadi, dan klik OK. Instal Bluetooth akan bersambung.

6. Klik Finish untuk habiskan wizard Add Bluetooth Device.

Langkah 3 : Setup New Connection pada Laptop anda.

1. Pergi ke Control Panel -> Network Connections, pada panel kiri, klik Create a new connection.

2. Anda akan melihat New Connection Wizard window, klik Next.

3. Terdapat beberapa option untuk connection, sila pilih Connect to the Internetdan klik Next.

4. Kemudian pilih “Set up my connection manually” dn klik Next.

5. Pilih “Connect using a dial-up modem” dan klik Next.

6. Pada skrin Device selection, pilih Modem – Bluetooth DUN Modem (COM21), dan klik Next.

7. Masukkan nama ISP dan klik Next.

8. Masukkan no telefon ISP. Dalam kes ini saya gunakan Maxis, *99#. Kemudian, klik Next.

9. Untuk Connection Availability, tandakan Anyone dna klik Next.

10. Masukkan username dan password anda, serta confirmkan password. Klik Next.

11. Seterusnya, tandakan “Add a shortcut to this connection to my desktop”, dan akhir sekali klik Finish.

Tahniah anda baru sahaja setup HP 3G anda sebagai modem laptop. Seterusnya anda boleh gunakan internet anda seperti biasa selepas mendail connection.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Tapi ada cara yang paling senang. Kalau anda gunakan usb cable, anda boleh terus sambungkan internet connection anda dengan PC. Macam saya, saya langgan mobile internet. Kalau tak salah la nak langgan broadband internet pun boleh. First time saya try gunahandphone sebagai modem. Laju jugak connectionnya :)

12 March 2012

FREE INTERNET GUNA OP7NEXT FOR MAXIS CELCOM

Opmin nie bukan opmin ghandler, so korang tak payah nak setting macam kat opmin4.2. just connect terus dengan Connection Maxis 3GWAP or Celcom WAP...




bagi handphone s40 sila download file prov ni saja. Lepas dah bukak opmin tu, just tunggu sehinnga connection test selesai. then korang accept andboleh surf opmin tu :)

sebarang pertanyaan add saya kat facebook atau twitter..

wassalam

Dapat Buffered Earning lagi!! Love u Nuffnang

Assalamualaikum...

Setelah hampir 3 bulan blog aku sepi tanpa kunjungan pembaca, akhirnya bulan nie blog aku sudah mula menjadi perhatian. Allhamdulillah, walaupun tak banyak aku bersyukur. Dan aku telah mendapat penghargaan dari nuffnang tersayang!! Aku pun tak ingat dah BE yang ke berapa aku dapat kali nie.. Tapi dah memang pernah dapat sebelum nie :)

Salah satu untuk mendapatkan BE dari nuffnang  blog kita harus mendapat kunjungan sebanyak 300uv ke atas...kalau tak salah la... aku rasa entry MAXIS FREE INTERNET GUNA OPERA MINI nie la yang mendapat kunjungan terbanyak bulan nie...

Aku teringin nak cash out duit dari nuffnang aku.. Tapi tak cukup lagi la..hahaha... cotek lagi..... tak pa la..pelan2 , Insya-Allah satu ari nanti aku dapat jugak cash out duit tu....


Kali nie aku dapat BE dari Celcom Love Music....Okay la tu je kot yang aku nak kongsi arini :)

wassalam

09 March 2012

SEGMEN :JOM SERTAI SENARAI BLOG TERBAIK 2012 !

 -SEGMEN DITUTUP-
Assalamualaikum wbt...

Sat ja masa berjalan. Dah masuk bulan March 2012 dah pon. Dok tengah blogging nie baru perasan yang kat sidebar emma tak ada bloglist. So, emma nak buat bloglist untuk blog emma. Sekurang2nya dapat jugak emma terjah blog lain :)

Link2 korang emma akan letakkan dalam satu senarai bloglist. So, bila2 masa emma update korang boleh bw dan follow terus tanpa meraih simpati kat ping group or sebagainya. Bukan tak boleh, boleh, cuma cara ini lebih mudah dan tak menyusahkan korang..

Term Of Service :


  1. korang hanya perlu buat satu entry ringkas bertajuk SEGMEN :JOM SERTAI SENARAI BLOG TERBAIK 2012 !
  2. Tag 3 orang kawan blogger dan pastikan diaorang tahu tentang segmen ini.(tag lebih pun takpe..bila dah ramai yg masuk bloglist maka makin ramai lah yg akan terjah blog korang kan)
  3. Follow blog Cik Emma dan LIKE fan page Cik-Emma.Blogspot.Com (Tak wajib)
Macam mana segmen nie di jalankan?


Lepas korang dah tinggalkan link entry, emma akan masukkan korang dalam senarai bloglist khas utk segmen ini. Dan emma akan pilih 5-10 blog yg terbaik utk dimasukkan dalam sidebar bloglist emma dengan menggunakan perkhidmatan random.org secara manual dari cik emma sendiri. Okay kot? hihihi

Harap segmen ni dapat mengeratkan lagi silaturahim kita sesama insan :)

06 March 2012

Cara Nak Hack Handphone S60v3 &S60v5

Hack?? kenapa plak nak kena hack handphone?? ok... selalunya kalau kita nak install sesuatu benda dia akan jadi file not supported or not certificated..nak tau sebab apa? sebab handphone kita belum di hack lagi. Jadi kita tak boleh nak install unsigned file. Trik nie saya dah buat kat Nokia E72 saya, sebelum nie memang susah nak hack handphone, tapi sekarang dah ada cara yang lebih mudah. Thank to friend dari mygenkz yg banyak bagi tunjuk ajar sampai saya boleh hack handphone sendiri.

Firstly korang kena download dan install :

Extract dulu file tadi. Then install Norton. Dah install buka apps Norton tadi Go 0ptions- Anti Virus- Quarantine List -Go 0ptions- Restore all


Lepas dah restore tu keluar adri app norton then pergi kat apps  manager dalm handphone korang. Cari nama file SymantecSymbian Hack kemudian padamkan apps tu.

Ok. Sebelum tu korang kena download X-plore dulu..*(kalau dah ada bagus :p)
Dah install ker?? kalau dah.. bukak apps xplore then cari folder c:\shared\ paddam folder tu..hati2 tau.. pastikan padam folder c:\shared\ sahaja.

Bukak Rompatcher yang korang download dan extract tadi. (install dulu..klu tak install mana nak jumpa and buka apps tu :p) dalam masa yang sama buka apps xplore. Pastu pilih Apply patches Open4all (untuk akses penuh ke file system)

Pindahkan file installserver.exe ke derektori c:\sys\bin\kat sini (eg:c:\sys\bin\installserver.exe).
opps.. lupa nak bagi file installserver tu. ok download  installserver kat sini..

Kalau korang boleh grab apa yang saya ajar nie, dalam masa 5-10 minit jer korang boleh hack handphone sendiri. Tak payah rugi duit bawak gi kedai kan ??  Sorry kalau entry nie berbelit2.. tak pandai nak karang.. kalau korang tak paham tinggal jer komen kat bawah.. Insyaallah saya tolong :)

ok Bye

Change Standart Icon S60v3

Mungkin dah ramai yang tau cara nak ubah icon-icon aplikasi di handphone s60v3.
Mengubah icon aplikasi,kita mesti akan edit file*mif.
Saya nak share beberapa file *mif untuk icon aplikasi untuk handphone s60v3 saja. Sebenarnya dengan menggunakan tema saja sudah banyak yang akan berubah.

Sila tengok screenshot dibawah :

Screenshot 1


Screenshot 2


Nampak tak ada perbezaan antara gambar 1 dan gambar 2?
Ya.. Perbezaan itu terletak di icon Real Player.
Tidak ada tema yang boleh mengganti icon tersebut. Hanya ada patch yang boleh mengubahnya,tetapi tidak berjalan di beberapa jenis handphone.

Ini dia file *mif,untuk mengganti beberapa icon standart handphone s60v3.



Untuk menyimpannya,extract semua file *mif yang ada didalam folder zip tadi, ke folder C:\\Resource\\Apps atau ke E:\\Resource\\Apps.
Then Apply patc2z atau patch E2z di Rompatcher. Ikut dimana korang meletak kan file *mif tadi..

Contest Anniversary 1 Year Miss Nadya

Dapat Domain Free?


Assalamualaikum.. Rasanya dah lama tak join Contest or Giveaway. Bz sangat kebelakangan nie. So, dah ada masa free nie saya nak join Contest Anniversarry 1 Year Miss Nadya . Jom la join sekali yer :)


Syarat Contest, sila baca ::

  • Wajib ada Facebook & Blog tapi sunat kepada Twitter !! Hehehe..:D
  • Buat entry bertajuk Contest Anniversary 1 Year Miss Nadya backlink ke blog Nad
  • Copy & Paste Banner tak berapa nak lawa tu dan backlink ke entry ini..:)
  • Sunat Like Fan Page Nad atau Blog untuk mengetahui pemenang nanti sebab Nad tak cari pemenang macam contest Nad dulu taw.. **Tak nak like dan follow tak apa tapi kena ALERT**
  • Wajib like Kelab Suggie Malaysia ( Sugar Glider ) dan wajib like gambar Code no : 4001 dan share untuk promot gambar Sugar Glider Nad tu..:)
  • Dah siap ? Hantar entry kat sini dengan bagi link blog korang & link facebook anda untuk Nad tengok korang share atau tidak.. *Padahal Nak Add korang je..*
  • Hadiah akan di pilih melalui random.org mungkin.
  • Tag 2 kengkawan blogger untuk meraikan dan menjayakan contest ini..:)
Tag beliau2 ini : 

Goodluck Cik Emma.. Hehehehe :p

MAXIS FREE INTERNET GUNA OPERA MINI


new update 28/09/2012 !!!!

Rasanya ramai dah kot yang tau pasal nie. Saya pon dah lama guna benda nie. Banyak lagi trik yg saya dapat terutamanya dari mygenkz  kat google pun dah banyak tentang trik nie. So, saya nak kongsi la apa yang saya tau.

Firstly korang kena ada benda ni dulu :
(Sila download opera mana yg korang nak)



Unttk trik ini,korang guna je setting MAXIS 3G WAP. Macam mana nak dapat setting?

Taip 3GWAP jenama handphone model handphone(Cth:3GWAP NOKIA E72) pastu hantar ke 22333.

Atau,korang dail *100#→Internet dan Tetapan→Tetapan→Tetapan→pastu pilihlah model handphone korang.

Next step, buka opera yang korang download tadi.Kalau Untuk Opera Mini v7 handler korang hanya perlu masukan setting berikut di dalam box front query :


maxis.mobby.me.turbo-1.beta.opera-mini.net:80/

Isi yang tu jer yang lain biarkan jangan pedulik :P
Trik ini simple dan yg bestnya,BOLEH DOWNLOAD ! !

Sebaiknya guna time kredit RM0,sebab takut kena telan pula nanti.

The iPhone 4S is finally here! Choose a Maxis iValue plan that's right for you!


Setting untuk opera mini 4.2


Buka opera mini 4.2 tadi. Masukan setting kat bawah :


HTTP Server: http://maxis.mobby.me.turbo-1.beta.opera-mini.net:80/
SOCKET server: socket://maxis.mobby.me.turbo-1.beta.opera-mini.net:1080/
Front Query: maxis.mobby.me.ip.pouri22.heliohost.org/cgi-bin/nph-pp.cgi/20/http
Remove port:  tanda
Proxy Type: host
Proxy server: 202.75.133.49


Okay tu saja yang saya nak kongsi arini. Kalau ada apa2 pertanyaan boleh tanya kat fb saya :)

AdsDapat domain percuma?

Ella Dah Nak Kahwin?


Ratu rock Malaysia, Nor Zila Aminuddin atau lebih dikenali sebagai Ella dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya di mana dia dilihat menghadiri kursus kahwin bersama dengan pembantu peribadinya di Masjid Taman Tun baru-baru ini.

Ketika ini, heboh di blog-blog gosip hiburan Ella bakal bernikah dengan seorang jejaka yang hanya dikenali dengan ‘A’.

Seperti dalam ruangan gosip Gua.com, Ella masih lagi enggan mendedahkan jejaka ‘A’ yang berjaya menambat hatinya dan dikatakan jejaka itu sangat sepadan digandingkan dengan Ella.

Jejaka ‘A’ itu sudah pun mempunyai kerjaya yang kukuh dan mereka pernah mempunyai hubungan cinta suatu ketika dahulu.

Namun, hubungan antara Ella dan jejaka ‘A’ itu terputus di tengah jalan dan membawa haluan masing-masing.

Tetapi, sudah seperti kata orang, kalau jodoh tidak akan ke mana apabila Ella dan jejaka ‘A’ itu kembali menyulam kasih hubungan cinta mereka dan dikatakan sedang melakukan persiapan untuk bersatu dalam tahun ini juga.

Jika benar khabar berita itu, semoga persiapan dan perancangan Ella untuk menamatkan status bujangnya menjadi kenyataan dan berbahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangannya.

Bercerita tentang dirinya, Ella yang sudah pun menjangkau usia 40-an mengaku mengamalkan beberapa petua untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badannya.

Dengan bentuk dan raut wajah Ella yang seperti tidak dimamah usia, jelas menunjukkan Ella masih lagi kelihatan muda walaupun usianya semakin meningkat.

Bagi Ella, dia sentiasa mengamalkan berfikir perkara yang positif dan melakukan senaman ringan di rumah walaupun dihimpit dengan kesibukan dalam menguruskan kerjaya seni.

“Berfikiran positif dan senaman merupakan jamu yang saya amalkan untuk terus kelihatan muda. Selalunya Ella akan melakukan senaman ringan di rumah ataupun berjoging. Bagi Ella, dengan senaman ia menjadikan diri kita lebih segar dan rileks. Macam mana sibuk sekalipun, Ella akan pastikan ada masa diperuntukkan untuk melakukan senaman,” kata Ella.

Kata Ella lagi, dirinya sentiasa memikir kata hati sendiri dan sentiasa tidak terlalu memikirkan kata-kata negatif orang-orang di sekeliling untuk mengelakkan diri menjadi stress.

05 March 2012

Mengapa Ada Sengketa Antara Kita

Assalamualaikum wbt...

Penat teramat sangat. Kerja balik lewat. Rehat pon tak berapa nak cukup. Tapi bila tengok muka2 comel kat sekolah nie terus rasa penat tu hilang. Suka dengan telatah budak2 :)

Korang pernah tak berselisih faham dengan orang yg tersayang? Tak kira la sama ada kekasih,family,kawan2 atau suami. Mesti ada kan? Sedangkan lidah lagi tergigit apa pulak kita manusia yg serba kekurangan.

Puncanya kadang2 terlalu remeh. Lepas tu mula lah mencari kesalahan orang lain. Sedangkan kesilapan tu mungkin dari kita sendiri. Sedar tak sedar hubungan yang rapat boleh jadi renggang.

Kalau kita nak sesuatu hubungan tu berkekalan,molek la kita sendiri yang beralah.. InsyaAllah takkan jadi perkara yg tak diingini.

03 March 2012

Risau Blog Dah Merodom

ohhhh...tidak... Sejak aku jarang-jarang mengupdate blog nie..pageview blog aku dah berkurang... Tah2 aku dah langsung tak ada dalam bloglist yg pernah letak aku dalam blog diaorang...

Sebenarnya hari2 aku nak update blog.. Tapi apakan daya lambat lagi nak ada laptop... Minat punya pasai pinjam dulu pc abang aku....siap update guna handphone tau!! Sebab takmau ketinggalan jauh... Sayang sgt dengan blog nie..walaupon jarang update,kuarang pengikut, jarang blogwalking, bulan 5 nie cukup dua tahun aku menjerumuskan diri dalam blog..lama jugak..orang lain tak sampai setahun pon dah ada beribu2 followers.. Kadang2 rasa cemburu jugak..huhuhu...

Tak pa.. Dari itu jgk la aku dpt semangat untuk terus majukan blog aku lepas aku dah dpt laptop aku sendiri. Insya-Allah penghujung bulan march nie...

Semoga hasrat selama lebih setahun ni akan menjadi kenyataan.

Blogwalking Seasons

Assalamualaikum..
 
     Haiiii..
 
Allhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah... Rezeki semakin murah sekarang nie... Insya-Allah.. hujung bulan nie dapat jugak laptop yg aku idam2kan sangat...hihihih...

  So, sempena meraikan keyukuran aku nie.. Aku nak ajak korang join blogwalking seasons nie..Apa dia ?? Okay, senang je.


  • Korang hanya perlu follow blog aku yg tak seberapa nie..
  • Then tinggalkan url blog korang kat entry nie..(sekali je tau..satgi fenin plak..haha)
  • Aku akan follow setiap blog yg tinggalkan url blog sahaja* Dan dalam masa yg sama korang leh follow blog2 yg tinggalkan url blog kat entry nie..


Senang je kan?? So, secara tak langsung kita akan blogwalking antara 1 sama lain... Ingat tau.. ini bukan segmen.. ini sekadar blogwalking... Blogwalking lah secara ikhlas ye :)


* Maaf atas pengunaan AKU dalam entry ini.. tidak bermaksud utk kurang ajar... *
 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma