Blog Cik Emma: 4/1/12 - 5/1/12

30 April 2012

SEGMENT: SERIOUS FOLLOW BACK

klik banner untuk ke blog penganjur

Kenapa cik emma join segmen ni??

Sebab cik emma nak dapat followers, pembaca dan pengomen terbanyak di blog cik emma.

Segmen ni langsung tak membebankan dan sangatlah mudah..siap ada hadiah lagi tu..

LOMO AQUAPIX

korang tunggu apa lagi.. moh le join sama ye :)

cik emma nak tag semua yang baca entry ni .

28 April 2012

Tutorial : Photoscape Illusion Image


Sila ikut step by step ye...

backlight > (+/-50 Default)

bloom> low

sharpen> 2

Bright.Color>saturation curve>
(tarik curve tu macam dalam gambar.)


filter> film effect> velvia middle




filter> distorts> illusion> 1

kalau dah jadi save ok.. kalau nampak mcm tak jadi tu kena ulang lagi la step by step....  :)

27 April 2012

SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI


Yeah segmen lagi...klik banner untuk join segmen ni.. tutup kul 9 malam ni...



Tolong klik link ni >>> KLIK SINI<<< dan tekan VOTE NOW :)

25 April 2012

Resepi : Apam Polkadot Versi Ladybird


Sumber gambar dan resepi >>>> DI SINI <<<<


Shomey sungguh aih apam Ladybird ni..nak makan pon rasa sayang ja sebba comey sangat.. sebelum ni cik emma dah pernah buat apam polkadot, tapi sayangnya tak sempat nak snap gambar. Cik emma ingat nak try resepi apam lady bird ngan angry bird plak la :p tu pon kalau ada masa. Sekarang ni nak kena bawak mak pi hospital. Mak pon tak berapa sihat sekarang, harap2 bila dah bawak buat rawatan susulan setiap hari nanti ,mak sihat la sikit. Insya-Allah.

Jom tengok resepi apam ladybird ni direct kat blog bakery2embroidery .

19 April 2012

RESUME.. beri persepsi awal majikan terhadap anda

Contoh-contoh resume


Perkara pertama yang perlu diberi perhatian sekiranya mahu memohon sesuatu pekerjaan ialah menyediakan resume untuk dikemukakan kepada majikan bagi melayakkan anda dipanggil temuduga. Resume berasal daripada perkataan Perancis adalah suatu medium bagi membolehkan majikan mengetahui mengenai diri seseorang pemohon, dalam erti kata lain ia memaklumkan mengenai kelebihan dan kelayakan pada diri individu itu. Resume bertujuan memperkenalkan diri anda sebaik yang mungkin tanpa menyatakan fakta yang salah atau palsu, bagi mengelakkan pemohon terperangkap apabila dipanggil menghadiri sesi temuduga. Lazimnya, penemuduga akan menyoal anda berdasarkan maklumat yang dinyatakan dalam resume. Seandainya maklumat itu palsu, penemuduga mempunyai teknik untuk mengenal pasti sama ada maklumat itu benar atau salah.
Ada juga pemohon yang merasakan mereka sudah memberikan resume yang terperinci dan mantap tetapi masih masih tidak dipilih dan langsung tidak dipanggil untuk sesi temuduga. Ini mungkin kerana anda tidak memenuhi kehendak hati si pemilih dan tidak menepati kriteria yang diperlukan syarikat terbabit. Mungkin juga melalui resume itu si pemilih mendapati anda tiada kelebihan atau kepentingan untuk syarikat itu. Apatah lagi bukan anda seorang kerana mungkin ada beratus atau beribu lagi calon yang memohon jawatan yang sama. Oleh itu, resume adalah amat penting bagi membuahkan kejayaan kerana ia medium perbandingan antara anda dan calon yang lain. Resume yang lebih menarik menjadi 'batu loncatan' bagi melepasi tahap pertama sebelum di temuduga. Ia juga menjadi persepsi awal majikan terhadap kebolehan dan kelebihan anda. Apa yang penting anda menghasilkan resume yang terbaik, ringkas tetapi padat dan menepati kehendak majikan.

Cara Membuat Resume...

  • Muka surat - Resume perlulah ringkas dan padat kerana pemilih tidak ada banyak masa untuk membaca.Resume yang terlalu panjang menyebabkan pemilih membaca sambil lalu saja dan terlepas isi yang mungkin penting.Disarankan anda menyediakan tidak lebih daripada 2 muka surat

  • Gambar - Gambar adalah persepsi awal pemilih mengenai calon. Oleh itu, melalui gambar, anda perlu tampil kemas, ceria dan bersemangat untuk menarik perhatian pemilih
  • Maklumat peribadi - Nyatakan maklumat yang sesuai dengan kerja dipohon. Paling utama, nyatakan nama, alamat, no.telefon, emel, faks dan sebagainya
  • Tujuan - Perkara paling penting tetapi biasanya diabaikan calon ialah menyatakan tujuan anda memohon jawatan itu dan kenapa mahu berkhidmat di syarikat berkenaan.Jangan malu memberitahu jawatan yang diidamkan dan bersesuaian dengan kelayakan anda.Tidak salah jika anda membodek majikan dengan menyatakan anda ingin menyertai syaraikat iyu kerana syarikat itu kerana imejnya yang baik
  • Pendidikan - Penting bagi anda memberitahu pencapaian akademik, tetapi janganlah pula sampai menyertakan keputusan PMR dan UPSR kerana ia tidak diperlukan.Cukup sekadar meletakkan keputusan SPM kerana majikan mungkin ingin tahu berapa pencapaian anda dalam Bahasa Inggeris.Paling penting nyatakan pencapaian anda di universiti.Letakkan kelulusan anda serta nilai CGPA yang diperoleh.Sebaik-baknya letakkan nilai GPA setiap semester
  • Aktiviti dan anugerah - Senaraikan aktiviti luar serta jawatan yang disandang. Sekiranya terlalu banyak, letakkan beberapa yang terbaik sahaja.Jangan malu meletakkan aktiviti yang biasa walaupun hanya sekadar penyertaan saja kerana ia melambangkan usaha anda untuk mencuba. Pengiktirafan dan anugerah anda dalam bidang akademik mahupun kokurikulum perlulah disenaraikan dalam ruang khas. Ini menjadi bonus kepada anda untuk menarik minat pemilih
  • Kemahiran dan kursus - Senaraikan kursus yang pernah disertai dan berkaitan kerja dipohon. Kursus ini akan menarik lagi hati majikan untuk menemuduga anda kerana anda ada kelebihan dari segi itu.Jangan lupa meletakkan sekali nama penganjur kursus itu kerana ia melambangkan kualiti kursus yang anda ikuti. Jika anda mempunyai kemahiran tersendiri, jangan segan silu untuk menyenaraikannya kerana ia jarang dimiliki orang lain
  • Kebolehan dan kelebihan - Kebolehan anda untuk melakukan sesuatu menjadikan syarikat lebih berminat pada anda. Kelebihan menggunakan dan berkomunikasi dalam beberapa bahasa sangat penting bagi seseorang pekerja yang mampu membuahkan hasil untuk syarikat
  • Pengalaman - Syarikat akan lebih memandang kepada seseorang yan memiliki banyak pengalaman dalam pekerjaan dan berkaitan dengan kerja yang dipohon. Tetapi biarlah anda menyenaraikan pengalaman yang bersesuaian dengan kerja dipohon bagi menonjolkan kualiti diri anda
  • Gaji - Letakkan gaji yang sesuai dengan kualiti dan jawatan anda. Permintaan gaji yang terlalu tinggi boleh menyebabkan anda gagal melepasi sesi temuduga.Selidik dulu gaji pokok syarikat terbabit yang selaras dengan pengalaman kelayakan dankerja dipohon
  • Rujukan - Sekurang-kurangnya letak dua nama yang boleh dijadikan rusuk dan mereka saudara mara. Ia hendaklah yang mempunyai jawatan yang baik dan tinggi bagi memprkuatkan lagi kelayakan anda untuk dipilih temuduga. Letakkan maklumat seperti nsma,no.telefon, emel, faks, jawatan dan alamat


Contoh-contoh resume



Tips membuat resume  [link]

Allhamdulillah..dapat Buffered Earming lagi...



Baru jer dapat BE.. belom cash out pon.. bukan nia nak menunjuk... cuma nak berkongsi kegembiraan.. bulan mac dan april cik emma dapat 4 Buffered Earning..

Bukan senang tau nak dapat kepercayaan dari nuffnang.. nampaknya nuffnang menghargai blog cik emma walaupun blog cik emma tak la sehebat blog2 yang lain.. rasa. sangat bertuah bila di hargai.. Ramai lagi pengiklan yang tunggu BE masuk dalam nuffnang mereka..


Cik emma harap tak lama lagi boleh la cik emma buat transaction.. Insyaallah.. setelah hampir dua tahun menghabiskan masa dengan blog.. Akhirnya tercapai jugak impian untuk dapat pembaca yang sudi singgah ke blog cik emma.. dan terima kasih jugak pada yang sudi klik ads nuffnang cik emma..tak lupa juga pada blog advertising yang paling famous seantero dunia iatu nuffnang. Kalau boleh nak lagi la yer :)


Cik emma ada create poll.. rajin2 tolong la bagi survey ye kat poll cik emma yang ada kat sebelah sidebar blog tu ek.. hehehe.

18 April 2012

Tutorial : Letak Button Follow Twitter Di Blog

Mesti ramai yang cari cara nak buat button follow twitter ni ka? ape dia button follow tu?? tengok kat bawah... follow sekali tau :)






korang pergi kat link nie >> KLIK NI TAU!!

Lepas tu , korang letak username twitter korang .. Macam ni ..


lepas tu korang copy code tu dan paste kat HTML/Javascript....

Dah siap....save je la... Jangan lupa follow cik emma :D

14 April 2012

CIK EMMA : 5 BLOG PILIHAN BLOGGER

Memandangkan SEGMEN :JOM SERTAI SENARAI BLOG TERBAIK 2012 ! yang sebelum ni mendapat sambutan ramai. cik emma bercadang nak buat segmen baru.. Harap ada yang sudi join...

Segmen ni mudah saja,korang hanya perlu beri pendapat tentang blog yang selalu dan kebiasaanya menjadi pilihan hati korang.. dan jangan lupa kenapa korang pilih blog tersebut....

Syarat-syarat segmen:






  • Letak header blog Cik Emma yang buruk tu.
  • Tajuk entri CIK EMMA: 5 BLOG PILIHAN BLOGGER dan linkkan ke entri ini
  • Senaraikan 5 buah blog yang korang suka melawat dan kenapa ..
  • Paste url entri korang di ruang komen entri ini ... Terima kasih :)


SENARAI BLOG YANG MENYERTAI .. sila klik SINI ( akan di update setelah menerima penyertaan )

TUTUP  : 20 APRIL JAM 9 MALAM

11 April 2012

BILA KIAMAT AKAN BERLAKU?


Masih ingat andaian Kiamat 2012? Tahun ini? JANGAN percaya!

BERIKUT ADALAH TANDA-TANDA SEBELUM HADIRNYA KIAMAT:
  • Kemunculan Imam Mahdi
  • Kemunculan Dajjal
  • Turunnya Nabi Isa (AS)
  • Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
  • Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
  • Pintu pengampunan akan ditutup
  • Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sebenar2nya
  • Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati sahaja mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
  • Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
  • Pemusnahan Kabah,
  • Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
  • Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 dan orang2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung dan bangunan akan runtuh
  • Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah dan bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:

"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Kita selalu kirim ribuan benda kat facebook, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir-fikir.

Allah berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari Syurga-Ku..

Artikel dari facebook.com

07 April 2012

Senarai Calon ABPPH 2011 – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25

Senarai Calon ABPBH 2011 |Anugerah Bintang Popular Berita Harian kembali lagi. Lima finalis setiap 15 kategori utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011/2012 telah diumumkan pada Januari 2012 yang lalu.

Berikut adalah senarai calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang akan berlangsung pada 8 April 2012 (esok), mengikut kategori yang dipertandingkan.



PENYANYI LELAKI POPULAR
  • Aizat
  • Anuar Zain
  • Black
  • Faizal Tahir
  • Shahir

PENYANYI WANITA POPULAR
  • Adira
  • Ana Raffali
  • Alyah
  • Stacy
  • Yuna

ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR

  • Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/Altimet
  • Azlan & Typewriter
  • Bunface
  • Meet Uncle Hussain
  • 6ixth Sense

PENYANYI NASYID POPULAR

  • Hijjaz
  • Inteam
  • Mirwana
  • Rabbani
  • Raihan

PELAKON TV LELAKI POPULAR
  • Aaron Aziz
  • Ady Putra
  • Fizz Fairuz
  • Remy Ishak
  • Shahezy Sam

PELAKON TV WANITA POPULAR
  • Fasha Sandha
  • Lisa Surihani
  • Noorkhiriah
  • Scha Alyahya
  • Tiz Zaqyah

ARTIS BARU LELAKI POPULAR
  • Daus
  • Maulana
  • Shahir
  • Sharnaaz Ahmad
  • Shahz Jaszle

ARTIS BARU WANITA POPULAR
  • Adira
  • Ana Raffali
  • Mizz Nina
  • Murul Elfira Roy
  • Nur Syuhaida @ Dottie

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
  • Along
  • Angah
  • Johan
  • Nabil
  • Zizan

ARTIS KOMEDI PEREMPUAN POPULAR
  • Didie Alias
  • Kenchana Dewi
  • Noorkhiriah
  • Raja Azura
  • Sharifah Shahirah

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
  • Aaron Aziz
  • Bront Palarae
  • Remy Ishak
  • Shaheizy Sam
  • Syamsul Yusof

PELAKON FILEM WANITA POPULAR
  • Diana Danielle
  • Lisa Surihani
  • Liyana Jasmay
  • Maya Karin
  • Scha Alyahya

PENGACARA TV LELAKI POPULAR
  • Ally Iskandar
  • Awal Ashaari
  • Aznil Nawawi
  • Jimmy Shanley
  • Zizan

PENGACARA TV WANITA POPULAR
  • Cheryl Samad
  • Fara Fauzana
  • Nurul Syuhada
  • Raja Azura
  • Sharifah Shahirah

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
  • Aznil Nawawi
  • Faizal Ismail
  • Halim Othman
  • Kieran
  • Salih Yaakob

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
  • Abby Fana
  • Fara Fauzana
  • Linda Onn
  • Raja Azura
  • Sharifah Aleya

Calon-calon sangat mantap semuanya. Korang rasa siapa yang akan rangkul Anugerah Bintang Paling Popular 2011 malam esok? cik emma rasa kemungkinan ZIZAN . Tunggu malam esok kalau nak tau siapa yer :)

TRIK MAXIS FREE INTERNET STANDARD BROWSER(BUMI)

Assalamualaikum wbt

Trik bumi atau standard browser yang dah sedia ada dalam handphone. Cik Emma dulu pernah guna jugak trik nie, yang bestnya kita leh view site secara real, contohnya boleh tengok gamabr yang beranimasi, berbanding guna opera. Kat sini cik emma nak share beberapa trik untuk standard browser yang cik emma dapat dari mygenkz wap.

Caranya senang jer.. korang bukak standard browser (web) dalam handphone korang . Add new bookmark dan masukkan link dibawah (pilih satu) :

http://maxis.mobby.me.mebapp.com/power/logtop/http/mygenkz.net

http://emo.maxis.mom.my.km-proxy.de

http://m.upnshare.com.my.km-pxh.com

http://emo.maxis.com.my.go-pki.com

Connect dengan Maxis3GWAP . Nak keterangan lebih lanjut leh melawat mygenkz.net.

04 April 2012

OPERA MINI 4.2 VERSI BAHASA MELAYU MOD FOR MAXIS

Cik emma jumpa Opera Mini 4.2 versi Bahasa Melayu ni dekat blog BabyTricks. Dia translate sendiri Opera ni jadi Bahasa Melayu.

Kalau korang berminat sila download link di bawah ni :




Download dan rename semula file ke .jar . Pastu baru install ok.

Opmin nie sudah di setting dari dalam,so korang tak perlu nak setting apa2 hanya connect dengan Maxis3GWAP .

Untuk pengguna java phone s40 ,korang kena download prov file ini. Dan set as default connection di phone korang. Connect terus dengan opera tadi.

okey tu saja. If ada masalah boleh tinggalkan comment :)

Opera 6.1 multipatch Maxis Celcom Digi for s60v3 dan S60v5

Opera 6.1 multipatch Maxis Celcom Digi for s60v3 dan S60v5 POINBLANK.
Free untuk MAXIS, CELCOM dan DIGI..

Screenshot







korang install opera6.1 dulu, lepastu baru install multipatch. Untuk celcom korang guna proxy nie proxy : 141.0.11.253 dan port : 80 . Kalau xtak faham boleh tanya kat FB saya okey :)

Enjoy this trick...

Opera credit to : khairul

NAK DOMAIN PERCUMA?

Assalamualaikum....

Banyak jugak syarikat domain luar negara yang nak bagi domain percuma dekat blogger. Tapi setiap benda free tu kena ada usaha sikit la.. haha.. tak susah pun just kena rajin promot sampai orang register..

ala tak rugi pun try. Rasanya dah ada orang pernah dapat domain ni.. jom register...tekan banner kata bawah :)

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma