Blog Cik Emma: 5/1/12 - 6/1/12

31 May 2012

HOT | Gambar Neelofa Tanpa Make-up

Tetap cantik walaupun tanpa make-up. Gambar ini telah dimuatnaik sendiri oleh Neelofa buat tatapan peminatnya di Facebook.

Terselah kecantikannya…

Fitness: 7 Cara Kempiskan Perut Buncit



Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.

Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.

Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

14 May 2012

OPMOD BARU : OPMOD 4.2 BETA 18

OpMod adalh oper mini yang telah di mod dan di ubah suai menjadi opera yang paling mantap.

Salah satu kelebihan paling ketara pada OpMod ialah ianya sangat compatible untuk pengguna phone dengan ram rendah seperti s40.Pendek kata,ia s40-friendly.Aku pernah buka sehingga 5 tabs/windows pada OpMod lebih dari 30 minit pada s40 tanpa ada gangguan seperti application error.Kalau pada Opera Mini labs atau Opera Mini original,buka 2 3 tabs,lepas 10-15 minit terus application error.

OpMod paling baru buat masa ini(07-Mei-2012) ialah OpMod 4.2 beta 18,telah dikeluarkan sejak bulan April sebenarnya.

Download OpMod 4.2 beta 18 (22153):


Untuk setting free-nya pula,bagi pengguna Maxis,guna connection Maxis 3G Wap:

CUSTOM HTTP:
http://maxis.mobby.me.server4.operamini.com:80/

CUSTOM SOCKET:
socket://maxis.mobby.me.server4.operamini.com:1080/

Bagi pengguna Celcom pula,gunakan saja connection Celcom 3G Wap:

CUSTOM HTTP:
http://wap.speesh.com.server4.operamini.com:80/

CUSTOM SOCKET:
socket://wap.speesh.com.server4.operamini.com:1080/

Okay-lah,rasanya itu saja yang aku dapat share tentang OpMod Baru:OpMod 4.2 Beta 18 ni.Semoga bermanfaat untuk semua.Make luck !


Kredit : Mykeypad

Fasha Sandha ‘Bunting Pelamin’…Tahniah!



Alhamdulillah…
Difahamkan usia kandungannya itu dah mencecah dua minggu, syukurlah.

Lepas ni tak bolehlah kerja berat-berat, maksud penulis, tak bolehlah ambil banyak sangat tawaran berlakon tu.

Bukan apa, tempoh begini cukup penting untuk bakal si ibu menjaga kandungannya. Fizikal dan emosi kena jaga betul-betul.

Sebenarnya berita baik ini dah disahkan pun oleh empunya badan seperti mana yang tertera dalam Facebook Fasha sendiri;

” Bunting pelamin, Rezeki dari Allah yg paling bermakna buat setiap pasangan suami Isteri. Syukur Alhamdulillah. Doa kami ber2 dimakbulkan Allah. Terima kasih keluarga, peminat yg mendoakan kebaikan utk kami. Doakan agar kandungan awal ini sihat selalu.. Syukur. Amin “

Semoga mereka berdoa akan dikurniakan anak yang sihat, comel dan baik akhlaknya, InsyaAllah.

Ada yang kata, ‘hebat’ juga si Jejai tu ye….bab tu ‘no comment’ lah yea…prinsipnya mudah, biar bertong pun air Tongkat Ali yang diteguk, bergelen jus Kacip Fatimah yang ditelan, kalau dah bukan rezeki, tak jadi juga.

Bersyukurlah…bersyukurlah.

Tahniah Cik Emma ucapkan buat Fasha dan Jejai

13 May 2012

PENGORBANAN SEORANG IBU



Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....


Mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada..... .....


MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....


dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.

Berapa besarnya pengorbanan seorang insan bernama ibu.Janganlah sesekalimenderhaka kepada ibu. Kerna syurga itu terletaknya di bawah telapak kaki ibu.

Buat ibu tersayang AMINAH BINTI SAAD,Pengorbanan mak sangat besar dan tak dpat di balas dengan wang ringgit. Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan mak. Sayang mak sangat-sangat 

12 May 2012

Bajet Barang Hantaran Untuk Majlis Pertunangan



BAJET SEDERHANA

Jika mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).

Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang-barang hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tidak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan. Walau bagaimanapun, sebelum memilih barang-barang hantaran, kita perlu mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya, jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, eloklah bakal pengantin berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran.

Senarai Hantaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:

  • Sirih junjung
  • Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
  • Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
  • Kain songket (kain pelekat pun bleh gak..:-))
  • Sejadah
  • Tuala
  • Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
  • Coklat atau manisan lain
  • Kek
  • Potpourri
  • Buah-buahan

Senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:

  • Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
  •  Tepak sirih
  •  Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
  •  Telekung sembahyang
  •  Kek
  •  Buah
  •  Coklat atau manisan lain
  •  Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding, dan sebagainya

11 May 2012

Exclusive Giveaway By Cik Bunny


Giveaway lagi !! Lama gila tak join GA.. Hadiah lebih RM100+ untuk di menangi.. emm.. Ada hadiah untuk top referall gak tau :) Click banner for more information and joined this Exclusive Giveaway By Cik Bunny .Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA Shop, Butikpinkku, Bunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique)

06 May 2012

NIKAH GANTUNG (KHITBAH)


Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.


  • Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.

Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian artikel saya kali ini memberi manfaat buat anda.Seperti biasa, jika anda rasakan artikel ini berguna dan bermanfaat, Copy and paste lah ayat2 ini dan share di Facebook.. TERIMA KASIH

Sumber : http://zizihafizzie.blogspot.com/

05 May 2012

TRIK TERBARU MAXIS FREE INTERNET



Cik emma rasa trik yang MAXIS FREE INTERNET GUNA OPERA MINI nie dah tak boleh pakai lagi. Sekarang ni cik emma dah jumpa trik baru. Trik ni cik emma guna tak kena tolak kredit.. So cik emma nak share ngan korang trik yang terbaru ni...

Firstly macam biasa la. Korang kena download opmin handler. Kalau dah ada edit jer kat custom server and socket tu...



Buka opera mini 4.2 tadi. Masukan setting kat bawah :

HTTP Server:  



SOCKET server :


lepas tu Tick(tanda mark) kat Remove Port From URL

Untuk trik ini,korang guna je setting MAXIS 3G WAP. Macam mana nak dapat setting?

Taip 3GWAP jenama handphone model handphone(Cth:3GWAP NOKIA E72) pastu hantar ke 22333.

Atau,korang dail *100#→Internet dan Tetapan→Tetapan→Tetapan→pastu pilihlah model handphone korang.

Untuk handphone S40 download file prov ni.  Save as default lepas tu connect dengan opmin korang ye..
... Dah boleh surf internet and facebook :)

Bagi yang pertama kali guna opmin.. opmin korang akan terinstall buat pertama kali selepas masukkan setting kat atas... Dan bagi yang risau takut kehilangan kredit.. korang digalakkan tidak mempunyai kredit semasa surf.

Sekian. Sila tinggalkan komen dan rajin2 kan diri tekan iklan nuffnang cik emma yer...


Mintak jasa baik anda..Klik sini lepastu Klik VOTE NOW. Terima Kasih :)

04 May 2012

Cinta Jarak Jauh Tak Boleh Kekal Kot??


Kalau ada antara korang yang pernah atau sedang melalui cinta sebegini, pasti korang akan tertekan dengan setiap kata-kata yang boleh membuatkan korang hilang kepercayaan pada si dia. Mana taknya, sepatutnya korang dapat kata-kata semangat, bukannya kata yang buatkorang rasa susah hati. Kadang-kadang kata-kata seseorang tu akan membuatkan sesuatu hubungan yang baik akan menjadi goyah.

Memang tak dinafikan hubungan cinta jarak jauh ni sangat susah untuk berjaya kemungkinan hanya 50-50. Tapi tak mustahil juga akan berjaya, ada ramai yang berjaya melepasi cinta jarak jauh ini dengan perkahwinan. Jadi, kalau korang percayakan pasangan dan sama-sama setia tak mustahil hubungan itu kan berakhir dengan kejayaan.



Perkara yang selalu orang cakap bila tau kita bercinta dengan orang yang jauh :



  • "Jangan percaya sangat...entah-entah dia ada pasang spare kat sana!!"
  • "Bukan boleh percaya sangat!! nanti dia jumpa yang lawa/hensem..senang je dia berubah hati"
  • "Kenapa tak cari yang dkat-dekat je? kan senang nak dating-dating.."
  • "Takkan la dia tak peranh jumpa mana-mana pakwe/makwe kat sana?..pelik"


Sekarang ni korang yang nak bercinta ke diaorang nak bercinta? Ya, tak salah kalau diaorang ambik berat pasal korang, mungkin diaorang tak nak korang kecewa di kemudian hari. Tapi cara diaorang tu macam salah la. Cinta jarak jauh ni lebih baik cinta dengan pasangan yang dekat, sebab apa? sebab jarang jumpa,bila berjauhan kita akan saling merindu dan menghargai pasangan. Bukan nak kata cinta dekat ni tak boleh bahagia, boleh.. Jauh dekat sama je, asalkan pasangan saling mempercayai dan menjaga hubungan dengan baik.

Terpulang kepada pandangan masing-masing. Yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jadikan  pengajaran.



Jodoh itu ditanganNya. Ayat ini, sering disalah guna, untuk melarang mereka yang ingin berusaha mencari jodoh yang baik buat diri mereka. Mereka ini akan sering dinasihatkan oleh sekumpulan manusia: “Tak payah usaha kuat sangat, jodoh itu di tangan Allah, Dia telah menetapkanNya.”

Apakah nasihat ini? Ya, jodoh itu di tangan Allah SWT. Justeru, kita tidak tahu. Tetapi Allah SWT telah memberikan kita petunjuk, ‘orang yang bagaimana sepatutnya kita ambil sebagai pasangan’ melalui firmanNya:

“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).” Surah Al-Baqarah ayat 221.

Jadi, memang kita tidak akan tahu ‘siapa’ jodoh kita. Tetapi kita tahu, ‘orang yang bagaimana sepatutnya kita ambil sebagai pasangan’. Maka bergeraklah. Cari. Risik. Selidik. Usaha dapatkan yang terbaik. Jelas Allah SWT sendiri mengisyaratkan kita untuk ‘mencari’. Lihatlah bagaimana Dia berfirman: “Dan janganlah kamu berkahwin dengan…”

Bukankah itu tandanya, pilihan di tangan kita? Kalau semuanya telah diaturkan, ditetapkan, buat apa Allah SWT pesan agar kita jangan berkahwin dengan sekian-sekian jenis orang?

Maka, sepatutnya, kita bergerak mencari. Bukannya menanti petanda-petanda ajaib. Kita ini walikah sehingga kita dapat membezakan mana satu mimpi yang Allah berikan petunjuk, mana satu mimpi mainan syaitan? Kita ini walikah sehingga kita dapat menjangka dengan tepat kebetulan-kebetulan itu adalah tanda Allah nak si fulan/si fulanah itu jodoh kita? Bukan. Kita bukan wali!

Jadi hendaklah kita berpijak di bumi yang nyata.
Bergerak secara praktikal!
Jodoh di tanganNya. Kita tidak tahu. Sebab itu kita perlu berusaha!

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma