Blog Cik Emma: 10/1/12 - 11/1/12

26 October 2012

Segmen: Cik Emma Nak Follow


Erkkk! tolong abaikan banner yang buruk kat atas tuh! hehe...saya dah lama tak main terjah2 blog nih..yang dah follow pon boleh join. Sebab saya akan bagi hadiah Topup RM5 untuk (tiga) 3 Top refferal.

Ok jom tengok cara nak join :

1.Wajib follow blog saya (nanti saya akan follow balik)
Buat satu entry bertajuk Segmen: Cik Emma Nak Follow
2.Tampalkan banner yang tak berapa cantik tu dalam entry dan linkkan ke sini.
3.Nyatakan jumlah follower korang sekarang dan terangkan secara ringkas kenapa korang nak follower yang ramai?
4.Dah siap entry tu boleh submit penyertaan korang kat entry ni oke :)



Tarikh tutup penyertaan pada 10 November 2012 tepat jam 12 malam
Tunggu apa lagi? ada banyak masa lagi ni. Kalau nak tag kawan2 pon boleh. Baru sempoi segmen ni nanti  :D


Trick Opera Mini Handler Untuk Java Phone [Maxis]


NOKIA
1. - Dail *100#
    - Pilih Internet Dan Tetapan
    - Pilih Prepaid Broaband
    - Pilih Tukar Profil Perkhidmatan
    - Pilih Hotlink
    - Pilih Pakej Hotlink/Bukan Prepaid Broadband


*BAGI PENGGUNA SONY ERICSSON, KORANG BOLEH TERUSKAN LANGKAH YANG KE 5.


2. Download MAXIS.prov file.
    Download Link: 
http://qfs.mobi/f244820 


3. Hantar MAXIS prov menggunakan bluetooth ke Java Phone korang. Korang akan menerima 

    MAXIS prov tersebut dalam bentuk Setting Internet dan simpan tetapan tersebut.


4. Dalam Settings>Configuration>
    - Default Configuration Settings>Setkan "MAXIS prov" sebagai Default Settings.
    - Klik "Default in all apps".
    - Preferred access point> Pilih "MAXIS prov"


5. Download Opera Mini Handler 5 atau 7.
    Opera Mini Handler 5 Download Link : http://ato50.mywapblog.com/files/operaminiv5betahandler.jar
    Opera Mini Handler 7 Download Link : 
    http://www.4shared.com/file/tR3IFpPH/Opera_Mini_7_Handler.html? 


6. Setting Opera Mini Handler:
- http Server : http://maxis.mobby.me.server4.operamini.com:80/
    - Socket Server : socket://maxis.mobby.me.server4.operamini.com:1080
    - TICK (ü) Remove Port from URL
    - Host : maxis.mobby.me

7. Tekan OK.

Selain itu korang juga boleh gunakan Opera yang dah di mod ini. Korang install dan terus boleh guna :



Amaran: Jangan mendownload sekiranya korang mempunyai kredit kerana akan menghabiskan kredit korang. 

Sila laporkan jika trick ini tidak lagi sah. Selamat Mencuba! ^^

Trik Opera Mini Untuk Android [Celcom]

1. Pastikan SIM Kad Celcom korang telah di upgrade ke 3G.

2. Ubah setting Android Phone anda
    Settings>Wireless & Network>Mobile Networks>Access Point>Celcom 3G WAP
    - Tukarkan PROXY kepada 141.000.011.253
    - Tukarkan PORT juga kepada 80
    - Jangan ubah yang lain.
   
 Screenshot:


   
3. Tandakan pada ü Data Enabled.
    Amaran: Trick ini percuma sekiranya korang kehabisan kredit. Jangan buka Opera Mini   
    Handler dan tandakan ü sekiranya korang mempunyai kredit atau kredit korang akan habis. 
    Buka Opera Mini sekiranya anda kehabisan kredit sahaja.

4. Download dan Install Opera Mini Handler 6.apk.
    Download link: http://www.4shared.com/android/mqMEHtiI/Opera_Mini_6_Handler_UI.html?
    - Pastikan Unknown Sources telah ditandakan ü.
      Settings>Applications>Unknown sources


5. Edit setting di Opera Mini Handler
    - FRONTQUERY : mms.celcom.net.my/turbo-1.beta.operamini.net:80/
    - Tandakan ü pada REMOVE PORT.
    - Tekan PROXY TYPE dan pilih HOST.
    - PROXY SERVER : mms.celcom.net.my
    - Tekan SAVE.
  
 Screenshots:



Selesai.


Saya telah mencuba trick ini pada Xperia Ray, Xperia Mini, Mini Pro dan Live With Walkman android versi 2.3.4 tanpa sebarang masalah. Selamat mencuba ! ^^


24 October 2012

Tips: Cari Kekasih Idaman Di Facebook


Laman sosial sepertiFacebook,Twitter,Myspace dan lain-lain sering dijadikan sebagai landasan oleh mereka yang bersendirian untuk mencari kekasih idaman.Malahan tidak kurang juga pasangan yang berjaya menjalin ikatan cinta hasil dari perkenalan di laman-laman sosial ini.

Antara laman-laman sosial yang ada,Facebook tentunya merupakan pilihan utama mereka yang berniat mencari kekasih secara online.Namun mencari kekasih cara sebegini banyak aturannya.Ini kerana didunia maya,kebanyakan orang dengan mudah boleh memanipulasi data peribadi dan identiti diri mereka.Ini menyebabkan ramai yang sering tertipu dengan profil palsu seseorang yang akhirnya membawa kehampaan bila di dunia nyata.

Buat anda yang berniat mencari kekasih idaman mahu pun teman hidup di Facebook,kali ini saya bawakan beberapa trik yang boleh di ikuti seperti apa yang dinyatakan di bawah.

Jangan Berpura-pura
-Berpura-pura menjadi orang lain misalnya dengan berbohong mengenai diri anda seperti usia dan lain-lain bukanlah satu cara yang baik jika anda benar-benar ingin mencari kekasih idaman melalui laman sosial.Sebetulnya,tampilkanlah diri anda yang sebenar dan kualiti yang anda miliki tanpa dikurangi atau dilebih-lebihkan.

Guna Foto Sebenar Dan Terbaru
-Sesetengah orang merasa tidak selesa menggunakan foto sendiri lalu menjadikan foto orang lain sebagai foto profil.Ada juga yang menggunakan foto yang telah lama misalnya foto dizaman persekolahan kerana menganggap ianya lebih menarik dari yang terbaru.Tetapi inilah kesilapan besar yang tidak sepatutnya dilakukan kerana orang akan menganggap anda seorang yang tiada keyakinan diri.Sebaiknya tunjukkanlah wajah sebenar anda yang sekarang ini agar mereka tidak rasa dibohongi saat bertemu secara langsung.

Tulis Status Yang Baik 
-Setiap apa yang anda tulis pada status anda merupakan kunci penting untuk menarik perhatian orang lain.Jadi setiap kali memperbaharui status anda, tulislah status yang baik dan menarik serta yang berunsur persahabatan agar lebih ramai yang tertarik untuk berhubung dan mengenali anda lebih dekat.Elakkan menulis status yang mengejek,menghina atau menceritakan keburukan orang lain.Juga usahlah menulis status mengenai kesedihan dan keluhan hidup.Jika ingin mencari seseorang yang baik,tunjukkanlah sesuatu yang positif dari diri anda.

Mulakan Dulu 
-Untuk mencari kekasih secara online,sikap yang pasif perlu diketepikan sama sekali.Oleh itu jika anda merasa tertarik dengan seseorang samada dari daftar rakan-rakan atau pun orang yang dicadangkan,jangan segan untuk memulakan langkah terlebih dulu.Anda boleh menulis sesuatu yang menarik di dindingnya,hantar mesej peribadi atau pun memaklumkannya menerusi tulisan pada status anda sendiri.Jika dia pun tertarik pada anda pasti tidak lama anda akan menerima respon positif darinya.Apa yang harus diingat,ketika menulis sesuatu kepadanya,gunakanlah perkataan yang tidak keterlaluan dan tidak menampakkan anda terlalu menginginkan mahu pun terkesan murahan.Tetaplah menjaga keanggunan dan kemuliaan peribadi anda sendiri. 

Percaya Naluri Sendiri
-Mencari kekasih melalui online sememangnya banyak risikonya.Kerana itu pentingnya anda meneguhkan semangat dan kepercayaan pada naluri dalaman serta kata hati sendiri.Jika orang yang anda kenali secara online tidak pernah menghubungi anda pada waktu-waktu normal(biasanya atas jam 12 malam),cuma ingin berkomunikasi melalui sms atau e-mail,atau pun anda kuat merasakan bahawa dia bukanlah orang yang sesuai,maka percayalah pada naluri anda.Usahlah meneruskan hubungan ke arah yang lebih dekat kerana besar kemungkinan si dia hanyalah seorang yang main-main dan tidak serius untuk membina hubungan. 

Cari Dan Kenali Persamaan 
-Hubungan antara dua hati yang kukuh dibina atas beberapa faktor tertentu.Antara faktor yang penting adalah wujudnya persamaan dari segi minat,prinsip hidup,pemikiran dan lain-lain.Cara terbaik mencari kekasih melalui online adalah dengan melihat dan mengenalpasti terlebih dulu ciri-ciri persamaan mahu pun perbezaan yang ada dengan anda.Hubungan yang akan dijalin pastinya akan lebih lancar andai lebihnya persamaan antara anda berdua dibandingkan dengan perbezaan.

Fokuskan Pada Hal Yang Penting 
-Bila sampai waktunya interaksi di online berkembang kepada pertemuan di dunia nyata,fokuskanlah pada hal-hal yang penting.Usah mencelarukan fikiran anda dengan hal yang remeh temeh seperti memerhatikan cara dia makan,jenama apa pakaiannya atau pun kasut apa yang dipakainya.Sebaiknya ketika inilah masanya anda menilai diri sendiri.Apakah anda selesa berada bersamanya?Apa yang anda rasakan bila berada disisinya?Adakah perilakunya jujur dan tulus saat bersama anda?Pendek kata,fokuskanlah penelitian anda pada hal-hal penting yang mampu dijadikan sebab bagi anda samada untuk meneruskan hubungan yang baru mahu bermula atau pun tidak.

Demikianlah beberapa trik yang dapat dikongsikan.Semoga ianya sedikit sebanyak ada manfaatnya buat semua khususnya kepada mereka yang berniat mencari kekasih idaman di Facebook.


The iPhone 4S is finally here! Choose a Maxis iValue plan that's right for you!

22 October 2012

Trik: Cara Cepat Invite Friends di Facebook

Selalunya kita kena select satu persatu kan? kali ni ada cara untuk select dan invite semua friends dengan mudah.

Mula sekali :

  1. Login facebook korang dulu
  2. buka fanpages atau group yang korang nak invite
  3. Pastikan korang scroll sampai bawah.sampai boleh nampak semua friends korang.
  4. setelah dah scroll and dah nampak semua friends. korang paste script di bawah dekat address bar korang.terus tekan enter.
  5. javascript:var x=document.getElementsByTagName("input");for(var i=0;i<x.length;i++) {if (x[i].type == 'checkbox') {x[i].click();}}; alert('selamat, senua teman anda sudah terpilih. salam CAH CHERBOND');

    5. Tunggu sampai script tadi selesai.
     komputer korang mungkin akan hang sekejap.


    6. setelah muncul script mcm kat atas tuh.klik ok. dan invite friends korang.

    senang jer kan??hehehe..


15 October 2012

Apa Maksud Jazakallahu Khair?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa maksud Jazakallahu khairan kathira? Apa maksud jazakallah khair?

1. Secara bahasanya,

Jazaka : Dia ganjarkan kepada kamu
Allahu : yakni Allah swt
Khairan : Kebaikan
Kasiran [bila waqaf, jadi kasira] : Sebanyak-banyaknya




Bila orang berjasa pada kita...
memberi semangat pada kita...
membuat kita terharu...
memberi satu pemberian pada kita..
gembirakan kita dari kesedihan...
kita akan ucapkan "terima kasih"..
atau dalam bahasa arabnya adalah "syukran"..
jawapannya pulak, "sama-sama"
dan dalam bahasa arab, "afwan"

Alhamdulillah...satu sikap yang bagus..
apabila orang berbuat baik..
kita menggantikannya dengan ucapan yg baik juge..
tapi disini,
saya nak mencadangkan pada diri 
dan rakan2 yg sudi datang menjengah disini,
kita tukarkan ia kepada satu ungkapan yang lebih baik...
satu ungkapan yang merupakan do'a juga...
satu ungkapan yang lebih menyeronokkan hati..
ungkapan ini pernah diajar oleh Nabi S.A.W.,
pastinya ungkapan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri,
ungkapan ini adalah,
"Jazakallah Khairan Kathira"
atau dalam bahasa malaysia,
ia bermaksud,
"Semoga Allah mengganjarkan kamu dengan kebaikan yang banyak"


Terdapat sepotong hadith yang menyatakan tentang ini.


Dari Usamah ibn Zaid (R,anhuma),
Rasulullah S.A.W bersabda:
Barangsiapa yang dibaiki orang (dibantu orang lain),
kemudian dia berkata kepadanya,
"Jazakallah khairan"
("Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan")
maka dia telah memujinya dengan setinggi-tingginya"
(Hadith riwayat At-Tirmidzi, Hadith hasan Shahih)


Syeikh Nashiruddin Al-Albani menyatakan,
maksud hadith diatas ni adalah,
dia telah memuji dan membalas kebaikan orang
yg bbuat baik padanya dgn sesuatu yg lebih baik,
dengan menampakkan ketidakmampuannya,
untuk membalasnya sehinggakan,
dia mohon pada Allah untuk membalasnya..


Siapa yang tidak gembira,
apabila orang lain mendoakan kebaikan untuk kita?
jawablah dengan perkataan ini, 
"waiyyakum"
dalam bahasa melayunya bermaksud 
"dan kepada kamu juga"


Jadi jom kita ubah ucapan kita,
dari perkataan yg baik, 
kepada sesuatu yg lebih baik..


Saya join RM20 Segera ! Nak Tau Kenapa?

Mesti pernah dengar bisnes yang hanya bermodalkan RM20 kan? tapi korang dengar-dengar tapi tak paham...apa cerita dear... kalau nak tahu, duduk rileks je..aku nak kongsi okeyh.

Bukan macam yang korang pikir. Aku nak join bisnes ni pun dulu berpuloh-puloh kali aku pikir..apa nie..macam program suruh orang klik ke, baru duit naik? or apa? aku join benda ni tak de sapa lead aku. Sumpah. Pepandai la aku explore sendiri.

Lepas aku jumpa website ni (LINK), aku terus daftar. Memang aku ngah cari something yg boleh aku join. well, actually memang minat benda gini. Lepas dah siap daftar, aku tak paham. Dia kata, keahlian tak aktif lagi, untuk aktifkan keahlian, kena bayar modal RM20, then, aku pun gi bank in duit tu. nak pikir kena tipu, buat apa dengan berbekalkan modal paling silit di dunia cyber nie.so, aku tak kisah pun. Rugi RM20 je, kalau untung meleleh2 pulak. thumsup!
Lepas tu, keahlian aku dah aktif, Lepas aku bukak website ni..wahhhhh..banyak jugak kegunaan dia yang aku jumpa.


Keuntungan dan Kegunaan Bisnes Segera RM20

100% komisen, untung pada aku sendiri - nak kata tipu? memang tak arh.sebab aku dpt duit. sume aku dapat, takde potong-potong, pendek kata aku untung 100%.

buang masa depan laptop??? - tak jugak. aku cuma buat apa yg patut. pastu time aku g shopping. tibe-tibe ada mesej cakap yg duit dah masuk. Aku was-was gak. Terus g check.ahaks. Memang duit masuk. Kiranya aku dah jadi penaja orang yang join. Lepas tu, baru aku paham benda ni walaupun penaja aku tak pernah guide aku.Untuk tu, aku tekad, nak guide orang yg masuk under aku :) untonglaa korang~

Boleh jual E-book - bukan je kerja untuk aktifkan link ahli. Tapi rupa-rupanya dah dibekalkan sekali 10 e-book percuma, yang juga membolehkan kita jual ..wah. jadi penjual e-book pulak :) memang untung.andai kata nak beli e-book ada yg mahal macam taik. apatah lagi pasal hal-hal bisnes or internet ni. ahaks. sekarang, kira aku dah ada perniagaan internet sendiri dan dapat 10 e-book and bleh jual banyak mana pun kat orang lain cuma bermodalkan RM20 sahaja :)
yes!
okey. Sekarang nak citer pasal untung duit pulak

mula-mula dulu mana aku reti lagi sebab aku tak explore apa benda bisnes ni. bila dah explore and tahu buat kerja. Memang tak sangka, senang je duit nak masuk and nak aktif dalam bisnes ni. Kalau crite kat korang, dah konfem2 korang tak caya. apatah lagi kawan-kawan yang kenal kita. ye tak? kan~

nak tak nak korang boleh survey dulu kat sini. Tapi masalahnye, tak guna jugak kalau keahlian korang tak aktif. Lepas aktif keahlian tu yang banyak keuntungan melanda..and aku dah taja seramai 19 orang dah. kalau korang nak tau, Seorang = RM20,
so, 19 orang x 20 = RM380

kalau ikut anggaran dan plan bisnes,
Anggaran Potensi Pendapatan :
AHLI
TAJAAN
PENDAPATAN
SEHARI
PENDAPATAN
SEBULAN
1 orang RM20 RM600
5 orang RM100 RM3,000
10 orang RM200 RM6,000
20 orang RM400 RM12,000

aku takdelah taja orang hari-hari tapi sekurang-kurangnya duit masyuk jugak walaupun sikit~ daripada buka tangan tengok-tengok takde apa-apa kan? :)
nak taja orang senang je, korang cuma perlu aktifkan link diorang sahaja. :) that's all~simple kan. Owhhsemm plak tu :P
so, agak-agak nak survey or tengok-tengok atau nak join terus tu boleh lah tekan (LINK)

Antara 10 e-book yang korang akan dapat ialah - [panduan asas affiliate, panduan membina laman web perniagaan, 63 killer marketing strategies, bina blog dalam masa 3 minit, cara upload laman web dengan mudah, million dollar email, cara mendapatkan beribu-ribu pelawat dengan mudah, 100 powerful promotion tactics, the 30 minutes marketing, cara promosi mggunakan group yahoo]

sekian.

12 October 2012

Segmen: Cik Misya Nak Follow


Follower sekarang 1050 orang . (nak pritscreen tp prob plak..)
nak rama followers sebab nak tambah lagi ramai kenalan yang mempunyai minat yang sama.
so its interesting right?

sudi2 la follow ye and keep in touch :)
click banner untuk join

Last date to submit your entry 15 october 2012. so dont be late :)

10 October 2012

Zizan kalahkan Aaron

GELAGAT Zizan sebagai pengacara menggamatkan lagi Anugerah Blokbuster 2011 yang berlangsung malam Sabtu lalu. 

MACAM tidak percaya, itulah ungkapan Zizan Razak selepas dipilih sebagai pemenang kategori Hero Terhebat pada majlis Anugerah Blokbuster.

Untuk kategori itu Zizan yang turut menjadi hos bersama Afdlin Shauki dan Lisa Surihani berkata: “

Di manakah kehebatan saya itu hingga boleh mengatasi hero pujaan ramai seperti Aaron Aziz, Remy Ishak dan Shaheizy Sam.

 Memang tak percaya tapi kena percaya sebab ia sudah berlaku. Mana ada pelakon komedi macam saya ini dipilih sebagai hero berbanding pelakon macho. Apa pun terima kasih kepada peminat yang memilih. 

Mungkin sekarang ini orang suka komedi sebab itulah mereka pilih saya agaknya. Kemenangan ini amat bermakna kerana peminat bukan sekadar menyokong malah menghargai kerja saya,” katanya yang baru selesai menjayakan persembahan Lawak Ke Der di Istana Budaya, kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebagai pelakon Zizan berkata, dia mampu melakonkan apa sahaja watak mengikut skrip dan tidak terikat kepada karakter komedi sahaja. Katanya untuk filem Tokan arahan Ghaz Abu Bakar, dia bakal membawa watak serius iaitu sebagai pusher. “

Selama ini orang asyik ketawa bila tengok saya, tunggulah Tokan, watak berbeza. Kemenangan ini membakar semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik dalam lakonan atau persembahan pentas.

“Saya berharap satu hari nanti saya dan rakan-rakan mampu mengangkat dunia komedi tempatan ke tahap yang lebih tinggi seperti yang berlaku di Hollywood,” katanya penuh harapan.

 Utusan Melayu (M) Bhd

01 October 2012

Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Assalamualaikum wbt..

Lama gila cik emma tak join segmen, Hari ni cik emma nak join segmen gempak habes dari blog Nabila Medan yang kiut miut tu... Okay, korang pon join la ehh, confirm dapat followers banyaks gilersss..Dah ramai followers tuh jangan la lupa cik emma pulak ekk..hihihihi...



Nindiaa followers cik emma yang sekarang!!


cik emma nak tag :

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma