Blog Cik Emma: 9/1/13 - 10/1/13

06 September 2013

TUTORIAL : CUSTOM ROM GALAXY S4 UNTUK BLACK PEARL 2

Assalamualaikum.. 

Dah lama kot tak update blog. Arini rajin sikit nak update pasal ROM Galaxy S4.. Tak dapat pakai Samsung , pakai ROM dia pon jadi lah kan? hekhekhek.

Sebenarnya dah dekat sebulan pakai ROM ni, smooth and xdak masalah. Sebab tu nak suggest ROM ni kat korang yang pakai BP2 ni untuk testing ape kelebihannya.

Okey.. Jom tengok tutorial kat bawah :

Antara spesifikasi Rom ini adalah:

  • Berasaskan Android Versi 4.1.1 Jelly Bean
  • Sangat lancar, memberikan lebih kekosongan Ram
  • Ditambah Hot Boot, Normal dan Recovery pada Power Menu.
  • Ditambah aplikasi Samsung seperti S-Note dan S-Voice
  • Tetapan seakan Galaxy SIV
  •  Pek icon Galaxy SIV
  • Ditambah aplikasi Google Now
  • Kamera di Mod untuk operasi 8MP**
**berdasarkan apa yang ditulis oleh Forum

Cara pemasangan:

Pastikan anda mempunyai CWM Recovery dipasang pada peranti anda.

Muat turun Rom ini dan Extact di PC anda. Anda akan mendapat satu file bernama 'clockworkmod Galaxy v2'.

Didalamya terdapat satu lagi file dengan nama 'clockworkmod' salin file tersebut dan paste pada memori kad anda. Pastikan anda tidak meletakkannya di dalam mana2 folder. Memandangkan secara asalnya anda telah mempunyai folder bernama 'clockworkmod', namakan semula folder clockworkmod asal kepada 'clockworkmod1'.

Langkah seterusnya, Boot ke CWM Recovery dan ikuti langkah berikut:

-Wipe Cache
-Wipe Dalvik Cache
-Pergi ke bahagian Backup And Restore dan pilih Restore
-Pilih 2013-05-14.01.05.17 dan seterusnya pilih Yes.
-Tunggu proses Restore selesai dan kemudian pilih Reboot System Now.

Selesai Boot, peranti anda akan berada dalam bahasa Vietnam. Jadi anda perlu mengubahnya kepada Bahasa Malaysia secara manual.

Semoga Berjaya dan selamat Ber-Galaxy.

Update linkDownload
 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma